Almari bilik solok biak

Hari ni nk kongsikan sedikit tentang satu lagi pemasangan almari bilik cantek punye..

Bertempat di kampung solok biak ala kat tanjung kling tu..


Dengan menggunakan material jenis laminete beach glossy serta kombinasi oren amat ler menarik tertarik kau memang dabom...


Apa yang menarik almari ni adalah susunan laci dan pintu mengikut kegunaan. Kebiasaan nye design almari ni hanya tertumpu kepada semua pintu je..manakala laci tersimpan di balik pintu..


Terdapat juga satu cermin " make up " untuk kegunaan persiapan diri..

Alhamdulillah selesai sudah tanggung jawab kami menyiapkan almari rumah ni..

Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami...

Kabinet dapur januari hingga mac 2017

Assalamualaikum kepada semua pelanggan kami. Semoga hari memberi kecerian dan rezeki yang melimpah limpah kepada kita dan di kuatkan amalan amalan kita semua.

Hari ni saja je nak kongsikan sedikit info tentang projek projek kami bermula januari hingga mac 2017..

Jom kite tgk

Job no 261
Pemilik : puan hasnizom
Taman satu krubung
Info : set kabinet dapur hijau 3G glass



Job no 262
Pemilik : en haizam
Krubung utama
Info : set kabinet dapur basah dan kering menggunakan laminate hijau.


Job no 263
Pemilik : puan nurul
Cheng ria
Info : almari bilik anty jump laminate white glossy.


Job no 264
Pemilik : en shukor
Hijaun height bangi
Info : base kabinet laminate.


Job no 265
Pemilik : puan ina
Taman sri temenggong muar
Info : set kabinet dapur 3G glass gold colour.


Job no 266
Pemilik : en razi
Taman rambai jaya
Info : set kabinet menggunakan laminate marron glossy.



Job no 267/289
Pemilik : tuan rahman
Durian tunggal
Info : 2 set kabine dapur menggunakan laminate.




Job no 268
Pemilik : cikgu mulyeni
Bertam perdana
info : 2 set almari bilik anty jump mirror dan swing door laminate.


Job no 269
Pemilik : puan nasrin
Taman nuri durian tunggal
Info : set kabinet dapur laminate brown and white glosy.


Job no 270
Pemilik : puan amira
Jasin bistari
Info : base kabinet white glossy.


Job no 272
Pemilik : cikgu rosli
Ayer molek
Info : 2 set kabinet dapur 3G glass gold colour.

 





Job no 274
Pemilik : en jaafar
Bukit tembakau umbai
Info : kabinet dapur 3G glass ungu.


Job no 275
Pemilik : puan maya
Taman sutra wangi
Info : 3G glass merah.


Job no 276
Pemilik : en ramli
Taman maju jasin
Info : 3G glass silver.


Job no 277
Pemilik : puan roslina
Jenderam murni dengkil
Info : 3G glass silver


Job no 278
Pemilik : en azwan
Taman rambai permai
Info : set kabinet dapur dan kaunter bar menggunakan 3G glass ungu.


Job no 279
Pemilik : en hairil
Taman sutra wangi
Info : kabinet dapur, almari bilik dan rak tv.


Job no 281
Pemilik : dato yusof
Ujong pasir
Info : kabinet dapur dan almari bilik menggunakan laminate.


Job no 283
Pemilik : puan liza
Solok biak
Info : almari bilik beach glossy.




Job no 284
Pemilik : puan iza
Desa saujana sg merab
Info : base kabinet 3G glass black colour.


Job no 285
Pemilik : puan munira
Jasin bistari
Info : base kabinet laminate red glossy.


Job no 286
Pemilik : en farid
Taman angkasa nuri
Info : base kabinet white.


Job no 287
Pemilik : sarjan senin
Kg gangsa durian tunggal
Info : set kabinet dapur dan island table counter breakfast menggunakan 3G glass marron colour.



Banyak kan...yang kocik kocik kami tak masukkan lar...

Mungkin dengan perkongsian gambar gambar ini dapat memberi ilham kepada semua yang nak buat kabinet dapur....

 * Kita layan m nasir dulu senandung buruh kasar

" lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
menghiasi kotaraya
menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
kejayaan negara
pandanglah aku yang bermandi keringat
di bawah terik mentari
bekerja dengan menghempas tulang
mencari nafkah sehari
aku hanyalah seorang buruh kasar
di tengah kota besar turut merasa bangga
kerana telah berjasa
kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
sebuah kota yang menjadi
impian sezaman"

Kabinet dapur

Minggu ni bertalu2 panggilan bertanya kan kabinet dapur, tu belum lagi di tambah dengan kebanjiran whatsup2 bertanya kan harga kabinet dapur. Semua nak buat persedian menjelang raya 2017 ni. Saya selaku admin Naz Creative memohon maaf sekiranya kami terlambat balas, terlambat bagi kata putus harga, drawing serta pelbagai lagi dalam perbincangan kita.

