Kabinet dapur murah melaka

 Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pengemar hiasan dalaman terutama hiasan kabinet dapur. Alhamdulillah hari ni kita di panjang usia, dimurahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik di samping keluarga tercinta. 

Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan beberapa set kabinet dapur hasil dari promosi merdeka 2020 sepanjang 15/8/2020 hingga 15/9/2020. Sepanjang promosi kali kami mendapat respon yang menggalakkan cuma kami tak buleh terima semua sebab kehabisan material. Ini kerana kami membeli secara pukal bahan mentah sempena pembukaan hardware kami. Tak sempat nak jual bahan mentah, tempahan kabinet dapur pula mendapat sambutan..alhamdulillah..



Berkenaan dengan promosi kali ni kami menawarkan warna seperti hitam, putih, merah, oren, hijau, cream, biru, dan beberapa jenis kaler sahaja..maknanya ibarat promosi mengikut terma dan syarat la. Kalau nak beli semua kaler takut tak dapat sambutan.. kaler yang paling banyak kami beli adalah hitam dan putih kerana kaler sebegini memang tinggi permintaan nya.

Jom kita lihat beberapa koleksi sempena promosi merdeka 2020 kali ni.

1. ANJUNG GAPAM


Untuk set pertama kami di tugaskan ke taman anjung gapam. Kali ni kami hanya berhadapan dengan main contraktor sahaja. Yang murah hanya dekat kontraktor je la..harga yang contraktor rumah tu tawarkan kepada owner kami tak tahu lah. Beliau memilih kaler putih kilat agar sesuai dengan dapur rumah client contraktor tu. Bersesuaian pulak harga sedang promosi..memang terus sambar la. Menarik kata nya...

2. KLEBANG



Untuk projek kedua pulak kami ke klebang memenuhi tempahan puan aimi. Puan aimi ni memang dah lama cari pembuat kabinet dapur. Dalam dok cari cari harga terbekenan pulak dengan harga yang kami tawarkan. Apa lagi tanpa bermimpi di siang hari jawapan terus di berikan tanda setuju. Puan aimi ni lebih berkenan kaler merah. Apabila kepuasan terpancar maka berlakukan promote mem promote. Adik puan aimi iaitu puan aini pun tergoda dengan harga yang di berikan. Maka setuju jugak la jalan pengakhiran. Kalau si kakak memilih merah manakala adiknya lebih meminati kuning. Maka terjadi lah hiasan dapur kuning.

3. KLEBANG



Amacam cantik tak kaler kuning. Memang cantik la...

4. TAMAN MERAK MAS



Untuk projek seterusnya kami ke taman merak mas rumah puan izni. Puan izni ni buat temujanji semasa PKP lagi. Namun tiada kesempatan untuk kami kesana. Namun begitu rezeki tak salah alamat apabila sekali lagi puan izni menghubungi kami dan pada saat itu kami baru sahaja dua hari melancar promosi merdeka 2020. Apa lagi ibarat pucuk di cita ulam yang datang. Putih kilat menjadi pujaan hati puan izni. Alhamdulillah selesai penantian.

5. JASIN BISTARI


Selesai je di rumah puan izni kami ke jasin bistari pula rumah en rafik. En rafik baru sahaja berlaku kemalangan jalan raya dan kita doakn semoga en rafik di permudahkan segala urusan. Beliau juga memilih warna putih kilat agar besesuaian dengan tema keluarga nya. Cantik kan walaupun simple tetap kemas dapur. 

6. SAUJANA TEHEL


Kemudian kami ke taman saujana tehel bukit katil menyiapkan satu lagi tempahan kabinet dapur grey glossy. Semua nak pilih putih sapa pula nak pilih kaler lain selain putih. Terdapat 3 kaler grey glossy yang di pilih. Satu lagi rumah en sufian pun sama di taman saujana tehel.

7. SAUJANA TEHEL


Sama kaler yang bezanya kaler table top sahaja. Grey glossy memang cantik sebab kaler die menampakan sisi moden pada ruangan dapur kita.

