kabinet dapur merlimau

 Assalamualaikum kepada semua geng geng hias rumah, tukang apa hari ini, geng deco rumah, kontraktor pembinaan dan hiasan dalaman serta kawan kawan yang sedang mencari idea untuk membuat kabinet dapur. dah lama kami tak update pasal kerja kerja kami maklum la ramai sangat yang ada minta tunjuk ajar cara cara membuat kabinet dapur. Alhamdulillah masa terluang ni dapat lah kita berkongsi sedikit info info pemasangan kami. Buat masa sekarang kami terpaksa menghentikan sementara operasi kami dek kerana saranan kerajaan agar menutupi atau pun menghadkan pergerakkan di sebabkan penyebaran virus COVID-19 yang semakin memuncak. Pada hari ni sahaja kes sudah pun meningkat ke 7k keatas. Satu hari melibatkan kematian yang tinggi setakat ini mencecah 152 orang. Kita doakan sesama agar kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Amin.....

Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan kami yang agak besar nilainya serta padu la sedikit. Untuk pengetahuan semua segala urusan jualbeli tempahan bermula bulan februari 2021, namun kami tak dapat siapkan ketika itu di sebabkan kerja kerja ubah suai rumah beliau belom lagi siap. Itu kena tanya kontraktor buat rumah kenapa lambat siap.

Di sini kami lampirkan beberapa hasil kerja kami



Rak tv beserta meja solek dengan menggunakan material laminate. terdapat ruang Carcas untuk letak decoder Astro dan menyimpan susunan alat perhiasan diri. untuk bahagian dinding kami menggunakan laminate bercorakkan marble agar kelihatan ruang bilik menjadi cantik.



Di tengah ruangan dapur kami sertakan satu Island bar dengan menggunakan material 4G glass. manakala ruang belakang Island Bar kami buat satu Dumy pintu agar kelihatan Island Bar nampak menarik. 



Untuk bahagian wall cabinet kami menggunakan material laminate white glossy supaya nampak sesuai dengan tile dinding rumah beliau. wow...memang cun la. terdapat juga satu ruang disk rack supaya mudah untuk menyimpan pingan yang kerap di gunakan. Sebenarnya dapur rumah beliau memang cantik.







Selain dari kabinet dapur kami juga menyiapkan almari bilik untuk rumah ini. terdapat 5 bilik yang perlu kami siapkan. penggunaan pintu jenis slidding Anti Jump berserta mirror di tengah memainkan lagi elemen elemen penting dalam sesebuah bilik. Penggunaan pintu jenis ini juga memberikan jimat ruang antara kawasan katil dan almari bilik. Kebiasaan nya ramai capenter membuat pintu anti jump ini hanya 6 kaki mana kala baki pintu mereka akan membuat pintu jenis daun. Ini kerana harga untuk pintu Anti jump ini agak mahal harga nya. Namun kami membuat pintu sampai ke ceiling kerana segala proses membuat pintu kami lakukan sendiri.


Jom kita hasil selepas kami siapkan...











Terima kasih kepada abg Mat kerana mempercayai hasil kerja kami.

kepada yang berminat buleh lah menghubungi kami www.wassup.my/+6019 6645709/kabinetdapur atau buleh datang ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

kabinet dapur tangga batu

 Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini, hari berkesempatan menceritakan sedikit tentang pemasangan kabinet dapur di taman tangga batu rumah anak YB azman . Jom kita lihat beberapa koleksi sedikit.




























Projek kali ni dua set kabinet untuk putri YB azman. Design yang sama ukuran yang sama harga yang sama serta taman yang sama, cuma rumah je berlainan. Pemilihan warna juga agak beza sedikit. Untuk si kakak memilih black glossy dan grey glossy, manakala si adik memilih warna plambago atau dark grey.


terima kasih Tok Man kerana memberi kepercayaan besar kepada kami untuk siapkan kabinet dapur rumah anak beliau.