Terima kasih tak terhingga kepada semua pelanggan2 kami yang memberi kepercayaan penuh kepada kami. Bukan senang nak dapat kepercayaan penuh. Setiap manusia pasti membuat kesilapan, begitu juga dengan kami yang tak lari dari kesilapan..



Sedikit info tentang kami yang mana baru nk mengenali kami...

Disember 2004 permulaan kami dalam arena pembuat perabut ni bertapak di kajang utama bersebelahan kajang dua..dulu hutan belantara kat situ, dan di situ lah permulaan kami di bantu beberapa pekerja melayu spt
1. Fauzi ( dah buka kilang sendiri )
2. Jamal ( dah buka kilang sendiri )
3. Zakaria ( buka kedai makan sekarang )
4. Shahrehan ( bekerja di putrajaya sekarang )
5. Hasim ( dh jadi tokey buah sawit sekarang )

Dan ramai lagi yang pernah jadi ahli Naz Creative Trading ketika itu di awal fasa pertama 2004 hingga 2015

Mei 2015 fasa kedua kami di taman tesek kesuma semenyih apabila kami terpaksa berpindah kerana kos sewa tapak yang tinggi...ketika itu kami di bantu oleh
1. Zazri ( hingga sekarang )
2. Idan ( dh berniaga sendiri )
3. Indah ( satu2 wanita yang pandai buat perabut )

Dan ada beberapa orang lagi yang berkemahiran ketika itu...namun perjalanan kami tak panjang di semenyih. Pada mac 2016 kami berpindah lagi ke melaka pulak..semua di sebab kn kos..

Mac 2016 fasa ketiga kami di melaka. Lepas ni tak tau kat mane pulak..beberapa tukang berkemahiran di sini spt
1. Zazri
2. Hazwan
3. Zul
4. Mustafa kamal
5. Farizal

Semua nya alhamdulillah mantap berlake..

Kami melakukan kerja ni secara sepenuh masa, tiada separuh masa kerana kami amat menitik beratkan kualiti..



Jadi kepada yang berminat dengan hasil keje kami buleh la hubungi kami 0196645709 ....


Kabinet dapur jenderam murni

Perjalanan hampir sejam setengah dari melaka ke dengkil..dah lama kami tak lalu sini..rupanya dah banyak perubahan..pembanggunan yang begitu pesat sekali..

Orait, hari ni kami nak storykan sedikit tentang satu lagi pemasangan kabinet dapur di jenderam murni dengkil..


Bercirikan teras kemodenan kaler silver di susuli putih dan hitam memang cantik..wow..berkilat habaq ang...

Menggunakan material table top konkrit tile 2 x 2 dan juga pintu 3G glass mana kala carcas menggunakan papan putih ( murah sikit ) menjadikan satu ruangan dapur yang cantik.


Terdapat ruang mikrowave dan avon yang mudah untuk kite gunakan nanti..selain itu penggunaan hingest jenis soft close juga memberi impak mengkagumkan...

Terima kasih kepada puan raslina kerana sudi membuat tempahan dengan kami..selamat masuk rumah baru serta kehadiran anak baru...tahniah dari kami...

Kabinet dapur bajet

Cuti sekolah dah pun abis..sepanjang cuti sekolah ni, area melaka mak ai...jem yang teramat..segala pelusuk jem..sampai kami yang duduk melaka ni takut ler nak keluar..

Ramai antara kita menjadikan melaka ni satu destinasi percutian yang paling best. Memang tidak di sangkal lagi la..dari zoo di ayer keroh hingga ke kolam ayer panas jasin menjadi tumpuan. Bandar Hilir tok sah cakap la....

Bercerita pasal percutian ni,area melaka banyak homestay...so ari ni kami nk storykan sikit tentang kabinet dapur bajet khas untuk mereka yang nak buat homestay..

Jom kite belek belek gambar kabinet dapur simple...







Kepada sesiapa yang sedang terfikir nk buat homestay buleh la tempah kabinet dapur dgn kami...

Hubungi kami 0196645709 atau ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai...

JOM TEMPAH KABINET DAPUR

Kabinet dapur sarjan senin

Assalamualaikum kepada semua geng geng pencinta kabinet dapur serta pengemar blog DUNIA KABINET DAPUR ini..

