Kilang kabinet dapur

Assalamualaikum kepada semua pencari pencari kabinet dapur...mungkin ada di luar sana sedang mencari kontraktor pembuat kabinet dapur, kami Naz Creative Trading salah satu kontraktor pembuat kabinet dapur yang beroperasi di taman bukit tembakau umbai...


Pelbagai jenis material kami ada dari milamine, 3G glasss hingga jenis kayu kayu solid...


Pelbagai jenis corak dan warna kami ada..design mengikut citarasa sendiri...tiada cost tambahan dari segi design..


Harga yang kami tawarkan harga mampu milik....ini kerana material yg kami gunakan yang berkualiti mengikut kemampuan anda..


Hubungi kami segera untuk keterangan lanjut

019 6645709 : naz
014 8027674 : az
019 9642615 : farizal
017 9376576 : zaidi

Dunia kabinet dapur 2016

Assalamualaikum kepada semua pelanggan pelanggan Naz Creative Trading..
Alhamdulillah hari kite di pertemukan lagi dalam ruangan hiasan dalaman..
Hari ni kami nak story kan sedikit tentang perjalanan kami Naz Creative selama kami berkecimpung dalam arena pembuat perabut..


Ada yang bertanya, Naz Creative ni buat kabinet dapur saja ke, perabut lain tak buat ke..jawapan nya..kami buat cuma segi periklanan kabinet dapur ni lebih menyerlah dari perabut yang lain..


Naz Creative ni bumiputera punya ke?
Jawapan : dari pengurusan sampai ke installer semua bumiputera..insyaallah kami cuba menjadi ikon kepada anak muda melayu..

Kebanyakkan pembuat perabut sekarang ni banyak menggunakan khidmat bangsa asing, tetapi kami tetap dengan pendirian kami buat masa ni tak nak menggunakan tenaga bangsa asing....semua bergantung kepada keadaan..


Kami menjalan kan aktiviti membuat perabut ni dari tahun 2004 hingga la sekarang..terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana menyokong kami selama ini...


Dalam jangka masa begitu dah berpuluh anak melayu kami cuba mendidik anak melayu membuat perabut..dan alhamdulillah 3 orang dari staff Naz Creative berjaya membuka bengkel perabut sendiri...yang lain tak dapat di kesan..ada yang dapat kerja kerajaan, yang tukar bidang perabut ke bidang lain pun ada..yang dapat peluang ke kilang perabut besar pun ada...

Sebagai contoh en fauzi bersama dengan kami dari tahun 2004 hingga 2014...jangka 10 tahun bersama kami dan beliau mengambil keputusan untuk berhenti..alhamdulillah minggu lepas terjumpe dgn beliau dah pun buka bengkel sendiri..tahniah dari kami...

Yang terbaru en zul bersama dengan kami dari bulan 8 2015 dan mengambil keputusan untuk berhenti bulan 8 2016..setahun jangkaan dari tak tahu buat perabut hingga banyak jugak hasil pemasangan beliau...

Pertukaran ahli dalam sesebuah organisasi memang perkara biasa...
Contoh kedai makan...bergantung harap kepada tukang masak, tukang masak tukar terus jadi tak sedap..

Namun kami pertukaran ahli tukang tidak menjejaskan kualiti pemasangan...
Antara yang pernah menjadi ketua tukang di Naz Creative
1. En naz : disember 2004 hingga mac 2005
2. En fauzi : mac 2005 hingga disember 2014
3. En awin : januari 2015 hingga februari 2015
4. En saiful : februari 2015 hingga mei 2015
6. En hasyim : mei 2015 hingga jun 2015

Selepas en hasyim keluar kami kehilangan ketua tukang dan en naz kembali mengambil kedudukan sementara ketua tukang hingga ogos 2015

Selepas ogos 2015 hingga sekarang tempat ketua tukang di isi oleh en zazri...




Terima kasih juga kepada semua staff Naz Creative yang sudi membantu meningkatkan kualiti kabinet dapur..

