Memori naz creative 2015

MUKADIMAH





" tiada ragu lagi kau yang mengetahui hakikat yang tinggi..tiada ragu lagi daku mengsyukuri redha dalam pasti"


alhamdulillah syukur kehadrat illahi kami masih mampu berkarya menghasilkan kabinet dapur serta perabut perabut walaupun banyak dugaan tahun ni..
2015....tahun yang mencabar bagi kami..penuh pahit manis luka berdarah sampai hampir nak jatuh dah..namun rezeki di tangan ALLAH...kami bersyukur sangat..


Paling terkesan, kami mula beroperasi pada tahun 2004 di Kajang Utama dan selama itu lah kami tak pernah berpindah premis..Pada bulan mei 2015 menyaksikan kami terpaksa berpindah premis ke semenyih kerana masalah yang tak dapat di elakkan iaitu sewa premis naik secara mendadak..sedih jugak lah..masa kena keluar dari premis tu macam nak nangis pun ada..pelbagai kenangan di Premis Kajang Utama tu..Rakan rakan lain ramai yang tutup kedai, buka setahun tak jalan tapi kami bertahan 10 tahun kat situ..





keperitan kami bermula saat kami tengah bz dengan perpindahan..dugaan pertama kami terima apabila kami terpaksa berpindah ke semenyih jauh pendalaman sedikit dari kajang..pembelian barang hardware juga jauh serta agak makan kos sedikit.
ketika itu kami agak terumbang ambing kerana tempahan kabinet dapur buleh di katakan banyak jugak..kami terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tempahan pelanggan..ada pelanggan yang sanggup menunggu janji hasil kerja cantik dan kemas..tapi ada segilintir pelanggan yang hilang sabar kerana kelewatan kami dan hasil nya kami di hembur dengan kata kata kurang enak spt " kami menipu pelanggan , kontraktor penipu , dah tak mempercayai kontraktor melayu dan macam macam lagi
kami juga menerima panggilan dari persatuan pengguna kerana ingin di dakwa kontraktor penipu..di sini kami NAZ CREATIVE ingin tegaskan..ada beza nya kontraktor menipu dengan yang tak menipu

1. apabila kontraktor menerima tempahan dari pelanggan, namun masa yang di ambil agak lama untuk siapkan..itu bukan menipu namanya..ini kerana kontraktor tersebut kurang peralatan atau pekerja untuk mengejar masa menyiapkan tempahan
2. apabila kontraktor menerima tempahan namun hasil yang di terima kurang memuaskan atau kurang kemas ..itu juga bukan menipu..ini kerana mereka kurang berpengelaman atau kurang ilmu lah..
3. konkraktor yang menipu adalah konkraktor jenis ambil deposit terus hilang entah kemana..ini baru menipu






PENGALAMAN


alhamdulillah kami berentap dengan masalah cuma dua bulan sahaja..setiap hari kami berdoa agar dapat selesaikan masalah ini dengan cepat dan mudah..bermula bulan julai 2015 kami dapat beroperasi seperti biasa. berkat sokongan dari pelanggan pelanggan NAZ CREATIVE yang sentiasa memberi semangat kepada kami agar kekal dalam bidang pembuatan kabinet dapur ni..Tak ramai pembuat kabinet dapur bumiputera..alhamdulillah kami masih bertahan..


