Kabinet dapur murah melaka

Alhamdulillah selesai sudah beberapa set pemasangan kabinet dapur dalam area melaka ni sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan mengikut SOP yang di benarkan. Maklum la sepanjang PKP ni sampai Anggota Keselamatan dah mengenali kami mana tak nye hari hari minta surat kelepasan untuk membuat pemasangan kabinet dapur.

Jom hari ni kami nak kongsikan beberapa hasil pemasangan kabinet dapur . Yang pertama membuat pemasangan di taman sg petai alor gajah. Material yang di pilih adalah jenis fully aluminium composite panel red glossy. Untuk material jenis aluminium ni memang di ketahui ramai kebal dari anai anai dan kelembapan air. Namun begitu untuk jenis aluminium ini agak tinggi sedikit harga berbanding material laminate. Berbaloi la dengan harga mengikut ketahanan.







Untuk rumah kedua pulak kami membuat pemasangan di taman telok mas rumah sarjan sulaiman. Kami panggil pak cik sulaiman je. Pak cik sulaiman ni memilih material jenis laminate glossy. Terdapat dua ruang kabinet yang pertama wall unit cabinet marron glossy dan pintu base cabinet berwarna cream glossy. Walaupun simple namun kekemasan tetap mantop gitu.






Selesai sahaja rumah pak cik sulaiman kami terus ke balai untuk dapat pengesahan pergerakkan ke tanjung minyak untuk memudahkan perjalanan kami. 

Kali ni kami ke rumah puan farrah. Beliau amat meminati design cabinet english style. Bermula la perbincangan dan termaktublah pemilihan warna white glossy. Sususan pintu kabinet juga memainkan peranan di sertakan kekemasan aluminium edging bagi menambah ciri ciri moden english style.



Cantik kan, tersenyum lebar pelanggan bila melihat hasil nya.





 

Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang sentiasa memberi sokongan padu kepada kami. Sepanjang PKP ni ramai yang terjejas pendapatan dan alhamdulillah kami dari YUZA MANAGEMENT & TRADING dapat memberi peluang pekerjaan kepada yang memerlukan hasil dari tempahan tuan tuan dan puan puan. Jasa anda tetap kami kenang.

Untuk tempahan lanjut anda buleh la hubungi kami di talian 0196645709 atau buleh datang ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...