Kabinet dapur ujong pasir

1511...nombor keramat yang paling di ingati..kedatangan portugis di bumi melaka yang di ketuai......ALFONSO DE ALBURQUE. Satu nama yang tidak asing lagi hingga terbina nya perkampungan Portugis ni. Bukan setakat kampung hasil peninggalan portugis ni, ni ha kapal yang membawa nakhoda portugis ni pun masih ada dan sekarang di jadikan muzium di bandar hilir.


Yang ni pulak perkampungan portugis.



Hasil penjajahan portugis di melaka ni maka berlakulah perkahwinan campur yang di panggil SERANI.

Tu serba sedikit tentang sejarah la..tapi bukan pasal portugis yang sye nk story kan. Nak tahu lebih lanjut google ler sendiri.hihhihi...

Ok...berbalik pada topik asal kite, berbicara tentang kabinet dapur. Kali ni kami Naz Creative di tugaskan memasang kabinet dapur rumah Dato' yusof di taman seaview ujong pasir. Taman ni sebelah dengan kampung portugis. Jiran2 nye buleh di katakan keturunan portugis jugak.


Mengenali hanya melalui whatsup maka terbuka la hati beliau untuk memanggil kami mempersembahkan sebut harga. Nak jadi cerita, rezeki kami pulak tu, maka melekat la ia. Alhamdulillah..


Mengambil masa dalam 2 minggu proses membuat kabinet dapur ni. Material yang di gunakan adalah jenis laminate glossy berwarna merah.

Selain kabinet dapur kami juga membuat almari bilik di rumah ini.


Almari siap berkunci...huhuhhuhu dah lame kami tak pasang almari berkunci ni.

Alhamdulillah selesai dengan jaya nya pemasangan di taman seaview ni.

Sebelum kami berundur...jom kite sesama kite layan lagu 1511 yang di persembahkan oleh kumpulan bumiputera rockers..
* lagu tu buka youtube la *

Kelihatan kapal berlabuh
Membawa turun sebuah kebudayaan
Berjanggut putih
Berwatak ganas
Bagai elvino di nusantara
Mereka ingin menjadi kaya
Mereka ingin menjadi raja
Gugur panglima menghunuskan senjata
Namun semangat makin menyala
Itulah
Kaum Feringghi
Itulah penjajah ibunda
Melaka
Kelihatan kapal berlabuh
Membawa turun sebuah kebudayaan
Berjanggut putih
Berwatak ganas
Bagai elvino di nusantara
Itulah
Kaum Feringghi
Itulah penjajah ibunda
Melaka
1511
1511
Berjuang lah
Bertepuk terus
Pertahankan bumi kita
1511
1511
1511
1511
Bagai padang jarak padang terkukur
Yang mengkebumi ratusan perwira
Mengalir darah masih hangat
Menuntut pembela bangsa
Negara, Agama
Di kemudian hari..
Lirik: Mahmood
Lagu: LY


No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...