Kabinet dapur tanjung bidara

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. Bertemu kite semula dalam perkongsian hasil kerja kami.. kali ni kami di tugaskan untuk memasang kabinet dapur di tanjung bidara di mana terdapat 5 unit rumah adik beradik.



3G glass green colour menjadi taruhan untuk rumah pertama..


3G glass grey colour untuk rumah kedua.


Laminate marron glossy menjadi pilihan hati rumah ketiga.


Yang ni pulak 3G glass bronze mirror menjadi pujaan hati..



Dan yang terakhir menggunakan material 3G glass dark walnut..terdapat juga satu bar island counter bagi menggantikan meja makan.

Terima kasih puan azilah dan adik beradik nya sudi membuat tempahan dengan kami.

Promosi kabinet dapur raya 2019

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur serta hiasan dalaman..semoga berkat bulan ramadhan kali ini memberi 1001 makna kepada semua...
Agak lama kami tidak bersiaran di sebabkan kesibukan menyiapkan tempahan..alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..sebelum kami coret panjang tahniah kepada salah sorang staff kami atas kehadiran cahaya mata.
Sempena menjelang raya 2019 kami juga seperti pengusaha perabut yang lain menawarkan promosi kabinet dapur dan kami agak mendapat sambutan menggalakan..bayangkan bermula awal bulan april kami buka promosi dan hanya seminggu sahaja promosi terpaksa di tutup sebab sudah penuh jadual..terima kasih kepada semua yang menyokong kami...
Jom kita lihat beberapa koleksi sempena raya 2019.....

Untuk pemasangan pertama kami bertempat taman balkis umbai..di taman ini kami membuat dua pemasangan rumah di mana salah satu nya menggunakan 3G glass ..




Pemilik rumah ni bernama en wan begitu mengemari warna hitam dan ia menampakkan elemen moden di tambah pulak dengan keluasan rumah yang besar memang cantik. Terdapat ruang untuk oven dan microwave mana kala untuk peti ais kami membuat satu slot agak tidak bercampur kabinet lain. Terdapat jugak satu bar kaunter untuk memudahkan sarapan pagi tanpa perlu ke meja makan..mudah kan ...

Selepas rumah en wan kami beralih pula jiran en wan..kali ni kami menggunakan material laminate yellow glossy..dah lama kami tak pakai kaler ni...jarang permintaan kaler kuning ni..



Warna kuning agak susah sebenar nya nk kombinasikan..tetapi melalui persembahan ruangan dapur ini di tambah dengan warna yang sesuai pada dinding menjadikan kabinet dapur ini begitu cantik dan kemas. Terdapat satu ruang rak pinggan gantung supaya mudah mengambil dan menyimpan pinggan yang selalu di gunakan.

Kemudian kami beralih ke kg mebau jasin. Kali ni kabinet simple sahaja dengan menggunakan material laminate white glossy maka tercipta satu hasil karya..


Simple dan cantik..

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan buleh lah hubungi kami 0196645709 atau buleh singgah ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai..

Kabinet dapur park land melaka

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta DUNIA KABINET DAPUR. Alhamdulillah kita bertemu semula memandangkan agak lama kami tak bersiaran. Maklum lah sejak kebelakangan ni agak penuh jadual.

Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang info pemasangan projek kami di pangsapuri tun perak sg melaka atau pun di kenali PARK LAND...ni tempat orang kaya kaya je ni...



Pemilik rumah ni bernama en azizan seorang cikgu di muar. Beliau beli rumah ni pun untuk di jadikan homestay. Maka atas kepercayaan cikgu terhadap kami, beliau mengamanahkan kepada kami untuk makeover pangsapuri beliau. Dengan itu terhasillah seni yang terindah..jom kita lihat bersama...

Untuk permulaan kita lihat dulu bahagian luar. Pembinàan rak kasut simple di bahagian pintu masuk.


Dengan menggunakan material jenis laminate bercorakkan jalur kayu memang cantik. Pelbagai jenis kasut buleh di letakkan dalam rak ini. Selain itu juga kami memasang panel di tepi pintu dengan menggunakan kayu pine..wow..



Cantik tak...memang cantik...

Kemudian kami terus buat pemasangan di ruang tamu..




Penggunaan flatform untuk ruang tamu memang cantik..di tambah pulak rak tv yang cantik..kombinasi kaler juga memainkan peranan penting. Untuk flatform lantai kami menggunakan kayu jenis solid hevea dan di varnishkan menggunakan kaler cherry. Manakala rak tv kami menggunakan material jenis laminate.



