TEAM DUNIA KABINET DAPUR 2020

 Minggu ni bertalu2 panggilan bertanya kan kabinet dapur, tu belum lagi di tambah dengan kebanjiran whatsup2 bertanya kan harga kabinet dapur. Saya selaku admin DUNIA KABINET DAPUR memohon maaf sekiranya kami terlambat balas, terlambat bagi kata putus harga, drawing serta pelbagai lagi dalam perbincangan kita.


Terima kasih tak terhingga kepada semua pelanggan2 kami yang memberi kepercayaan penuh kepada kami. Bukan senang nak dapat kepercayaan penuh. Setiap manusia pasti membuat kesilapan, begitu juga dengan kami yang tak lari dari kesilapan..



Sedikit info tentang kami yang mana baru nk mengenali kami...

Disember 2004 permulaan kami dalam arena pembuat perabut ni bertapak di kajang utama bersebelahan kajang dua..dulu hutan belantara kat situ, dan di situ lah permulaan kami di bantu beberapa pekerja melayu spt
1. Fauzi ( dah buka kilang sendiri )
2. Jamal ( dah buka kilang sendiri )
3. Zakaria ( buka kedai makan sekarang )
4. Shahrehan ( bekerja di putrajaya sekarang )
5. Hasim ( dh jadi tokey buah sawit sekarang )

Dan ramai lagi yang pernah jadi ahli Naz Creative Trading ketika itu di awal fasa pertama 2004 hingga 2015

Mei 2015 fasa kedua kami di taman tesek kesuma semenyih apabila kami terpaksa berpindah kerana kos sewa tapak yang tinggi...ketika itu kami di bantu oleh
1. Zazri ( dah jadi tokey keropok leko )
2. Idan ( dh berniaga sendiri )
3. Indah ( satu2 wanita yang pandai buat perabut )

Dan ada beberapa orang lagi yang berkemahiran ketika itu...namun perjalanan kami tak panjang di semenyih. Pada mac 2016 kami berpindah lagi ke melaka pulak..semua di sebab kn kos..

Mac 2016 fasa ketiga kami di melaka. Untuk permulaan di melaka kami di bantu oleh beberapa staff yang berkaliber seperti
1. Farizal
2. Hazwan
3. Zul
4. Mustafa kamal
5. Zaidi
6. Zainal

Tahun 2020 menyinari kami walaupun terpaksa berhadapan suasana PKP namun amanah yang di berikan tetap di utamakan.

Melengkapkan lagi anggota anggota DUNIA KABINET DAPUR dibawah pengurusan YUZA MANAGEMENT & TRADING kami mengorak langkah berdaya saing dalam bidang pembuatan perabut.

PENGARAH URUSAN
- yusof

PEGAWAI KEEWANGAN
- azlilawati

PENGURUS STRATEGI PEMASARAN
- saiful azaly

PENGURUS KEDAI
- farizal

TEAM TEAM OPERASI
- norisham
- hafiz
- azmi ariffin
- haris rosman
- diny haris
- haris rosli
- nazrul 
- reduan

Semua nya alhamdulillah mantap berlake..

Kami melakukan kerja ni secara sepenuh masa, tiada separuh masa kerana kami amat menitik beratkan kualiti..



Jadi kepada yang berminat dengan hasil keje kami buleh la hubungi kami 0196645709 ....

Inspirasi dapur simple

APA ITU DAPUR?

dapur adalah ruangan yang sering kita gunakan untuk memasak dan mengolah makanan dan pasti nya dapur juga perlu mendapat perhatian khusus...betul tak kenkawan.

Untuk mendapatkan suasana yang riang di dapur tidak salah kiranya kita mengubah atau deco sikit sikit agar dapur kita kelihatan cantik dan lebih menarik supaya kita pun semangat nak memasak kat dapur tu.

Kriteria dapur impian bagi setiap orang pasti berbeza bergantung pada minat, selera dan yang pastinya bajet dalam kawalan. Dapur juga menjadi cermin dari karakter pemiliknya...anda tahu kan...