Kalau di izinkan tuhan insyaallah kite akan buat perjumpaan semula team Naz Creative dari tahun 2004 hingga sekarang..insyaallah demi penyatuan semula tukang tukang melayu...


kabinet dapur shamsul bangi

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini serta pencinta kabinet dapur..bertemu kite semula di ruangan ini membicarakan tentang kabinet dapur..

hari ini kami nak storykan sedikit tentang pemasangan kabinet dapur di sg ramal bangi..kalau sebelum ni kami telah memasang kabinet dapur rumah sepupu nya kini giliran rumah en shamsul...


Begini ruang dapur sebelum kami memulakan pemasangan kabinet dapur


Material yang di gunakan untuk rumah ni adalah jenis 3G glass berwarna merah...
merah yang begitu banyak mendapat sambutan hingga kan stok pun habis.




menggunakan gabungan warna hitam, putih dan merah dan sedikit warna silver memang menjadi..warna merah ni memang sesuai dengan apa sekali bentuk dan keluasan dapur sebabnya merah tidak menjadikan ruang itu gelap dan sempit


berbentuk U shape mengisi semua ruang dapur agar banyak barang buleh di isi..dari segi design kabinet dapur kali ni agak simple kerana en shamsul tidak mahu dapur kelihatan padat..


terdapat juga pintu buka atas agar senang barang seperti makanan ringan di simpan..memang cun la...tak terkata apa apa en shamsul...
penggunaan hingest jenis soft close juga menjadi kan kabinet dapur en shamsul kelihatan gah...



terdapat dua pintu jenis lubang angin supaya dalam kabinet dapur tidak berbau hapak...

Di kesempatan hari ini kami ingin mengucapkan takziah kerana beliau baru saja kehilangan ibu tercinta..

Antara krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu

Kabinet dapur 3G sg udang

Assalamualaikum semua salam jumaat...
Hari ni sempena cuti satu malaysia skali lagi kita semua di kejutkan dengan berita pemergian seorang lagi tokoh ulamak terkenal Dato' Haron Din yang kita kagumi..sayu hati hujan mencurah kebumi mengiringi pemergian beliau..Al fatihah..


Semoga roh nya di cucuri rahmat..

Baik la...kali kami nak story sedikit tentang pemasangan kabinet dapur di rumah Mejar Aida bertempat di sg udang melaka..

Mejar Aida ni seorang askar manakala suami seorang komando di kem sg udang melaka..



Menggunakan material jenis 3G glass kombinasi hitam dan putih memang nampak gagah..terdapat tall unit untuk " oven " dan kebinet pelbagai guna.


Terdapat satu ruang carcas untuk peti ais...wow...terselindung peti ais..



Terima kasih kepada Mejar Aida dan suami kerana memberi kepercayaan kepada kami..

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu
Mus : pembantu

Kabinet dapur 3G aidil adha.. 2016

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur...
Sorry la kali ni agak lewat sedikit update..maklum ler bz dengan sambut raya aidil adha...mana tak nye...pogram korban byk lak...tolong tolong orang kampung je...bile dh duduk di kampung ni..bermasyarakat dengan orang kampung tu penting...

Tapi kami bukan nak story pasal raya korban...yang kami nk ceriterakan adalah projek pemasangan kabinet dapur kami...

Ngam2 sebelum raya korban kami team Naz Creative dapat siapkan 4 projek kabinet dapur iaitu di bangi sg ramal dan seksyen 3, manakala dua lagi di tanjung minyak perdana dan kg gajah merlimau melaka....kesemua material adalah 3G glass...jom kite lihat bersama

PROJEK PERTAMA : EN KHAIRUL SG RAMAL

perkenalan kami dengan en khairul ni di rekomen oleh sepupunye en shamsul..en shamsul yg mula buat tempahan dengan kami, namun di sebab rumah en shamsul masih dalam pembinaan, kami terpaksa tangguhkan...so kami pun pasang lah kabinet dapur rumah en khairul dulu...




Kombinasi hijau dan putih memang cantik..wow...walaupun simple namun masih menawan..