Untuk ruang ke bilik kami memasang panel bidding pintu menggunakan material kayu solid PINE manakala untuk dinding ficture wall kami menggunakan wall paper bercorak batu bata. Memang class gitu.







Untuk bilik pula kami start pasang kepala katil, rak tv , kabinet iron baju dan set laci tepi ala ala hotel 5 bintang gitu. Memang puas hati la. Set lampu tidur buleh letak atas kabinet laci tu. Rak tv juga terdapat dalam bilik agar buleh menonton sebelum lelap kan mata.



Yang ini pulak untuk bilik special punya. Tiada lagi katil kerana kami memasang flatform bagi menggantikan katil. Apa yang menariknya kami menggunakan kayu jenis solid hevea dan varnish original face. Memang klasik. Mau tidur lena di ulit intan. Ini kerana penggunaan flatform ini memberi keselesaan tubuh badan. Tidak seperti kita tidur atas lantai beralaskan tile. Terdapat juga satu meja study untuk letak laptop atau gajet gajet anda.






Part yang terakhir adalah set kabinet dapur. Kalau dalam bilik kami menggunakan jenis klasik, tetapi untuk set kabinet dapur konsep moden kontemperari menjadi taruhan. Lihat saja kombinasi warna memang cun giler la...hati berbunga bunga bila di dapur. Ruang yang secukupnya di gunakan. Terdapat 2 dapur iaitu dapur kering dan dapur basah.

Alhamdulillah kami dapat selesaikan dengan jayanya tanpa ada kontroversi dan tanpa prajudis.

Kepada sesiapa di luar sana yang nk datang bercuti di melaka buleh la menginap di homestay ini..memang cantik..

Tak lupa juga kepada sesiapa yang ingin kn sentuhan kami makeover rumah anda buleh lah hubungi kami 0196645709 atau buleh datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Sekian terima kasih...salam sayang dari kami yuza management & trading.

Kabinet dapur terus dari kilang 2019

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kami di beri kekuatan dan kesihatan yang kuat dalam meneruskan perjuangan kami.
Kami juga berterima kasih kepada semua pelanggan kami yang tak jemu jemu menyokong produk kami.
Bukan senang nak bertahan dalam bidang pembuatan perabut ni. Banyak sungguh dugaan yang di lalui, namun kami cuba hadapi sebaik mungkin.
Sedikit pengenalan tentang kami mungkin ramai yang dah kenal atau yang mahu berkenalan.
Kami memulakan perniagaan perabut pada tahun 2004 dan ketika itu kami beroperasi di kajang utama. Atas faktor kenaikan kos sewa kilang kami terpaksa mengambil keputusan berpindah ke tasek kesuma semenyih pada tahun 2014. Genap 10 tahun kami beroperasi di kajang utama. Bermula 2014 hingga 2015 kami di tasek kesuma namun atas faktor jauh dari pada bandar kami mengambil keputusan berpindah ke taman bukit tembakau umbai dan sekarang menjadi treadmark DUNIA KABINET DAPUR. Alhamdulillah berkat kesabaran dan minat mendalam dalam bidang pembuatan perabut kami masih ade rezeki di sini.
Kami juga mengekalkan tenaga kerja anak melayu dan cuba membimbing mereka ke satu tahap yang buleh di banggakan.
Semoga DUNIA KABINET DAPUR dapat bersaing sihat dengan perabut perabut yang ada di luar sana.

Di sini kami cuba lampirkan beberapa contoh terbaik kami sepanjang 2018/2019. Semoga dengan info info ini dapat memberi menafaat kepada semua pelanggan kami.


* menggunakan jenis 4G bronze mirror tanpa handle dan hanya perlu sentuh sahaja memberikan  satu kelainan untuk kabinet dapur. Mana kala untuk top kami menggunakan material jenis quart stone*


* satu material yang agak menjadi pilihan kerana murah sedikit iaitu jenis laminate. Material memang banyak pilihan warna contoh nya merah, biru, hijau dan corak corak kayu. Untuk table top kami menggunakan jenis konkrit tile 2 x 2 dan pilihan kaler pun banyak *



* antara permintaan tertinggi jugak adalah jenis fully laminate, dan harga nya di antara yang paling murah. Murah tak semestinya tidak cantik. Ini kerana harga mengikut jenis material. Bagi kami yang murah ke dan yang mahal ke tetap kami akan buat sebaik mungkin*



* buleh di katakan antara material yang paling porpular sepanjang 2018 iaitu 3G glass berwarna. Pelbagai jenis warna yang cantik dan menawan*


* almari bilik jugak banyak kami buat. Yang ini adalah jenis pintu daun tapi kami pakai mirror*


* slidding anty jump antara yang paling porpular untuk set almari bilik*

Selain dari kabinet dapur dan almari bilik, kami juga membuat rak tv, rak kasut, kabinet bawah tangga serta kabinet kabinet hiasan.

