KG BUKIT LARANG

 Alhamdulillah, syukur segala nikmat. walaupun banyak dugaan yang menimpa kali ini team yuza tetap berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan

Projek: Pemasangan pintu kabinet dan laci (base cabinet)
nampak classy gitchewwww gaissss....😎😎😎
Terima kasih En Raihan kerana sudi bekerjasama dengan kami. 💪
Lokasi: KG Bukit Larang
Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi kami :
atau
Boleh walk-in saja dialamat dibawah.
JA7146&JA7148 Jalan Ros 1, Taman Bukit Tembakau, Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.



KABINET DAPUR 2022 EURO STYLE

SEBUT SAHAJA KABINET DAPUR MESTI ADA TERBAYANGKAN BINGKAI YANG DI PERBUAT DARI KAYU ATAU PAPAN LAPIS SERTA DI LIPUTI LAPISAN LAMINA BERCORAKKAN KAYU. NAMUN BEGITU TREND TERKINI KABINET DAPUR ADALAH ALUMINIUM. TERKEJUT KAN...

CIRICIRI SEPERTI KALIS AIR, KALIS KARAT DAN MUDAH DI BERSIHKAN HANYALAH SEBAHAGIAN FAEDAH UTAMA KABINET DAPUR ALUMINIUM. KITA JUGA TIDAK PERLU BIMBANG LAGI KEROSAKKAN KABINET DAPUR DI SEBABKAN KELEMBAPAN AIR ATAU PUN SERANGAN ANAI ANAI.


Apa itu kabinet dapur aluminium?

Kabinet dapur aluminium adalah sama seperti kabinet dapur yang biasa, tetapi dibuat daripada komponen aluminium.

Setiap kabinet dapur akan diperbuat daripada bahagian-bahagian utama seperti berikut:

  • Rangka, atau bingkai. Selain ‘blockwood’, tiub persegi aluminium boleh digunakan sebagai rangka asas kabinet
  • Panel muka dan panel hujung. Kepingan aluminium digunakan bagi menggantikan bahan papan lapis atau lamina
  • Rak dan laci. Diperbuat daripada tiub aluminium segi empat tepat dengan kepingan aluminium
  • Kaunter permukaan. Untuk kabinet lantai berdiri, bahan granit, kuarza atau papan permukaan padat akan ditambah

 

Kebaikan dan keburukan kabinet dapur aluminium berbanding kabinet dapur kayu

Mengapa orang lebih suka menggunakan bahan aluminium berbanding dengan kabinet dapur kayu? Terdapat 5 sebab utama:

1. Kebaikan: Tidak akan bengkok atau meleding dalam cuaca Malaysia

Kabinet kayu biasanya diperbuat daripada kayu atau papan lapis panel mampat berteraskan papan blok. Dari masa ke masa, kelembapan dan haba di dapur boleh menyebabkan kayu untuk bengkok atau meleding; rak untuk melengkung ke bawah; atau lapisan lamina mengelupas.

Walau bagaimanapun, aluminium tidak terjejas oleh kelembapan atau haba, jadi ia tidak akan bengkok dari masa ke masa (melainkan anda meletakkan beban melebihi had). Jika anda memerlukan lebih banyak bukti bahawa aluminium boleh menahan iklim kita, anda hanya perlu lihat bahan yang biasa digunakan untuk bingkai tingkap atau tingkap jeriji. Kebanyakannya diperbuat daripada aluminium bersalut serbuk, dan akan tahan selama bertahun-tahun tanpa apa-apa perubahan dalam penampilan ataupun struktur.

 

2. Kebaikan: Imun terhadap anai-anai atau seragga perosak

Kabinet kayu semakin matang terdedah kepada infestasi serangga. Anai-anai boleh mengikis struktur kabinet, atau semut boleh mula berkeliaran di dalam gentian berongga. Ini akan menjadi lebih teruk jika kayu mula pecah atau kembang akibat kelembapan. Namun begitu, kabinet aluminium tidak akan mengalami sebarang masalah berikut.