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu

PROJEK KEDUA : BANGI PERDANA

Selesai je pemasangan di rumah en khairul kami meneruskan perjalanan kami ke Bangi Perdana...kali ni pemasangan di lakukan di rumah cikgu aida...

Apa yang menarik nya rumah cikgu aida ni table top konkrit tile 2 x 2 di pasang sendiri oleh suami nya...kagum kami..walaupun suami cikgu aida ni berjawatan tinggi tapi masih berminat dengan kerja2 menyemen..



Masih menggunakan material jenis 3G glass kali ni kami pakai colour Gold..ini kali kedua selepas kabinet dapur Gold bukit katil yang kami pasang





Cikgu aida memang cerewet sedikit, namun alhamdulillah terkeluar jugak dari mulutnye.." tak sangka ada anak melayu yang buleh pasang dengan kemas"...kembang jugak la hidung kami..
Insyaallah kami cuba buat yang terbaik supaya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan..kami pun masih lagi dalam pembelajaran..

Terima kasih cikgu aida kerana sudi buat tempahan dengan kami

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu

PROJEK KETIGA : TANJUNG MINYAK PERDANA

Sementera team A ( zazri & hazwan ) membuat pemasangan di bangi, di melaka team B ( farizal & zul ) memulakan pemasangan di tanjung minyak perdana..





Amat mengemari colour hijau, maka dapur nya kini pun berwarna hijau...apa yang menarik en hairi masih muda dan belom kawin..tapi dah beli rumah..emmmm satu pelaburan yang bijak..yela rumah pun makin hari makin mahal..kami pun tak mampu lagi nak beli rumah...

Krew yang terlibat
Farizal & zul

PROJEK KEEMPAT : KG GAJAH MERLIMAU

Selesai sahaja pemasangan di tanjung minyak perdana krew team B kami terus ke kg gajah merlimau rumah kak norliana..masih bujang tapi berkerjaya jurutera..

Yang ni bukan kabinet dapur tetapi almari bilik..untuk anak sedara kesayangan nye yang di jaga dari kecil..anak kakak nya yang telah meninggal dunia..


Gambar nak ambil banyak tak buleh sebab ruang yang terhad membataskan kami nak nak ambil gambar..

Jadi ada satu je la gambar yang ada untuk di jadikan koleksi atau contoh..

Menggunakan pintu jenis anty jump slidding mirror memang menjadikan bilik kelihatan luas sedikit..

Terima kasih kepada kak norliana kerana mempercayaai kami...

Ngam siap pemasangan di sini raya aidil adha pun menjelma...

Namun begitu ini adalah projek pemasangan terakhir en zul yang terpaksa menamatkan perkhidmatan nya di Naz Creative kerana terpaksa pulang ke Perak atas urusan keluarga...

Terima kasih en zul sudi bersama kami selama setahun setengah menyumbang hasil keringat dari semenyih hingga ke melaka...

Kami warga Naz Creative mendoakan agar en zul dan keluarga sentiasa berjaya..gunakan lah bakat dan kepandaian yang ada...bukan mudah kita nak dapat ilmu ni...

Akhir kata selamat menyambut aidil adha..



Kabinet dapur 3G glass gadong jaya

Alhamdulillah selesai satu lagi pemasangan di taman pulau gadong jaya melaka...
Kali ni kabinet dapur yang agak simple lagi mimple di rumah cikgu eida..
Cikgu ieda ni mengajar sekolah di puchong....yang best nye kami pun tak pernah berjumpe...
Kisah nya cikgu ieda ni menelefon supaya kami kerumah untuk ambil ukur


Selepas kami datang ukur maka cikgu ieda memilih material 3G glass warna hitam..maka bermula proses membuat...

Tempoh membuat tidak la mengambil masa yang lama, lebih kurang seminggu kabinet dapur siap..cuma kami tak buleh nak pasang sebab cikgu ieda bukan mengajar di melaka tapi di puchong..jauh tu..terpaksa la tunggu masa yang sesuai...