Kabinet dapur tip top 2021

Rasanya hampir sebulan kami tak jengok blog ini di sebabkan faktor kesibukan menyiapkan tempahan kabinet dapur. Maklum ler lagi beberapa hari kita dah nak menyambut ketibaan ramadhan. Kalau tahun 2020 kita semua terpaksa raya di rumah masing-masing di sebabkan PKP. Insyaallah tahun ni kita dah buleh sambut raya bersama keluarga cuma yang tak di benarkan adalah merentas negeri. 

Alhamdulillah sepangjang bulan ni kami dapat menyelesaikan pemasangan kabinet dapur dengan jayanya dan rasa seronok bila pelanggan berpuas hati dengan hasil nya.

Untuk projek pertama kami, gemencheh menjadi sasaran.

Tuan mazlan kita ni mengidamkan sebuah dapur yang cantik namun hasrat nya gagal beberapa kali kerana kecewa dengan beberapa kontraktor. Rezeki bertemu dengan kami membuatkan en mazlan begitu semangat untuk memiliki dapur impian setelah beberapa kali kecewa. Setelah di penjanjian di meterai maka bermula lah kami menyusun pembuatan kabinet dapur di rumah beliau.













Bermula dengan rak tv hingga lah kedapur hasil kami alhamdulillah en mazlan begitu berpuas hati dan kami pun buleh tidur lena.

Kemudian kami bertemu pula dengan puan naslin di gemencheh. Impian puan naslin adalah untuk baik pulih kabinet dapur rumah beliau. 


Ini tujuan asal puan naslin menghubungi kami, namun setelah di bincang secara mendalam kita ubah suai sedikit kabinet dapur rumah beliau. Sebenarnya ini hadiah buat ibunya puan latifah yang inginkan dapur yang cantik.







Ketung ketang ketung siap lah dapur rumah mak puan naslin ni. Dari kawasan dapur yang agak lusuh kembali ceria menakjubkan. Apa lagi tersenyum lebar la makcik latifah ni maklum hadiah dari anak tercinta.

Selesai sahaja di gemencheh kami terus ke taman paya rumput bistari. En farhan ni mula menghubungi kami setahun lepas ketika beliau baru sahaja membayar deposit rumah baru. Atas desakan PKP maka penyerahan kunci agak lambat hingga la tahun 2021. Namun tak mematahkan semangat en farhan untuk memiliki dapur idaman seperti yang selalu di pamirkan ruang pesbok. Putih bersih menjadi taruhan permainan tone colour.







Bila abis saja pemasangan terpancar kepuasan bila dapur yang di idam menjadi kenyataan. Bukan mudah nak dapat yang di hajati.

Kami beralih arah pula ke rumah puan nurul di padang temu. Puan nurul ni adalah seorang isteri pengawai polis di trafik di melaka. Orang nya agak tegas, ketika memula kami sampai agak jenuh jugak la kami bersoal jawab dah macam kena soal bedah siasat. Namun bagi kami itu perkara biasa.






Kombinasi hitam dan putih menjadi taruhan rumah puan nurul ni. Agak teliti sikit puan nurul ni. Kalau tak kena dengan matanya...buleh tahan cerewet nye...namun berjaya jugak kami menawan hatinya...

Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang menaruh kepercayaan besar kepada kami.
Untuk yang berminat dengan hasil usaha kami buleh lah hubungi kami 0196645709 atau buleh singgah kekedai kami di taman bukit tembakau umbai.

Kabinet dapur murah 2021

 Lama tak bersiaran sebab kekangan masa yang agak sibuk sejak kebelakangan ni...berkejar sana sini menyiapkan tempahan yang ada. Terima kasih kepada semua yang menyokong produk kami. Segala usaha kami di hargai...

Hari ni kami nak kongsikan beberapa koleksi pemasangan sepanjang bulan februari 2021. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan segala urusan.

Pemasangan pertama kami di belakang pejabat kami di taman bukit tembakau umbai rumah abang zahari.