3. Kebaikan: tahan haba

Jika anda pernah sengaja meninggalkan kuali panas di atas panel kabinet kayu anda, ia boleh meninggalkan kesan terbakar yang sukar dihapuskan. Jika papan lapis boleh mengalami kesan terbakar pada suhu sekitar 110 ° -150 °, aluminium pula boleh digunakan dengan selamat pada suhu yang lebih tinggi. Jika anda pernah memasak makanan dalam foil aluminium, anda akan tahu bahawa bahan ini boleh menampung suhu yang sangat tinggi!

4. Kebaikan: Bersih dan tidak toksik

Perabot kayu biasanya menggunakan gam dan varnis dalam proses pembuatan. Lama kelamaan, bahan ini boleh mengeluarkan gas VOC (Volatile Organic Compound) berbahaya seperti formaldehid, proses yang dikenali sebagai peruapan toksik. Kabinet aluminium pula tidak menggunakan sebarang gam, jadi ia tidak mengeluarkan bahan toksik ke udara.

Walaupun panel aluminium disembur dengan cat atau varnis, gas VOC telah terbukti untuk hilang dengan cepat jika digunakan pada permukaan aluminium, tidak seperti varnis pada kayu, di mana gas VOC dikeluarkan secara perlahan-lahan dari masa ke masa.

5. Kebaikan: Kalis air

Air akan cepat merosakkan kabinet kayu. Tetapi aluminium merupakan bahan kalis air. Oleh kerana aluminium tidak berliang, air tidak dapat meresap melalui ruang rongga yang boleh menyebabkan bahan untuk kembang atau berlakunya pertumbuhan bakteria. Satu lapisan pengoksidaan juga melindungi bahan aluminium daripada berkarat, jadi anda tidak perlu bimbang jika sebarang tumpahan atau kebocoran dari singki berlaku.

Tetapi, bahan aluminium juga mempunyai beberapa kelemahan.

6. Keburukan: Mengeluarkan bunyi yang agak bising

Jika anda mengetuk pada logam yang terdedah, ia akan mengeluarkan bunyi yang lebih kuat, berbanding kayu yang mengeluarkan bunyi yang minima. Tetapi, bunyi ini boleh dikurangkan dengan menambah engsel penutup yang lembut dan bumper getah. Kabinet aluminium juga tidak sebising logam kosong, kerana bahan aluminium ini akan disembur dengan cat, serbuk bersalut, atau dilapisi bahan hiasaan atau corak yang boleh mengurangkan bunyi.

7. Keburukan: Boleh kemik

Sama seperti pintu kereta, pintu kabinet logam boleh terjejas jika anda secara tidak sengaja mengenakan hentakan yang kuat. Kesan calar kecil boleh dicat semula, tetapi kesan kemik yang besar akan perlu digantikan dengan bahagian yang baru.

 

KEPADA ANDA YANG MASIH TERCARI CARI KONTRAKTOR, APA KATA HUBUNGI KAMI KAMI UNTUK SEBUT HARGA...

WWW.WASAP.MY/60196645709KABINETALUMINIUM


WALL UNIT + TALL UNIT (TAMAN ANGKASANURI)

 Pada asalnya cuma ada kabinet table top sahaja, jadi Puan Aishah (Tuan Rumah) menambah lagi set wall unit dan set tall unit warna putih. Kenapa Puan Aishah yakin untuk mengambil dengan kami? warna putih pulak tu. Tak kotor ke? 

Sebenarnya tuan/puan sekalian, penggunaan material juga penting bagi masalah seperti berikut. Seperti Puan Aishah dia mengambil material white glossy sebab permukaannya yang licin dan senang untuk dicuci. Jadi tak adalah kene sental susah2 lagi kan. Hehehehehehe... 




Sumber : Puan Aishah

Lokasi: Taman Angkasanuri 

Material: Milamine + Laminate

Colour: White Glossy 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seandainya berminat bagi menempah, boleh hadir terus ke kilang kami di Bukit Tembakau berhadapan dengan 99 speedmart 

-----------------------------------ATAU-----------------------------------------------------------------

Hubungi:

601155883789 : En Hafiz

60196645709 : En Yusof


WALL CABINET (TAMAN DESA DUYUNG)

 Alhamdulillah , kerana diberi umur yang panjang sehingga hari ini . terima kasih yang tak terhingga kepada tuan rumah kerana mempercayai perkhidmatan kami. Dalam waktu endermik ini pasti ramai yang ragu-ragu jika ingin membuat sebarang keputusan. kami tak menjaminkan yang terbaik. Namun , kami akan berusaha yang lebih baik bagi memuaskan hati semua. 

