Salam....
Nak stori-mori pasal projek rumah teres 2 tingkat di Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi. Rumah yang besar dan cantik. However, bahagian bawah tangga rumah nie sangat kosong dan developer tak der allocate apa-apa bilik kat situ...So, owner rumah decide untuk buat stor kt situ. Normally, memang ramai yang buat kabinet di bawah tangga sebagai stor....senang nak simpan barang....
Memandangkan idea stor bawah tangga tu biasa jer....dan owner rumah ada sebut pasal sukakan ruang rumah yang luas ( Senang anak nak main bola...:D ) , kami mencadangkan supaya stor dibahagian bawah tangga tu, dibina separuh sajer.....bahagian yang lebih tu, kami design kan kabinet TV. So, memang keinginan owner rumah untuk benarkan anak-anaknya main bola or main kejar-kejar tercapai.....
** Design half2 yang kami buat - stor & kabinet TV **
Di bahagian dinding stor diletakkan rak terbuka daripada material cermin telah menyerlahkan set kabinet TV dan stor nie...So, owner rumah boleh letakkan apa-apa barang perhiasan kecil...Pintu masuk stor diletakkan disebelah kabinet TV supaya senang dibuka dan owner rumah boleh letakkan parabot lain dibahagian luar ( eg : meja konsul atau set kerusi anggur )
Hmmm....Yang nie kami design spesel untuk owner rumah. Rak terbuka kecil di bahagian luar dinding stor....Kelebihannya yang mana owner rumah boleh letakkan barang perhiasan rumah yang comel2....Dengan dua rak terbuka yang comel nie, menyerlahkan keunikan stor. Orang pun tak perasan yang tu adalah dinding stor...
Rak bawah tangga dan kabinet TV yang simple dan ringkas tapi unik. Dengan material Nyatoh dan kemasan panel. Pilihan warna adalah Natural Wood menyerlahkan set kabinet tersebut. Kredit daripada owner rumah kepada kami kerana success menjedikan rumahnya luas dan kemas....
Harga set kabinet ini adalah RM 2,400
Harga set kabinet ini adalah RM 2,400
No comments:
Post a Comment