Lagi beberapa hari ni kita nak sambut ramadhan kami di hujani whatsup, mesegge serta panggilan telefon berkenaan kabinet dapur. Minta maaf bebanyak kepada sesiapa yang kami terlepas pandang untuk bagi harga. Bukan sombong tapi kami agak sibuk dengan pemasangan.

Ok....jom hari ni kita bincang satu lagi pemasangan kabinet dapur di kg gangsa durian tunggal.

Sarjan Senin seorang pegawai polis yang berkhidmat di Bukit Aman adalah pemilik rumah ini..


Mengimpikan dapur yang cantik memang tidak salah. Kerana ini ada ruang makan yang kita kerap berkumpul secara anak beranak, kaum keluarga, adik beradik serta sahabat sahabat karib dalam mengeratkan lagi silaturrahim.


Sarjan Senin memilih material 3G glass berwarna MARRON serta cascas body berwarna HITAM..

Satu kombinasi yang cantik dengan di ambil kira keluasan dapur maka satu lagi kabinet kaunter menjadi pilihan.





Amacam...ada berani...kabinet kaunter untuk sarapan pagi...peh...dasyat gila rumah sarjan ni..dengan kerusi kaler merah gitu..




Sarjan Senin ni buleh di katakan cerewet jugak la..maklum ler polis..satu persatu di tengok nye..alhamdulillah bila nampak gigi tu tau dah kepuasan terpancar jelas bila yang di impi terbukti..

Terima kasih kepada tuan senin yang sudi masak untuk kami sepanjang kami berada di rumah tuan..insyaallah nanti jumpe lagi untuk next projek sbb lepas ni sarjan kite ni dah sibuk untuk escort Perdana Menteri kesayangan kita iaitu DATO SRI NAJIB TUN RAZAK..

Bye bye bye..jumpe lagi...

Kabinet dapur ujong pasir

1511...nombor keramat yang paling di ingati..kedatangan portugis di bumi melaka yang di ketuai......ALFONSO DE ALBURQUE. Satu nama yang tidak asing lagi hingga terbina nya perkampungan Portugis ni. Bukan setakat kampung hasil peninggalan portugis ni, ni ha kapal yang membawa nakhoda portugis ni pun masih ada dan sekarang di jadikan muzium di bandar hilir.


Yang ni pulak perkampungan portugis.



Hasil penjajahan portugis di melaka ni maka berlakulah perkahwinan campur yang di panggil SERANI.

Tu serba sedikit tentang sejarah la..tapi bukan pasal portugis yang sye nk story kan. Nak tahu lebih lanjut google ler sendiri.hihhihi...

Ok...berbalik pada topik asal kite, berbicara tentang kabinet dapur. Kali ni kami Naz Creative di tugaskan memasang kabinet dapur rumah Dato' yusof di taman seaview ujong pasir. Taman ni sebelah dengan kampung portugis. Jiran2 nye buleh di katakan keturunan portugis jugak.


Mengenali hanya melalui whatsup maka terbuka la hati beliau untuk memanggil kami mempersembahkan sebut harga. Nak jadi cerita, rezeki kami pulak tu, maka melekat la ia. Alhamdulillah..


Mengambil masa dalam 2 minggu proses membuat kabinet dapur ni. Material yang di gunakan adalah jenis laminate glossy berwarna merah.

Selain kabinet dapur kami juga membuat almari bilik di rumah ini.


Almari siap berkunci...huhuhhuhu dah lame kami tak pasang almari berkunci ni.

Alhamdulillah selesai dengan jaya nya pemasangan di taman seaview ni.

Sebelum kami berundur...jom kite sesama kite layan lagu 1511 yang di persembahkan oleh kumpulan bumiputera rockers..
* lagu tu buka youtube la *

Kelihatan kapal berlabuh
Membawa turun sebuah kebudayaan
Berjanggut putih
Berwatak ganas
Bagai elvino di nusantara
Mereka ingin menjadi kaya
Mereka ingin menjadi raja
Gugur panglima menghunuskan senjata
Namun semangat makin menyala
Itulah
Kaum Feringghi
Itulah penjajah ibunda
Melaka
Kelihatan kapal berlabuh
Membawa turun sebuah kebudayaan
Berjanggut putih
Berwatak ganas
Bagai elvino di nusantara
Itulah
Kaum Feringghi
Itulah penjajah ibunda
Melaka
1511
1511
Berjuang lah
Bertepuk terus
Pertahankan bumi kita
1511
1511
1511
1511
Bagai padang jarak padang terkukur
Yang mengkebumi ratusan perwira
Mengalir darah masih hangat
Menuntut pembela bangsa
Negara, Agama
Di kemudian hari..
Lirik: Mahmood
Lagu: LY


PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...