8. TAMAN MERLIMAU PERMAI



Begitu juga en long zainudin dari merlimau permai pun memilih kaler yang sama. Makna nya stok kaler grey glossy pun dah makin berkurangan. Tapi kaler lain ada lagi kan..

Siap je projek rumah en long, tanpa membuang masa kami ke rumah cikgu razak. Apa yang best nya kt sini cikgu razak dgn kami pernah duduk satu kawasan di kajang utama dulu...tak sangka pulak dah pindah melaka terjumpe semula. En razak mengenali kami dari jemaah masjid cheng. 

9. TAMAN CHENG SETIA



Cikgu razak juga memilih kaler putih glossy. Ramai betul minat putih glossy ni. Lagi pun memang cantik dan mudah untuk di padankn dengan warna dinding dapur.


10. TAMAN BUKIT EMAS

kalau tadi kita di rumah cikgu razak di taman cheng setia, kali ni rumah cikgu jugak razak juga, tapi orang yang berlainan. Cikgu razak yang kami maksudkan cikgu razak di taman bukit emas. Senang cakap cikgu razak junior la. Muda lagi...



11. BUKIT DURIAN SETIA

yang ni dekat sikit lah dengan kilang kami iaitu taman bukit durian setia. En abu ni datang ke kilang kami untuk buat tempahan kabinet dapur. Kaler pilihan pertama kaler bercorak wood design. Namun apabila di khabarkan promosi merdeka 2020 ni terus beliau tukar kaler. Maka black glossy lah pilihan hati.


12. TAMAN PAYA EMAS

Puan azie ni memang pelanggan tetap kami. Dah banyak tempahan rumah beliau. Kali ni beliau sambung dapur kasi besar sikit. Bila dah besar kena lah buat kabinet dapur, tepat pulak masa kami pun tengah lancar kan promosi dan kaler yang di minati ada dalam senarai promosi kami. Apa lagi terus sambar la..




Oren gitu. Satu satu nya peminat oren. Ngam pulak kaler ni kami sediakan tak banyak. Cukup la untuk siap kan rumah puan azie ni.


13. TAMAN SRI SEMPANG MERLIMAU

Selesai je pemasangan di rumah puan azie kami teruskan pula di taman sri sempang. Untuk projek kali kami hanya berususan dengan kontraktor pembinaan rumah ni. Jadi kami tidak mengenali tuan rumah. Namun alhamdulillah semua berjalan dengan lancar



Banyak kan tempahan kaler putih. 


Insyaallah kalau ade rezeki yang lebih nanti kita buat promosi lagi...promosi murah begini bukan senang di laksanakan..pelbagai faktor antranya modal awalan kena besar sebab kami kena beli bahan mentah secara pukal. Dari segi kakitangan pulak kami kena bersedia fizikal dan mental. Sebab ramai di luar sana gagal laksanakan promosi sebegini. Buat jualan harga pasaran memang senang, tapi bila sambutan hebat manakala kakitangan tak mencukupi amat bahaya sekali. Itu yang banyak kena saman dengan pelanggan. Alhamdulillah untuk promosi merdeka 2020 ni kami berjaya mengharungi dengan gembira. Terima kasih semua. Nantikan kita buat promosi produk lain pulak.

Hiasan dinding SHIPLAP

HIASAN DINDING


Dinding jika dibiar kosong, mungkin akan nampak hambar dan bosan. Lebih-lebih lagi pada dinding dalam ruang yang menjadi tumpuan tetamu, jika setiap dinding dibiar kosong tanpa sebarang hiasan, tentunya ruang akan kelihatan kurang menarik. Oleh sebab itulah, pemilik digalakkan untuk memilih satu dinding untuk dijadikan feature wall sebagai titik tumpu dalam sesebuah ruang. Ini akan sekaligus mengubah “mood” ruang dengan menjadi lebih berkarakter.