CORETAN NAZ CREATIVE TRADING


NAZ CREATIVE TRADING
Di tubuhkan pada tahun 2005 dan ketika itu sye bersama seorang rakan seperjuangan mula memberanikan diri dalam perniagaan perabut..ketika itu agak kurang anak melayu yang menceburi bidang perniagaan perabut, anak melayu hanya mampu menjadi pekerja kilang perabut je ketika itu manakala tokey nye semua cina..kalau ada pun tak berapa buleh nak bernyawa..kami bernasib baik kerana kami mudah di terima pelanggan mungkin kerana sye banyak terlibat dengan dunia pemasaran..pekerja kami hanya mengambil anak melayu sahaja untuk bekerja ketika itu..
Bermula tahun 2009 bermula era ramai anak muda melayu membuka perniagaan perabut..kebanyakkan mereka yg bermula sebagai pekerja pada tahun 2000..ketika itu orang ramai mula komfiden dengan anak melayu dalam pembuatan perabut..namun ketika itu satu masalah mula timbul di mana kesukaran mendapat pekerja dari anak melayu..mungkin ketika kemunculan byk university membuat anak melayu ramai sambung belajar tak kira la lulus spm ke tak..time tu pengusaha perabut terpaksa menggunakan pekerja asing spt bangla, nepal dan myammar..kami juga tidak ketinggalan menggunakan tenaga kerja tenaga asing..apa yg bagus nye pekerja asing ni..ramai pengusaha melayu ketika itu buat duit kerana pekerja asing ni memang kerja siang malam..lain dengan pekerja tempatan, datang lewat, slalu cuti, malas dan sebagainye..di sebalik kebaikan pekerja asing ni ada satu keburukan yang menghantui pengusaha perabut..apabila pekerja asing dah ramai, mereka mula demand dengan kerja.pengusaha ketika itu ibarat lembu di cucuk hidung..terpaksa ikut arahan mereka..mana tak nye kalau tak layan, diorang satu team angkat kaki..pengsan tokey..
Bermula tahun 2013, ramai pengusaha perabut terpaksa gulung tikar kerana tak tahan layan karenah pekerja asing ni..masa tu la perkerja asing mula mengambil alih kilang perabut hingga la terjadi spt sekarang..rata2 kilang perabut sekarang di monopoli bangla sbg tokey..siap kawin dengan org malaysia beli rumah kereta dan kedai..
Namun begitu sye masih bersyukur mampu bertahan sampai sekarang dengan bantuan kenkawan yang sudi bekerja sama dengan saya..
Sye berterima kasih kepada bekas bos sye ketika itu Mr Lim yang byk memberi tunjuk ajar..antara kata katanya yang masih sye pegang sampai sekarang..
1. Pekerja yang terbaik dan yang paling kite harapkan..die lah yang akan menjadi pesaing kite satu hari nanti.
2. Bisness tidak perlu projek berjuta..cukup lah kite hanya dapat capai tanget jualan bulanan..contohnye kalau kite target 10k sebulan, mesti maintain setiap bulan.
3. Kalau nk buat bisness jgn hanya pikir untung, pikir dulu masalah yg akan tiba, bru buleh buat bisness.
4. Jangan jadikan modal sbg halangan..tapi tumpulah kepada marketing.
Bermula tahun 2009 bermula era ramai anak muda melayu membuka perniagaan perabut..kebanyakkan mereka yg bermula sebagai pekerja pada tahun 2000..ketika itu orang ramai mula komfiden dengan anak melayu dalam pembuatan perabut..namun ketika itu satu masalah mula timbul di mana kesukaran mendapat pekerja dari anak melayu..mungkin ketika kemunculan byk university membuat anak melayu ramai sambung belajar tak kira la lulus spm ke tak..time tu pengusaha perabut terpaksa menggunakan pekerja asing spt bangla, nepal dan myammar..kami juga tidak ketinggalan menggunakan tenaga kerja tenaga asing..apa yg bagus nye pekerja asing ni..ramai pengusaha melayu ketika itu buat duit kerana pekerja asing ni memang kerja siang malam..lain dengan pekerja tempatan, datang lewat, slalu cuti, malas dan sebagainye..di sebalik kebaikan pekerja asing ni ada satu keburukan yang menghantui pengusaha perabut..apabila pekerja asing dah ramai, mereka mula demand dengan kerja.pengusaha ketika itu ibarat lembu di cucuk hidung..terpaksa ikut arahan mereka..mana tak nye kalau tak layan, diorang satu team angkat kaki..pengsan tokey..Bermula tahun 2013, ramai pengusaha perabut terpaksa gulung tikar kerana tak tahan layan karenah pekerja asing ni..masa tu la perkerja asing mula mengambil alih kilang perabut hingga la terjadi spt sekarang..rata2 kilang perabut sekarang di monopoli bangla sbg tokey..siap kawin dengan org malaysia beli rumah kereta dan kedai..Namun begitu sye masih bersyukur mampu bertahan sampai sekarang dengan bantuan kenkawan yang sudi bekerja sama dengan saya..Sye berterima kasih kepada bekas bos sye ketika itu Mr Lim yang byk memberi tunjuk ajar..antara kata katanya yang masih sye pegang sampai sekarang..1. Pekerja yang terbaik dan yang paling kite harapkan..die lah yang akan menjadi pesaing kite satu hari nanti.2. Bisness tidak perlu projek berjuta..cukup lah kite hanya dapat capai tanget jualan bulanan..contohnye kalau kite target 10k sebulan, mesti maintain setiap bulan.3. Kalau nk buat bisness jgn hanya pikir untung, pikir dulu masalah yg akan tiba, bru buleh buat bisness.4. Jangan jadikan modal sbg halangan..tapi tumpulah kepada marketing.Terima kasih kepada semua kenkawan yang setiasa menyokong sye dari mula hingga sekarang..


PROMOSI



tahun 2015 jugak kami banyak membuat promosi kabinet dapur 3G & 4G glass dengan harga yang rendah. Ini kerana kami memberanikan diri membeli material secara pukal dan alhamdulillah produk kami mendapat sambutan yang amat luar biasa..Sebenarnya nak buat promosi harga runtuh ni bukan mudah, silap hari bulan buleh lingkup..hihihihihi..mujur lah dapat sambutan sampai tak menang tangan nak handle..hampir 70% kami keluarkan produk 3G dan 4G glass untuk tahun 2015..
Kami jugak menerima tempahan luar kawasan spt pada bulan ogos kami ke Pahang untuk memasang almari bilik serta melaka untuk set kabinet dapur.. kalau tahun 2014 sampai ke kelantan kami pasang. tahun ni itu je la..tetapi sambutan dalam lembah klang memang menakjubkan..


KREW KREW & STAff


1. awin
2. lan
3. idris
4. saeem
5. muazim
6. saiful islam
7. abdullah
8. wak adi
9. hasyim
10. pijan
11. paloi12. zazri
13. idan
14. jamil
15. fendi
16. farizal
17. zul
18. safuan
19. indah
20. ahmad
21. musa - kerja batu
22. along - plaster syiling
23. eddy - kerja batu


LAMPIRAN

di sini kami lampirkan beberapa kerja yang telah kami siapkan sepanjang tahun 2015 dari januari sampai lah ke disember 2015..kepada sesiapa yang di luar sana menginginkan perkhidmatan kami.anda buleh lah menghubungi kami 019 6645709 en naz atau 014 8027674 puan AZ
















akhir kata dari kami..terima kasih kepada semua follower blog NAZ CREATIVE kerana sudi memberi kepercayaan yang tinggi kepada kami..insyallah dari hari ke hari kami akan cuba perbaiki dan memantapkan lagi skill kami dalam bidang pembuatan perabut..apa yang kami harapkan cuma sokongan dari semua pelanggan....terima kasih tak terhingga kepada semua..
"selamat menyambut tahun baru 2016"


1 comment:

  1. Salam..nk tya promotion still ada lg ke n klau nk dpt kn quotation cmne ye. T.kasih.

    ReplyDelete

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...