Kepada yang berminat anda buleh lah hubungi kami 0196645709 untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.
Sekian terima kasih..

Kabinet dapur 4G pandan indah

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur tak lupa kepada anda yang masih tercari cari kontraktor membuat kabinet dapur. Mungkin di sini jawapan nya.

Kami adalah pembuat kabinet dapur terus dari kilang 100% milikan bumiputera yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam bidang pembuatan kabinet dapur.

Hari ni kami ingin berkongsikan sedikit info pemasangan kabinet dapur di lorong pandan indah malim melaka.

Jom kite lihat beberapa koleksi kabinet dapur ini.



Untuk pemasangan kali ini, kami menggunakan material 4G glass bronze mirror yang mana special sikit projek ni di mana kabinet dapur tidak mempunyai handle dan sentuh untuk membuka dan laci kabinet. Wah hebatkan...

Terdapat dua ruangan kabinet dapur iaitu dapur basah dan dapur kering. Mudah kalau ada dua dapur.



Terdapat juga dua aksesori tambahan iaitu rak pinggan dan rak botol. Kebiasaannya untuk dapur macam ini memang cantik kalau terlibat dengan aksesori tambahan ni.

Akhir kata daripada kami terima kasih kerana memberi kepercayaan tinggi kepada kami. Ini rumah kedua beliau, yang pertama kami buat di kondo atlantis.

Kepada yang berminat anda buleh la menghubungi kami 0196645709 atau buleh datang lihat sendiri di taman bukit tembakau umbai.

Kabinet dapur 4G glass duyung

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur. Lagi beberapa hari kita akan menyambut kedatangan tahun baru. Semoga dengan kehadiran tahun baru 2019 ni kita dapat menanam azam dengan cermerlang. Begitu juga dengan kami, azam semoga kami dapat merialisasikan impian dapur anda..

Hari ni kami nak kongsikan sedikit info pemasangan kabinet dapur di duyung melaka. Apa yang menarik sangat pemasangan kali ni, kami membuat kabinet dapur menggunakan material jenis 4G bronze mirror beserta table top quart stone. Wow...menarik kan...jom kite lihat...



Untuk design elegan sebegini memang mengambil masa yang agak lama sehingga kan pemilik rumah tertunggu hingga resah gelisah...ye la biasanya kami mengambil masa dalam 2 minggu untuk membuat kabinet dapur. Namun di sebab kan design sebegini memang lambat sedikit masa untuk membuat nya.



Namun apabila selesai sahaja pemasangan..tuan rumah pun terkejut dengan hasil nya sehingga kan tidak terkata apa apa. Tak berhenti henti mengucapkan terima kasih tak terhingga.

Apabila pelanggan pun puas hati maka kami senyum sampai ketelinga la mendengar pujian..

Terima kerana memberi kepercayaan kepada kami walau pun pada asal nya berat hati nak oder dengan kami katanya harga kami mahal...kami tak jual produk murah...kami akan bagi yang berkualiti..kalau nak yang murah kena cari tempat lain la...

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan buleh lah menghubungi kami 0196645709 atau buleh singgah sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Kabinet dapur merlimau permai

Alhamdulillah selesai sudah satu pemasangan kabinet dapur di taman merlimau permai.

Pemilik rumah ni bernama en sham yang bekerja di kuala lumpur namun beliau membeli sebuah rumah di taman merlimau permai..beliau telah memilih material laminate glossy dengan percaturan dua kaler iaitu hitam dan grey...



 Pemilihan kaler amat bersesuaian dengan design dapur rumah beliau..cantik dan menarik simple dan moden.

Terdapat juga satu aksesori tambahan rak pinggan agar mudah untuk menggantung pinggan yang sudah di basuh.

Terima kasih en sham yang sudi membuat tempahan dengan kami.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...