Kabinet dapur tokey serai wangi

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur...kepada pelanggan kami yang beragama india selamat menyambut hari depavali hari ni....

Serai wangi....kebiasaanya serai yang di gunakan untuk berubat secara tradisional..


Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira.Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai sayur.

Di kawasan melaka satu jenama serai wangi yang porpular adalah produk keluaran AFY HANIFF..






Mesti ramai yang tahu tentang serai wangi AFY HANIFF...Pemilik serai wangi ni bernama Haji Yunus bin Haniff seorang usahawan bumiputera yang berjaya.. bukan hanya setakat serai wangi je....beliau juga mempunyai banyak cawangan kedai runcit di serata melaka....


Namun begitu, kami bukan nak story kan pasal serai wangi...yang kami nak story ni..kabinet dapur rumah tokey serai wangi...hihihihihihihuhuhu...jangan marah...


Bertempat di taman seri duyung melaka, kami team Naz Creative Trading memulakan perjalanan memasang kabinet dapur di rumah Haji Yunus..




Untuk rumah Haji Yunus kami gunakan material 3G glass kombinasi hitam dan putih menjadi taruhan...untuk table top kami gunakan konkrit tile 2 x 2 supaya aktiviti di dapur lasak sikit...




Terdapat satu aksesori tambahan iaitu rak pinggan gantung atas sinki...senang sikit lepas basuh pinggan terus letak dalam kabinet tu...




Penggunaan hingest jenis soft close juga menjadi tradmark dari kami...buleh di katakan semua produk keluaran kami menggunakan hingest jenis soft close agar pintu kabinet dapur tidak terhempas bile tutup...




Dan akhir sekali proses pemasangan penyedut asap sedang di lakukan...maka dengan ini selesai lah pemasangan kabinet dapur di rumah Haji Yunus ni...


Alhamdulillah Haji Yunus berpuas hati dengan perkhidmatan kami...terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami...




Antara krew yang terlibat dalam kerja kerja ni..


En farizal : konsultan jualan

Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu
Hazwan : pembantu

1 comment:

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...