Hampir sebulan juga la kabinet ni terperap kat kilang...masa berlalu hampir sebulan setengah baru kami buleh pasang...
Dan kini siap sepenuh nye..terima kasih kepada cikgu ieda kerana sudi membuat tempahan dengan kami

Insyaallah kite sambung pulak rumah adik cikgu ieda ni...
Kepada sesiapa yang berminat nak buat tempahan dengan kami buleh la hubungi kami 0196645709 atau buleh datang ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai...
Krew yang terlibatZul : tukangFarizal : pembantu..


Bicara Naz Creative sempena kemerdekaan

Syukur kepada Allah kita semua masih di panjangkan umur serta di murahkan rezeki walau pun sekarang ni kita di himpit dengan kos kos yang agak tinggi..namun begitu kita masih lagi mampu membeli kereta baru, rumah baru dan pelbagai lagi baru...macam kami di bukit tembakau umbai ni, bila cuti sekolah je dapat la lihat ramai nya orang di Medan Ikan Bakar Umbai ni sampai sesak la jalan..



Minggu lepas kita semua baru saja menyambut hari kemerdekaan yang ke 57, manakala esuk pulak anak2 kita bakal menduduki peperiksaan UPSR...


Apa yang kami nak story kan hari ini adalah hala tuju anak melayu dlm perniagaan pembuatan...pembuatan lain kami tak tahu..tetapi pembuatan perabut insyaallah itu lah bidang kami..
Kami bermula pada tahun 2005 dan objektif kami adalah untuk meningkat ekonomi kami dan anak anak melayu...dari tahun 2005 hingga lah sekarang, kami hanya mengambil pekerja dari golongan melayu..kami cuba membantu dan mendidik anak melayu dalam bidang pembuatan perabut dan alhamdulillah 2 orang bekas pekerja Naz Creative berjaya membuka kilang sendiri sekarang di Kajang..

Sebab tu bila kami berpindah di melaka, urusan kami untuk area kajang dan bangi masih berjalan seperti biasa..


Kami berbangga kami masih lagi mampu mendidik anak2 melayu walaupun sekarang ni kita lihat ramai anak melayu berada dalam pengaruh dadah yang tinggi..sedih melihat bangsa sendiri jadi begini..

Alhamdulillah setakat ni tiada lagi anggota Naz Creative yang terlibat dengan najis dadah....

Kami juga berterima kasih kepada semua pelanggan kami yang sentiasa menyokong kami dari awal hingga sekarang..dari kajang utama, semenyih hinggalah kami berpindah ke melaka ni..dapat la kami anak2 melayu meneruskan mata pencarian rezeki....


Kami bukan lah bekerja separuh masa..tetapi sepenuh masa tumpuan kami di sini. Kami cuba laku kan yang terbaik bagi memastikan kualiti terjamin..

Mungkin ada yang kata harga kami mahal, dan ada yang kata harga kami murah..itu terpulang kepada semua menilai...kalau mahal itu lah harga kami, kalau murah pun itu lah harga kami. Kami tak lawan harga dengan sesiapa..terpulang pada anda..

Apa yang kami kesal kan, kebanyakkan dari kita sanggup membayar dengan harga yang tinggi bila berhadapan dengan konkraktor bukan melayu. Bila berhadapan dengan melayu, terlalu nk kan harga yang murah kata nya kalau sama harga dengan cina baik saya ambil dengan cina..

Kenkadang sedih bila ada pelanggan yang terus terang menghentam seperti saya tak percayakan melayu...

Kami akui memang kebanyakkan kontraktor melayu agak lemah pelbagai sudut..
Yang pertama dari segi modal..
Yang kedua dari segi tenaga mahir..
Dua faktor ni lah kenkadang yang membuat masalah besar melanda..