Selain menggunakan kaler cat yang menonjol, kita juga boleh gunakan kertas dinding ( wall paper ) mahupun wainscoting sebagai daya penarik untuk dinding yang kosong. Namun begitu terdapat satu lagi yang menarik untuk si jadikan hiasan dinding iaitu SHIPLAP.

APA ITU SHIPLAP?

Mendapat nama dari teknik membina kapal atau bot, Shiplap biasanya dipasang pada bahagian luar bangunan atau kediaman sebagai lapisan perlindingan. Kebiasaan nya kita dapat lihat pada rumah rumah jenis kayu yang mana hiasan dinding nya hanya menampakan susunan kayu manis.










Namun si era serba moden rumah bercirikan batu agak sukar menampak kelainan pada dinding. Shiplap merupakan satu altenatif hiasan dinding ruang yang mahukan kelainan dengan citarasa klasik dan vintaj.

Lapisan papan yang disusun bertingkat dengan sedikit jarak diantara setiap satunya akan menjadi sebuah elemen dekorasi yang cukup menarik. Papan boleh disusun dalam keadaan melintang ataupun menegak agar ia dapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi.

 Bahan yang si gunakan untuk shiplap ini antaranya seperti kayu pine, semangkok, nyatoh dan pelbagai jenis kayu solid. Namun ada juga yang menggunakan kayu jenis MDF board untuk mendapatkan kos yang lebih murah berbanding kayu kayu solid. 

Ada juga yang menggunakan jenis vinly flooring sebagai hiasan dinding. Kesemua itu tidak menjadi masalah untuk mendapatkan ruang hiasan dinding yang cantik. 





Kepada yang berminat untuk tempahan atau untuk membeli bahan mentah buleh lah hubungi kami di talian 0196645709 atau buleh datang ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Kabinet dapur melaka

 KABINET DAPUR 💯% BUMIPUTERA









Bosan dengan kabinet dapur lama?

Berkenan pulak dengan design yang baru...


Jom tempah dengan kami....


Kami adalah pengilang kabinet dapur terus dari kilang








Kesemua staff kami adalah anak melayu lepasan institud kemahiran dan telah bekerja dengan kami di awal pembukaan. Tiada warga asing..


Kualiti yang kami bagi 100% solid board memang tahan air punya. Dari segi design pula tiada masalah.


Sebut sahaja apa material

🏷 solid nyatoh, pine, oak, havea

🏷 laminate wood atau glossy

🏷 3G glass pelbagai jenis kaler

🏷 4G bronze mirror siap pouder coating

🏷 table top jenis HPL

🏷 table top konkrit tile pelbagai jenis corak

🏷 table top moden style quart stone pun ada


Dapur anda cantik tanggung jawab kami


📣  PROMOSI KABINET DAPUR MERDEKA 2020

.

. 

🔨 kami berpengalaman 16 tahun dalam pembuatan semua jenis material kabinet dapur.

🗝 kami menggunakan material 💯% solid blockboard.

💧 material kalis air

〽️ bukan habuk kayu/habuk kertas

🖍 terdapat lebih 1000 kaler

🖍 semua pintu kami gunakan jenis soft close ensel

📧 anda juga buleh layari blog kami https://anjakanbumi.blogspot.com


😊 untuk dapat kan sebut harga jangan risau. Anda tak perlu susah susah ...

.

Ikut 3 step ni:

📞 wasap kami ke www.wasap.my/60196645709

🕛 set masa kami datang ukur ke rumah anda

📏 kami akan design kan kabinet dapur anda serta khidmat sebut harga

🛠 setelah di persetujui maka kami start proses membuat

⛟ selepas terus membuat pemasangan..













Area mana kami cover ?

Melaka, negeri sembilan, muar, kajang, bangi dan putrajaya


Whatsapp kami di hotline:


Www.wasap.my/60196645709/kabinet


Www.wasap.my/60184027674/kabinet


Www.wasap.my/60129642615/kabinet

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...