Pengalaman kami bermula pada tahun 2004 hingga la sekarang tahun 2020. Ini bermakna 16 tahun kami dalam bidang pembuatan kabinet dapur ni. Setiap hari setiap jam setiap minggu setiap tahun mulut kami berbicara tentang kabinet dapur. Dari segi design, kaler, material dan harga semasa sudah menjadi kebiasaan kami. 

Hari ni kami nak kongsikan tips tips konsep kabinet dapur dan mudah mudahan menjadi inspirasi buat anda.

Untuk anda yang memiliki ruang dapur dengan ukuran yang terbatas, jangan bimbang kerana anda tetap dapat memiliki dapur yang cantik dan nyaman. Kombinasi kaler juga memainkan peranan penting untuk sesuatu ruang kabinet dapur. Warna yang terang dapat memberi ceria pada ruang interior dapur anda. Jika anda tidak suka dengan konsep "single tone" anda buleh membuat kombinasi elemen dekoratif sebagai langkah paling sesuai. Ini dapat memastikan daripada kita mulai bosan dengan ruangan dapur.











 




KABINET DAPUR MODEN DAN TERKINI

 "Pengalaman telah mendewasakan mematang kan fikiran"

Alhamdulillah berkat kesabaran, kami mampu bertahan sehingga hari ini dalam menjalani kehidupan sebagai seorang tukang kayu khusus nya pembuat kabinet dapur. Bukan mudah untuk bertahan lama sebegini kerana ramai yang seangkatan kami pun dh ramai bersara dalam pembuatan kabinet dapur ni. Kini ramai pelapis pelapis baru muncul dengan ruangan ruangan facebook, twitter, dan pelbagai lagi. Kami bersyukur masih lagi mampu berkarya sehingga kini. 

Dari hari ke hari kami cuba perbaiki setiap kelemahan kami demi menunaikan amanah yang di berikan.

Hari ni kami kongsikan sedikit tentang pemasangan di taman tehel impian dan ayer molek duyung

Owner ni bernama mr gunasegaran..memang cerewet sikit..jenuh jugak la kami nk bersilat..dari masa, tarikh dan kualiti memang cukup mendebarkan...namun alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan MR GUNA amat berpuas hati...





Pemilihan kaler untuk rumah MR GUNA di pilih oleh anak lelaki nya. Campuran kaler yang menarik menjadikan ruang dapur nampak eksklusif gitu. Terdapat satu bar kaunter untuk breakfast, so tidak perlu lah meja makan. Ruang dapur dapat di jimatkan lagi. 



Untuk pemasangan yang kedua kami ke rumah en faizal di ayer molek duyung. Umah en faizal memang cantik la. Pemilihan kaler rumah ni mengambil masa agak buleh tahan la. Sbb en faizal ni mementing tema dalam rumah beliau. Beliau meletakkan citarasa moden kotemporari maknanya tidak la keterlaluan sehingga kaler menjadi semak sangat. Selang seminggu kami dapat selesaikan apa yang en faizal idam kan. 






"Kepuasan terpancar jelas bila yang di terbukti"...tersenyum lebar ahli satu rumah dapat kabinet dapur yang cantik..


Akhir kata terima kasih kepada MR GUNA & en faizal kerana memberi kepercayaan besar kepada kami untuk merealisasikan impian dapur anda.


Bagi yang berminat buleh lah hubungi kami di talian 0196645709 atau buleh datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Promosi kabinet dapur 2022r 200



Alhamdulillah blog DUNIA KABINET DAPUR sudah 10 tahun berlegar di ruang maya internet. Bermula tahun 2010  kami update tentang kabinet dapur sehingga la sekarang. Dah banyak yang buat pemasangan hasil carian dalam blog ini. Bukan mudah untuk bertahan sehingga kini. Syukur kami sentiasa di beri peluang untuk menunaikan amanah yang di berikan.

Sempena ulang tahun siar blog ini yang ke 10 tahun,hari kami ingin lancarkan PROMOSI KABINET DAPUR 2022 kepada semua kenkawan yang sentiasa mengikuti blog ini.






