Assalamualaikum kepada semua geng geng hias rumah, tukang apa hari ini, geng deco rumah, kontraktor pembinaan dan hiasan dalaman serta kawan kawan yang sedang mencari idea untuk membuat kabinet dapur. dah lama kami tak update pasal kerja kerja kami maklum la ramai sangat yang ada minta tunjuk ajar cara cara membuat kabinet dapur. Alhamdulillah masa terluang ni dapat lah kita berkongsi sedikit info info pemasangan kami. Buat masa sekarang kami terpaksa menghentikan sementara operasi kami dek kerana saranan kerajaan agar menutupi atau pun menghadkan pergerakkan di sebabkan penyebaran virus COVID-19 yang semakin memuncak. Pada hari ni sahaja kes sudah pun meningkat ke 7k keatas. Satu hari melibatkan kematian yang tinggi setakat ini mencecah 152 orang. Kita doakan sesama agar kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Amin.....
Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan kami yang agak besar nilainya serta padu la sedikit. Untuk pengetahuan semua segala urusan jualbeli tempahan bermula bulan februari 2021, namun kami tak dapat siapkan ketika itu di sebabkan kerja kerja ubah suai rumah beliau belom lagi siap. Itu kena tanya kontraktor buat rumah kenapa lambat siap.
Di sini kami lampirkan beberapa hasil kerja kami




























































