Kabinet dapur 4G bronze mirror

Alhamdulillah selesai juga satu pemasangan kabinet dapur di tanjung minyak yang terperap hampir 3 bulan di kilang kami.
Untuk projek rumah en kamal ni kami start proses membuat pada 5 mac 2020 dan siap di kilang pada 15 mac 2020. Maka jadual pemasangan sepatutnye pada 20 mac 2020. Tak di sangka pada 18 mac 2020 kita di kejutkan dengan satu arahan dari kerajaan di mana kita terpaksa menghadapi satu dugaan besar iaitu satu virus yang berbahaya buat negara kita iaitu covid-19 yang membawa kita ke PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP)..
Maka dengan itu seluruh rakyat Malaysia di kehendaki duduk di rumah dan segala aktiviti harian terpaksa di hentikan serta merta termasuk dengan urusan perkerjaan.
Bermula 18 mac kami terpaksa menghentikan operasi sementara demi menyahut seruan KERAJAAN demi memutuskan rantaian COVID-19 ini..



* Ini adalah gambaran dapur rumah en kamal sebelom kami buat pemasangan kabinet dapur*

Kabinet dapur en kamal ni terpaksa la di simpan dulu di kilang kami. Namun apabila PERDANA MENTERI kita mengumum kan kelonggaran PKP ini, maka kami pun menyusun jadual pemasangan.

13 may 2020 kami pun menghantar barang dan bermula la aktiviti pemasangan kabinet dapur setelah hampir 2 bulan kami bercuti.
Inilah paling lama kami bercuti. Biasa nya paling lama seminggu je kami cuti itu pun bila tiba hari raya aidil fitri.



Ini lah hasil nya pemasangan setelah 2 bulan terperap di kilang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan terbaik.
Terima kasih kepada en kamal kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami.
Biar pun tahun ni tak raya yang penting dapur raya tetap cantik.

Raya ni kita duduk diam diam di rumah. Tiada lagi ziarah menziarah.

Selamat menyambut bulan ramadhan 2020 sari kami team Dunia Kabinet Dapur.

2 comments:

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...