Kabinet dapur anjung gapam

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi atas limpahan rezeki yang di kurniakan. Bukan hanya sekadar rezeki wang ringgit, tapi rezeki kesihatan,

Hari ni kami nak storykan sedikit satu pemasangan kabinet dapur di taman anjung gapam ni...


Pertama kali masuk taman ni peh...cantik giler la taman ni...orang kaya2 je mampu beli rumah sebegini..kami pun rasa terpegun dengan susunan rumah ni...siap ada taman reakrasi lagi...memang cantik...terasa ingin memiliki rumah seperti itu.
  Lagi pun kawasan anjung gapam ni tidak lah bertembung dengan kesibukkan kota. So kepada yang suka kan suasana aman damai tenang rasa nya anjung gapam la menjadi pilihan..
Tutup sekejap pasal anjung gapam ni, kami nak story mory kabinet dapur di taman anjung gapam....
Rumah pun mahal dan cantik pastinya kabinet dapur pun cantik...


Kita mulakan dengan design dulu..selepas di berbincang dari hati ke hati design yang diingini termasuk tema warna bersesuaian maka lahir lah satu design yang mantap...peh...dasyat gitu..
Kak azmawati kite ni memang cerewet sikit...
Bagi menampakan ciri2 kemodenan kami menggunakan material jenis laminate white glossy dan ada lah sedikit black glossy bagi menambahkan kecerian dapur...tak la bosan sangat duduk di dapur tu...


Keluasan dapur di rumah anjung gapam ni memang luas. Ye la berbaloi la dengan harga rumah ni.


Terdapat satu ruang peti ais yang beeeeesar punya...sepanjang buat kabinet dapur rumah memang puas minum air.


Apa special lagi...
Terdapat satu ruang breakfast table express punya. Bukan nasi kandar express sahaja yang ada...macam2 express ada. Dengan ada nya breakfast table ni amat mudah untuk kita menyediakan sarapan pagi yang simple sebelom pergi kerja. Malah anak2 pun mudah untuk sarapan. Di belakang meja tu ada satu carcas untuk menyimpan pembakar roti, mesin air kopi serta barang2 ringan untuk sarapan.


Body almari yang besar buleh la simpan pinggan mangkuk yang cantik.

Alhamdulillah kak azmawati ni berpuas hati katanya 100%..tak sia2 simpan keinganan dapur cantik..

Insyallah kami cuba buat yang terbaik kerana ini rezeki utama kami. 

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kuat kepada kami...

Assalamualaikum..


Kabinet dapur serom perdana kangkar

Alhamdulillah setelah berhempas pulas berpeluh, tergolek, terjunam akhirnya kami team DUNIA KABINET DAPUR dapat jugak menyiapkan kabinet dapur rumah selebriti porpular ini.. siapa kah celebrity itu..jeng jeng jeng jeng...

Sebenarnya buat projek rumah celebrity ni amat mencabar...ye lah dah tentu tempahan nye memang agak tinggi level..hehheh...tapi apa pun kami dapat selesaikan jugak..

Jom kite lihat kabinet dapur rumah beliau dulu...


Untuk projek kali kami menggunakan table top jenis quart stone kaler hitam berkilat..nampak cahaya...
Penggunaan top jenis quart stone ni memang cantik. Kabinet dapur kita akan lebih nampak elegen, moden dan stylo gitu..


Di tambah pulak dengan penggunaan kaler hitam dan putih untuk carcas dan pintu memang mengasyikkan..nampak jelas dapur mewah. Penggunaan handle jenis moden juga memainkan peranan penting dalam mewarnai koleksi dapur ini.



Penggunaan aksesori tambahan seperti rak pinggan dan rak botol juga begitu menarik perhatian pelanggan..mana tidaknya mudah untuk menyimpan barang seperti pinggan mangkuk dan botol. Wah...nampak mewah kan. Tersenyum lebar tuan rumah.



Selain dari kabinet dapur kami juga membuat partition untuk memisahkan ruang tamu dan ruang makan.




Terdapat satu rak tv moden yang besar punya...memang cantik...

Mesti ramai nak tahu kan siapa celebrity itu...beliau adalah pemain bola sepak JDT..

Kabinet dapur durian tunggal

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta kabinet dapur..
Hari ni baru dapat kesempatan update kerja kerja kami kerana kesibukan masa yang tak menentu...

Hari ni kami nak kongsikan sedikit info pemasangan terbaru kami di kg durian tunggal melaka..kali ni kami di tugaskan untuk membuat pemasangan kabinet dapur rumah cikgu hassan.

Cikgu hassan kite ni baru je pencen dan balik melaka menetap di sini. Sebelum ni beliau di johor. Jom kite lihat beberapa koleksi pemasangan..