PROMOSI KABINET DAPUR 2020 dengan harga yang murah ini di lancarkan atas terima kasih kami kepada semua pelanggan pelanggan kami atas sokongan padu selama ini. Ini kerana kami telah membeli material secara pukal mengikut warna yang ada. 

Kaler yang terlibat untuk promosi kali ni adalah..

MERAH



PUTIH


MARRON



HITAM


GREY


HIJAU



Cepat cepat dapat kan sebelom penuh dengan tempahan....

Hubungi kami segera 0196645709 untuk keterangan lanjut

PROMOSI WARDROBE 2020

🔊🔊🔊🔊 RIMAS TENGOK PAKAIAN BERSELERAK 😁 ...
.
KHAS KEPADA KORANG YANG ADA MASALAH BERIKUT :
.
✖️ pakaian berselerak

✖️ Tak ada tempat nak simpan beg travel, bantal tetamu, 
 selimut, toto dan sebagainya

✖️ Tak ada tempat untuk letak pakaian lipat, pakaian gantung, baju labuh dan sebagainya 

✖️ anak-anak selalu bermain dengan pakaian kita

✖️ pakaian terdedah pada habuk dan kotoran

✖️ ruang bilik nampak tak kemas
.
.
MEMPERKENALKAN WARDROBE PAKAIAN TINGGI SAMPAI SILING
.
GERENTI korang akan dapat :
.
✅ ruang pakaian lebih terurus dan tersusun

✅ nampak kemas, kerana pakaian di susun mengikut fungsi compartment

✅ elak habuk berkumpul kerana ketinggian wardrobe sampai ke siling

✅ senang penyelenggaraan

✅ senang untuk ambil dan simpan baju

☎️ www.wasap/0196645709









Kabinet dapur impian



DUNIA KABINET DAPUR

YUZA MANAGEMENT & TRADING adalah sebuah syarikat milikan sepenuh 100% bumiputera yang menjalankan aktiviti pembuat perabut di melaka. Kami juga di kenali dengan nama DUNIA KABINET DAPUR dan mempunyai pengalaman 15 tahun dalam pembuatan pelbagai perabut.
Kepakaran kami dalam membuat pelbagai jenis kabinet dapur juga terbukti dengan puluhan koleksi yang telah kami siapkan. Kami juga menerima tempahan kabinet dapur luar dari kawasan melaka.

Kabinet dapur moden 2020

Setiap hari destinasi yang paling kerap kita lalui adalah DAPUR. Mana tidaknya, tempat ini lah yang di katakan jantung sebuah kediaman. Perubahan demi peredaran masa dapat kita lihat sejarah seni bina hiasan dalaman yang di katatakan DAPUR.



* kediaman en helmi di taman tangga batu perdana *
Dari hanya tungku ke era kabinet kayu ringkas kepada kabinet yang luar biasa reka bentuk nya termasuk pergerakkan pintu yang softclosing serta di hiasi lampu jenis LED downlight memecahkan lagi kemodenan ruangan dapur.





* kediaman en azam dan puan azlina di taman merak mas *
Kini dapur umpama komponen kediaman yang cukup hebat di tambah pilihan material dan warna menampakkan cita rasa pengguna yang tinggi nilainya.


* kediaman puan mazlina di bukit nibong umbai *
Jika dahulu material jenis solid wood sering menjadi pilihan dan ketika itu harga hantaran tidak lah sekeras hari ini. Namun roda masa berputar material moden jenis high gloss menjadi permintaan tinggi mudah di lap dan mudah di jaga. Namun karektor sebuah dapur memain kan peranan asas pemilihan rona warna bagi menyerikan hati serta merangsang selera makan.
Seni reka moden lebih sofistikated membuat rekaan nya begitu kemas dan rapi



* kediaman abang bomba shah di taman indah*

Sempena menyambut hari raya aidil adha kali ni kami mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalan kan ibadah korban kepada semua umat islam di seluruh malaysia. JAGA JARAK JAGA SOP.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...