Kabinet dapur PKP 2021

 Assalamualaikum kepada semua rakan rakan di luar sana. Hari ni hari ke3 kita menjalani perintah kawalan pergerakan ( PKP ) untuk tahun 2021. Bila dah PKP semula ni agak sukar sukar sikit perjalanan kami menyiapkan tempahan. Namun alhamdulillah surai rentas daerah pun kami dah dapat, buleh la meneruskan pemasangan kabinet dapur.


Hari ni kami nak kongsikan sedikit bebarapa pemasangan kabinet dapur simple dan kecil yang kami sempat siapkan sepanjang 3 hari PKP ni. Jom kita lihat beberapa koleksi...




Pemasangan pertama kami di rumah abang mat DJ tedong. Penggunaan material jenis laminate marron glossy menjadi pilihan hati beliau. Simple dan cantik.

Abg mat kita memang porpular kat area tedong ni. Banyak majlis kawin atau koprat menggunakan khidmat abang mat  ni. Kalau sesapa nak jadi penyanyi abang mat tengah mencari calon penyanyi tu untuk di bawa ke majlis majlis.





Selesai di rumah abang mat, kami terus ke pulau gadong perdana menyiapkan satu lagi kabinet dapur simple grey glossy . Yang ni kami tidak mengenali tuan rumah. Kami hanya berurusan melalui kontraktor pembinaan rumahnya... selesai sudah pemasangan di sini.





Keesukan harinya kami ke kg bukit pegoh untuk pemasangan rumah DR atiqah. Beliau memilih material laminate white glossy bagi menampakkan ciri ciri moden . Sesuai dengan keluasan dapur rumah ni ditambah pulak susuan tile dinding menjadikan ruang dapur sedap mata memandang.


Semoga kita semua tabah mengharungi keadaan semasa, jaga jarak dan duduk rumah.

STAY AT HOME....KITA MESTI MENANG..

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...