Kami juga pernah mengalami situasi yang merumitkan..pada pertengahan tahun 2015 kami di duga dengan perpindahan premis perniagaan. Bile berlaku perpindahan hampir semua staff mengambil keputusan untuk berhenti di sebabkan jauh.
Kami terpaksa mencari tenaga kerja yang baru...ketika pelanggan kami hilang sabar kerana kelewatan..pelbagai tomahan di lemparkan antara nya kontraktor penipu dan pelbagai lagi hinggakan polis masuk campur...ketika itu kami merayu agar di berikan sedikit masa untuk kami siapkan..namun rayuan kami tak di endahkan...modal kami hampir kosong kerana membayar semula ganti rugi kepada pelanggan..kami hampir putus asa dan mahu je menutup operasi...
Namun kami pertahankan juga dan mengambil keputusan berpindah ke melaka untuk mengelak kan kos yang tinggi..
Kini kami menarik nafas lega dapat beroperasi secara normal tanpa masalah lagi..



Kepada pelanggan kami yang pernah menghentam kami ketika itu, kami memohon kemaafan namun tiada dendam di hati..kami bukan penipu...

Kami berharap, kami dapat bertahan dengan ada nya bantuan dari anda semua..
Kami bukan nya peminta sedekah..
Kami juga seperti yang lain mahu kan kehidupan yang sempurna..kami bekerja tanpa rasa penat...

Terima kasih kepada semua staf Naz Creative
Naz
Zazri
Az
Farizal
Zul
Hazwan
Mus
Wan

Yang bertungkus lumus memastikan kualiti terjamin..

Sekian terima kasih

Kabinet dapur GOLD bukit katil

Alhamdulillah selesai sudah pemasangan kabinet dapur di taman bukit katil indah melaka...apa yang buleh kami kata kan kali ni..PUAS..kerana kali lain sedikit dari yg lain...

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog NAZ CREATIVE TRADING serta pencinta kabinet dapur...


Untuk pengetahuan semua pemilik rumah ni bernama En Zahid ada lah seorang pensyarah di sebuah IPTA melaka ni..perkenalan kami terjadi bile beliau mengejah sendiri ke kilang kami di bukit tembakau selepas raya aidil fitri baru2 ni..
Beliau mengambil masa hampir 3 minggu untuk servey harga dengan kontraktor lain..dan alhamdulillah selepas 3 minggu rezeki tu berpihak dengan kami..


Dengan memulakan langkah pertama, pemasangan konkrit table top menggunakan tile 2' x 2' yang mengambil masa hampir satu minggu untuk di siapkan...selepas itu bermula lah adegan membuat kabinet dapur 3G glass...


Apa yang buleh kami katakan PUAS sebentar tadi...kebiasaan nya kabinet dapur 3G glass merah menjadi pilihan..tetapi kali ni..warna GOLD atau ke emasan menjadi pilihan..memula tu cuak jugak takut tak kena pemilihan kaler...
Tetapi...bile dh siap..wow...terangkat beb...kami yang bekerja membuat kabinet dapur pun terbeliak mata...


Tengok la hasil nya..memang cantik..kombinasi warna yang begitu mengkagumkan..di sebab kabinet dapur ni dah siap terus seorang pelanggan kami di bangi membuat tempahan kaler yang sama..insyaallah sebelum raya haji ni dah buleh pasang...


Kini selesai sudah pemasangan..terima kasih kepada en zahid yang sudi membuat tempahan dengan kami dan mempercayai sepenuhnya konkraktor bumiputera walaupun di saat ni ramai di kalangan kita masih ragu ragu dengan kontraktor melayu khusus bumiputera..

Antara krew yang terlibat
En zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu
Wan : pembuat table top

Merah nya kabinet dapur

Warna merah mestikah marahMerah menyala membakar di jiwaJiwa terbakar merah warnanyaAda merah adalah warnanya
Tu dia...dari awal tahun 2016 hingga bulan september 2016 kabinet dapur warna merah menjadi pilihan...
Hari ni saja nak kongsikan sedikit gambar kabinet dapur 3G glass warna merah supaya dapat menjadi panduan kepada mereka yang sedang mencari idea membuat kabinet dapur









Semua merah...Nama mu merahPanggilan merah...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...