Trowback kabinet dapur 2019


Alhamdulillah....penutup tirai 2019 berjalan dengan lancar nya..
Dari januari 2019 hingga lah disember 2019 sebanyak 100 biji rumah kami siapkan perabut hiasan dalaman meliputi kawasan seluruh melaka, segamat, muar, nilai dan putrajaya.
Cabaran 2019 kami tempuh dgn berhati2 supaya tidak tergelincir
Terima kasih kepada semua pelanggan kami yg tak jemu2 menyokong produk kami...anda adalah guru kami kerana setiap teguran kami cuba perbaiki dari semasa kemasa.
Terima kasih juga kepada my best fren sye cikgu Mohd Farizal Abdullah yg menjadi tulang belakang DUNIA KABINET DAPUR, staff2 YUZA MANAGEMENT & TRADING saiful, angah, nazrul, reduan, azmi, apek serta team2 sokongan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan kualiti terbaik dari ladang. Tak lupa penasihat kewangan kami Mohd Yazman Bin Mansor yang begitu cekap menguruskan kewangan bagi memastikan jantung perniagaan ni bernafas dengan lancar serta tok imam kami Mohd Ludin Mohamed Rahim yang tak jemu2 bagi nasihat tazkirah kepada team kami mengingatkan hal2 keagamaan agar kami sentiasa berada di landasan yang betul.
Kepada Yang teristimewa my wife Nellydia Diaz yang begitu sabar melayani karenah suami mu yang begitu bz kat luar ni, keluar pagi sampai tengah malam baru sampai rumah.

Insyallah pemasangan untuk tahun 2020 kami akan berada di kuala sg baru dan beberapa lagi kawasan.

Kami cuba buat yang terbaik kerana inilah rezeki keluarga kami

Lusa kita akan menjejak ke tahun 2020 dan semoga kita semua perolehi kejayaan lebih dasyat lagi kaya dunia dan akhirat...dan di jauhi segala perasaan hasad dengki manusia jin dan syaitan











Selamat tahun baru 2020...dari kami team YUZA MANAGEMENT & TRADING

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...