Kabinet dapur pokok mangga

 


Kalau anda sampai area pokok mangga ni ada satu kedai makan best dekat sini iaitu nasi beriani pokok mangga.. fuh!!!!! Sedap sesangat kalau kena pulak beriani gam kambing..

Tapi kami bukan nak story pasal nasi beriani. Nasi beriani ni kami pekena selepas siap satu pemasangan kabinet dapur area pokok mangga ni.

Baik lah...pekenalan kami team Dunia Kabinet Dapur Umbai dengan pemilik rumah ni en fakri ni bermula apabila salah seorang sahabat nya yang tinggal di kg tambak paya yang juga salah seorang pelanggan kami rekomen kan kuat kepada kami.

Asalnya en fakri ni memilih warna biru, entah macam mana di saat akhir beliau menukar kaler " leaf green ". Untuk rekod kaler sebegini memang antara kaler yang baru dan meningkat porpular selain kaler hijau turqoise. Untuk leaf green ni kaler nya agak berat. Oleh kerana kaler sebegini mula mendapat perhatian, maka kaler sebegini ramai yang tengah cari.


Setelah perbincangan dari hati ke hati maka bermulalah proses membuat. Kami mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk membuat di kilang kami serta 1 hari untuk buat pemasanagan. Alhamdulillah semua kerja kerja berjalan dengan lancar.


Terdapat satu island bar yang paling di gemari ramai. Island bar memudahkan kita untuk sarapan pagi tak perlu la ke meja makan. Bahagian tall unit pula menjadi satu elemen penting untuk menyimpan microwave. Cantik kan. Penggunaan ruang dan kaler menjadikan dapur ini kelihatan kemas.



Akhir kata dari kami terima kasih kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Kami cuba buat yang terbaik buat semua pelanggan kami.

Kepada yang berminat buleh la hubungi kami 019 6645709 atau buleh singgah ke kedai kami di taman bukit tembakau umbai.


No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...