Cikgu hassan kite ni memilih material jenis 3G glass gold kaler supaya bersesuaian  dengan kaler cat dinding di tambah pulak dengan keluasan dapur rumah ni begitu luas. Panjang betul dapur ni.



Kami juga memasang satu rak botol untuk memudahkan kita letak sos atau kicap. Susu pun buleh simpan tau.


Kami kombinasikan kaler gold dan hitam. Kalau anda perasan carcas kabinet ini berwarna hitam. Maka dengan itu dapur ini menjadi lebih menarik. Cantik kan.


Akhir kata dari kami terima kasih kepada cikgu hassan kerana sudi membuat tempahan dengan kami.

Untuk keterangan lanjut anda buleh hubungi kami 019 6645709.

Promosi kabinet dapur raya 2020

RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA
🔊 masih tercari cari konkraktor kabinet dapur, raya dah dekat ni...

DUNIA KABINET DAPUR kan ada...
Milikan 💯% bumiputera
Harga yang terbaik untuk anda..
Design yang moden dan terbaru

KABINET DAPUR BUMIPUTERA

Kesemua pekerja kami adalah anak melayu lepasan institud kemahiran dan telah bekerja dengan kami di awal pembukaan. Tiada warga asing..

Kualiti yang kami bagi 100% solid board memang tahan air punya. Dari segi design pula tiada masalah.

Sebut sahaja apa material
🏷 solid nyatoh, pine, oak, havea
🏷 laminate wood atau glossy
🏷 3G glass pelbagai jenis kaler
🏷 4G bronze mirror siap pouder coating
🏷 table top jenis HPL
🏷 table top konkrit tile pelbagai jenis corak
🏷 table top moden style quart stone pun ada

Dapur anda cantik tanggung jawab kami

📣  PROMOSI KABINET DAPUR RAYA 2020
.
.
🔨 kami berpengalaman 15 tahun dalam pembuatan semua jenis material kabinet dapur.
🗝 kami menggunakan material 💯% solid blockboard.
💧 material kalis air
〽️ bukan habuk kayu/habuk kertas
🖍 terdapat lebih 1000 kaler
🖍 semua pintu kami gunakan jenis soft close ensel
📧 anda juga buleh layari blog kami https://anjakanbumi.blogspot.com

😊 untuk dapat kan sebut harga jangan risau. Anda tak perlu susah susah ...
.
Ikut 3 step ni:
📞 wasap kami ke www.wasap.my/60196645709
🕛 set masa kami datang ukur ke rumah anda
📏 kami akan design kan kabinet dapur anda serta khidmat sebut harga
🛠 setelah di persetujui maka kami start proses membuat
⛟ selepas terus membuat pemasangan..

Area mana kami cover ?
Melaka, negeri sembilan, muar, kajang, bangi dan putrajaya

Whatsapp kami di hotline:

Www.wasap.my/60196645709/kabinet

Www.wasap.my/60184027674/kabinetNellydia Diaz

Www.wasap.my/60129642615/kabinetMohd Farizal Abdullah

Www.wasap.my/60108909114/kabinetShaifful Azaly AdamNnana

Cepat cepat cepat......






Kabinet dapur 1 krubung

Alhamdulillah selesai jugak pemasangan kabinet dapur di taman 1 krubung sempena tahun baru cina 2020..

Esuk seluruh masyarakat cina akan menyambut tahun baru manakala kami baru saja selesai pemasangan kabinet dapur. Dengan selesai nya pemasangan dapat la kami team yuza management & trading bercuti sempena tahun baru cina dengan tenang nye...hehehehe...

Jom kita lihat segala pogress di rumah en hasreen ni...


Ini adalah gambar dapur sebelom kami memulakan proses membuat kabinet dapur. Untuk pengetahuan anda perumaham taman 1 krubung ni memang dah siap pakej beli rumah serta siap table top konkrit tile. So kalau nk buat kabinet dapur ni kalau tempah pasti nya dapat menjimat kos...namu bagi pemilik rumah ini en hasreen beliau lebih cenderung kepada design top jenis quart stone. Maka kos nye memang agak tinggi...kami terpaksa memecah kan semula table top yang sedia ada tu...

Dan kisah bermula kami pun mengubah suai dapur dengan merobohkan semula table top sedia ada..

En hasreen juga melantik pereka design dari pelukis plan bertauliah..


Ini lah drawing yg di berikan kepada kami. Setelah di persetujui mengikut kesesuain melibatkan beberapa teknikal maka kami mulakan proses membuat...

Terdapat beberapa perubahan iaitu dari segi kaler dan tempat penyedut asap...
Dan hasil nya hari ini....jeng jeng jeng





Terima kasih en hasreen kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk mengubah suai dapur nye...

Selamat tahun baru cina 2020...