    Dalam tempoh penghasilan ada saja halangan yang menimpa, tapi atas kepakaran yang ada oleh installer kami. masalah itu dapat ditangani dengan lancar.



Sejuk mata memandang, dengan idea-idea yang dikemukakan terhasillah sebuah kabinet daput yang tersergam indah ini, dengan mainan warna yang menarik. dapatlah tuan rumah membuat hidangan yang sedap kan. 



Pilihan warna amat penting , ia boleh menghasilkan ruang yang luas dan sejuk . di dalam gambar tersebut merupakan Set Tall Unit . Ukuran boleh request ya ikut kesukaan tuan rumah. macam kat gambar ni boleh masukkan peti ais dengan oven . memang jimat ruang. 


                                              TERIMA KASIH

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Memandangkan kita memasuki era pasca-Covid-19, untuk kekal sihat adalah dengan mengamalkan penjarakan sosial yang selamat. Oleh itu, adalah penting untuk mengikuti langkah pengurusan selamat yang terbaik di tempat kerja untuk memastikan pekerja anda selamat dan sihat semasa mereka bekerja bersama di kawasan samada terkurung atau terbuka. Atau jika perniagaan anda telah memutuskan untuk tidak mengambil risiko kembali ke tempat kerja dan mengekalkantenaga kerja terpencil, adalah dinasihatkan untuk menggunakan amalan dan penyelesaian terbaik untuk mengurus tenaga kerja yang tersebar.

     Selamat Tahun Baru Cina dan Semoga Berjaya untuk setiap frasa yang popular  yang menyatakan aspirasi kejayaan dan kemajuan dalam kerja atau perniagaan mereka. sesetengah daripada mereka juga yang mengenai dengan  wang ia amat sukar untuk melepaskan diri daripada itu. Maka amalan menjaga penjarakkan seharusnya dipraktikkan agar kita dapat saling melindungi antara satu sama lain , tidak kira pelanggan ataupun rakan sekerja. dengan itu kami daripada Pihak Yuza management ingin sekali lagi mengucapkan selamat tahun baru cina kepada seluruh Warga Malaysia khususnya warga cina


KABINET DAPUR lendu

assalamualaikum kepada semua rakan rakan yang sedang mencari konktaktor kabinet dapur. jom hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan kabinet dapur di kg lendu kecil. pemilik rumah ni bernama puan ifa telah memberi kepercayaan kepada kami untuk membuat kabinet dapur rumah beliau. mari sama sama kita lihat..
untuk kabinet dapur kami menggunakan material jenis laminate white glossy serta top jenis quartz stone.
penggunaan jenis handle BAR gold memang menampakkan design yang elegen. handle jenis ini memang tak banyak di pasaran dan ia memjadi rebutan bagi yang meminati jenis handle gold ni...⭐
permainan warna yang cerah seperti white glossy ni juga memainkan peranan penting dalam penghasilan sesuatu design kabinet dapur.
alhamdulillah secara keseluruhan puan ifa amat berpuas hati dengan hasil kerja kami. kepada yang ingin membuat tempahan buleh la hubungi kami www.wasap.my/0196645709kabinetumbai. untuk datang kekedai kami anda buleh qoogle DUNIA KABINET DAPUR

KABINET DAPUR melaka 2022

Anda sedang mencari kontraktor cabinet dapur. Apa Kata try dengan kami.. DUNIA KABINET DAPUR umbai. Kedai kami di taman bukit tembakau umbai
-bukan hanya showroom, tapi kami proses sendiri KABINET DAPUR
- bermakna harga terus Dari kilang
- barabg barang aksesori pun kami ada.
MATERIAL - 3g,4g,5g pun ada
- terbaru euro aluminium style pun ada - solid kayu pun ada - handle bar GOLD parking di gemari pun ada Jom hubungi kami www.wasap.my/60196645709kabinetumbai www.wasap.my/60196645709kabinetumbai

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...