Abang zahari ni baru je pencen pegawai polis dan rezeki di pertemukan dengan kami. Memilih warna hitam kilat menambahkan kecerian rumah beliau.


Selesai rumah abang zahari kami ke rumah kak zainab jiran abang zahari.

Kali ni tempahan almari bilik slidding anty jump menjadi pilihan..


Cantik kan...simple dan ringkas menjimatkan ruang bilik.

Selesai je pemasangan almari bilik ni kami terus ke kampung sebelah iaitu kampung pulai merlimau rumah en nazri. Tahun lepas kami buat rumah adik beliau, kali ni rumah abang pulak.


En nazri ni baru sahaja membina rumah di tanah pusaka nya...cantik rumah beliau.


Setelah selesai kami melangkah jauh sedikit ke jasin taman maju rumah en zaher. Asal nya en zaher hubungi kami hanya nak bandingkan harga, namun beliau tertarik dengan harga kami. Terus beliau bagi deposit permulaan. Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan hasil tangan kami.





Amat mendebarkan nak pasang kabinet area jasin ni, maklumler nak kena redah sekatan jalan oleh POLIS di IPD jasin. Namun tanggung jawab kami kena jugak tunaikan.

Habis je pemasangan di jasin terus kami memecut ke kampung tambak bugis rumah puan aini..

Warna putih menjadi pilihan kerana bersesuaian tema dapur beliau yang menginginkan ruang yang luas...



Selesai sudah pemasangan untuk februari 2021. Terima kasih tak terhingga kerana memberi peluang kepada kami menyiapkan tempahan anda..


Kepada yang berminat dengan perkhidmatan kami, anda buleh lah hubungi kami di talian 0196645709 atau buleh singgah ke kedai kami di taman bukit tembakau umbai...

INGAT DAPUR INGAT KAMI...

Kabinet dapur tangkak

 Memiliki dapur yang cantik dan selesa memang idaman setiap insan bergelar isteri. Mana tidaknya, di ruang inilah segala kasih sayang di curahkan kepada keluarga tercinta. Keindahan dan kekemasan dapur menjadi penyejuk mata untuk menunaikan tanggung jawab pada suami dan anak anak. 

Kabinet dapur juga satu elemen penting dalam membentuk ruang dapur yang cantik dan kemas. Maka dengan ini puan aini dari tangkak memulakan langkah mencari pembuat kabinet dapur di serata tangkak dan muar. Setelah sekian lama mencari akhirnya jodoh di pertemukan dengan kami. Kehadiran nya di pejabat kami merungkai segala impian beliau yang ingin memiliki sebuah kabinet dapur yang cantik...

Setelah di teliti di amati dari segala sudut, bajet, material dan design maka lahirlah satu kata putus yang bersependapat sepasang suami isteri, maka terbentuk lah satu rekabentuk dari ilham hati yang ikhlas.




Di awalan pintu masuk kedapur kita dapat lihat satu binaan kaunter breakfast yang simple di lapisi top quartz stone bagi menampakkan ciri ciri europe style. Ini kerana ruang breakfast ini agak penting bagi keluarga yang agak sibuk dengan kerjaya kerana kurang masa untuk penyedian sarapan.











Untuk ruang wall unit kami membuat carcas full height ceiling bagi menambah ruang yang banyak untuk mengisi barang. Terdapat satu pintu berkaca bagi memudahkan kita menyimpan barang yang mudah di lihat. Dari sudut rekabentuk kabinet, ruang peti ais dan tall unit untuk menyimpan oven dan microwave.

Untuk bahagian base unit kekemasan top quartz stone menambahkan lagi kemewahan sesebuah dapur ini. Pilihan warna yang tepat bersesuaian dengan warna dinding menjadi asas.

Terima kasih kepada puan aini kerana sudi memberi kepercayaan besar kepada kami.



Kepada yang berminat dengan perkhidmatan kami buleh la hubungi kami 0196645709 atau singgah ke kedai kami di taman bukit tembakau umbai.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...