Kabinet dapur murah 2020

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta kepada anda yang baru sahaja mengenali kami...tidak terlewat rasa nya untuk kami ucapkan selamat menyambut kedatangan tahun baru 2020. Semoga dengan kehadiran tahun baru ni kita dapat laksanakan azam kita...

Begitu juga dengan kami, azam kami tahun 2020 ni nak memperkasakan lagi perkhidmatan kami agar bertambah baik..

Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan untuk tahun baru ni...jom kita lihat beberapa koleksi pemasangan kali ni...

Untuk permulaan tahun baru 1/1/2020 kami telah membuat pemasangan di taman ayer molek perdana  rumah puan azniza...





Satu pemasangan kabinet dapur yang simple dengan menggunakan material jenis 3D marron glossy. Memang cantik dan kemas walaupun hanya kecil je ruangan dapur beliau. Alhamdulillah selesai sahaja pemasangan kami terus ke kg batu gajah merlimau...


Di kg batu gajah ni pun satu projek kecil je...simple je jenis 3D white glossy ni mudah untuk uruskan mentenen...hehhehe....

Kami teruskan lagi perjalanan kami ke taman harmoni vista pagoh...ala yang dekat UTHM tu...jauh jugak lak perjalanan kami ke pagoh ni...kali ni bukan kabinet dapur tetapi almari bilik jenis anty jump mirror slidding...





Almari ni kami buat sampai ceiling...mudah dan banyak barang buleh di simpan...penggunaan full mirror memang cantik dan luaskan pemandangan dalam bilik...tak payah bersusah payah cari cermin nak siapkan diri...sebenarnya untuk rumah en wira ni kami ada lagi projek untuk kabinet dapur. Memandangkan rumah beliau masih lagi undercontraction so kami buat keputusan untuk pasang dulu almari bilik ni...senang la beliau nak menyimpan barang barang beliau. Mybe bulan mac baru kami buleh buat pemasangan kabinet dapur beliau...

Selesai pemasangan di rumah en wira, kami teruskan ke ayer molek perdana semula rumah abam askar kita en rohizam...



Untuk rumah en rohizam ni pun kami pakai meterial 3D cream glossy berserta carcas panel black glossy..tetdapat satu ruang terbuka khas untuk oven...wah..senang gitu nak masak, dan nak gunakan

Dan untuk setakat ni projek yang agak mega sedikit kami pasang di taman serom perdana...katanya rumah ayahanda pemain bola sepak JDT...






Untuk projek ni kami gunakan 3D white glossy serta cascas black glossy agar menampakan tone coulor yang cantik...dan hasilnya memang menarik...sehingga pelanggan pun puas hati...

Trowback kabinet dapur 2019


Alhamdulillah....penutup tirai 2019 berjalan dengan lancar nya..
Dari januari 2019 hingga lah disember 2019 sebanyak 100 biji rumah kami siapkan perabut hiasan dalaman meliputi kawasan seluruh melaka, segamat, muar, nilai dan putrajaya.
Cabaran 2019 kami tempuh dgn berhati2 supaya tidak tergelincir
Terima kasih kepada semua pelanggan kami yg tak jemu2 menyokong produk kami...anda adalah guru kami kerana setiap teguran kami cuba perbaiki dari semasa kemasa.
Terima kasih juga kepada my best fren sye cikgu Mohd Farizal Abdullah yg menjadi tulang belakang DUNIA KABINET DAPUR, staff2 YUZA MANAGEMENT & TRADING saiful, angah, nazrul, reduan, azmi, apek serta team2 sokongan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan kualiti terbaik dari ladang. Tak lupa penasihat kewangan kami Mohd Yazman Bin Mansor yang begitu cekap menguruskan kewangan bagi memastikan jantung perniagaan ni bernafas dengan lancar serta tok imam kami Mohd Ludin Mohamed Rahim yang tak jemu2 bagi nasihat tazkirah kepada team kami mengingatkan hal2 keagamaan agar kami sentiasa berada di landasan yang betul.
Kepada Yang teristimewa my wife Nellydia Diaz yang begitu sabar melayani karenah suami mu yang begitu bz kat luar ni, keluar pagi sampai tengah malam baru sampai rumah.

Insyallah pemasangan untuk tahun 2020 kami akan berada di kuala sg baru dan beberapa lagi kawasan.

Kami cuba buat yang terbaik kerana inilah rezeki keluarga kami

Lusa kita akan menjejak ke tahun 2020 dan semoga kita semua perolehi kejayaan lebih dasyat lagi kaya dunia dan akhirat...dan di jauhi segala perasaan hasad dengki manusia jin dan syaitan











Selamat tahun baru 2020...dari kami team YUZA MANAGEMENT & TRADING

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...