Kabinet dapur duyung dan kg sri pinang

Sebelum kami memulakan bicara...kami Naz Creative Trading ingin memohon maaf beribu kemaafan kepada semua pelanggan kami yang mana kami tak sempat nak membalas whatsuup tanye pasal harga...

Bukan niat kami tak mahu layan, tetapi kekangan masa yang agak terhad membuatkan kami tak sempat nak membalas whatsuup dari pelanggan...

Kali ni kami kongsikan sedikit pemasangan kabinet dapur di taman duyung 2 dan flat kg sri pinang...




Pemilik rumah bernama en azman dari taman duyung 2 memilih material jenis 3G glass..walaupun nampak simple namun cantik ruangan dapur...terdapat satu rak pinggan untuk pinggan kegunaan harian...



Pemasangan kedua pula kami terus ke pangsapuri kg sri pinang di klebang...dengan menggunakan material jenis 3G glass kaler ungu yang bercirikan simple kabinet ni nampak terserlah ruangan dapur..terima kasih kepada cik fatin kerana membuat tempahan dengan kami...

Antara krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu
Mus : pembantu
Zaidi : konsultan jualan ( kg sri pinang )

Kabinet dapur fahmi muar

Sepanjang kami berada di bukit tembakau melaka ni..ini lah pelanggan pertama kami dari muar...sebelum ramai dari muar menelefon kami, kami agak kesuntukan masa untuk buat tempahan di muar...

Eh fahmi seorang geraduan dari UKM bangi dan menetap di muar telah datang ke kilang kami pada bulan ogos 2016...kalau ikutkan tarikh tempahan serentak dengan pelanggan kami di bukit katil indah tu..tapi en fahmi die tempah dulu..pemasangan di laku kan pada bulan november 2016...


Dengan menggunakan material 3G glass kombinasi hitam dan putih ni memang menarik...dah banyak tempahan kami gunakan hitam dan putih ni...


Terdapat dua pintu lubang angin agar dalam kabinet bawah sinki tu tidak lah berbau hapak...



Kaunter tu pulak buleh di gunakkan untuk sarapan pagi..kirenye..kalau nak sarapan tak perlu lah duduk di ruang meja makan..ala kalau setakat nk makan dua orang je..makan kat kaunter ler..baru le romantik sebelum pergi kerja...

Terima kasih kepada en fahmi kerana buat tempahan dengan Naz Creative Trading..

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu
Mus : pembantu

Kabinet dapur bukit lintang

Alhamdulillah selesai lagi satu pemasangan kabinet dapur di bukit lintang...
Rumah pusaka yang di bina semula oleh seorang anak yang berjaya untuk ibu bapanya di kampung..
Itu lah yang buleh kami katakan, en razali yang bekerja di putrajaya membina banglo untuk mak ayah nye di bukit lintang melaka..


Kini kami Naz Creative di tugaskan untuk menyiapkan set kabinet dapur dengan menggunakan material laminate high gloss hitam dan putih...


Untuk kaler hitam dan putih adalah kaler yang paling sesuai untuk menampakkan sisi moden..ini kerana tuan razali kite mementing kan elemen moden untuk rumah mak dan ayahnye..tiada unsur unsur klasik..semua moden stail...


Penggunaan sinki 2 bowl di gunakan agar memudahkan membasuh pinggan dan peralatan dapur..

Untuk pengetahuan semua..kesemua produk kami menggunakan hingest jenis soft close agar pintu kabinet tidak tertutup dengan kuat..

Akhir kata dari kami..terima kasih kepada tuan razali kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Antara krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Dibantu semua ahli Naz creative
Farizal, mus, hazwan

Kabinet dapur 3G rambai sutera

"Ku lihat hijau"

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur serta peminat setia blog Naz Creative yang sentiasa membicarakan hal kabinet dapur..

Alhamdulillah hari ni dapat call dari pelanggan dari brunei yang sentiasa mengikuti perkembangan kami melalui laman sosial ni..

Cume beliau mintak nak buat kt sana, kami tak mampu nak kesana...buat masa ni kami terima tempahan area melaka, johor, negeri 9 serta kajang bangi..



Kali ni kami ke taman rambai sutera rumah en shafie...
En shafie kite ni berurusan dengan konsultan jualan kami en zaidi...setelah berpuas hati dengan penerangan, maka sesi pemilihan warna en shafie ke kilang kami di bukit tembakau...


Setelah telek menelek kaler yang ada, maka hijau jugak dapat menambat hati beliau..

Ramai custumer yang tanye...Naz Creative ni takde kaler lain ke..asyik hijau je...jawapan nye.....banyak sangat kaler..pink, ungu, biru mata hitamku pun ada...tapi hijau mungkin melembutkan hati isteri untuk memasak kot...


Untuk rumah en shafie ni kami letak satu island table yang simple..senang nk sarapan katanye..

Alhamdulillah mengambil masa dalam 2 minggu kami siapkan rumah beliau..

Terima kasih kepada en shafie kerana sudi menjadi pelanggan kami..


Antara krew yang terlibat
En zaidi : konsultan jualan
Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu
Hazwan : pembantu
Wan : tukang batu

Kabinet dapur taman jati

En roaizad empunye name dari kampung medan Kuala Lumpur....kini ingin menetap di taman jati batu berendam..

Perkenalan kami hanya melalui talian henpon bertanyakan tentang kabinet dapur..alhamdulillah setelah perbincangan kata sepakat, tuan roaizad bersetuju membuat pembelian kabinet dapur dengan kami...

Pada awal permulaan, warna hitam dan putih menjadi pilihan...namun setelah perbincangan ahli keluarga tercinta...maka SILVER menjadi pilihan hati..




Ini projek kali ke dua melibatkan 3G glass kaler silver untuk tahun 2016 ni...kali pertama di bukit larang melaka..silver ni kalau dalam gambar kurang sikit menyerlah...tapi kalau REAL punye memang cun punye...


Untuk keadaan dapur yang ringkas kami banyak menggunakan " carcas " agar ia tidak kelihatan sia sia...lihat saja terdapat satu tall unit untuk menyimpan oven..



Penggunaan hingest jenis soft close juga menjadi keutamaan..agar kabinet dapur kelihatan lebih berharga...

Terima kasih tak terhingga kepada en roaizad serta isteri dan anak anak kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Selesai je pemasangan di rumah en roaizad  ni..apa lagi, kite pekena coconut shake ler....


Area batu berendam ni memang porpular coconut shake ni..penuh orang...rojak die memang sedap...

Krew yang terlibat
Puan az : konsultan jualan
Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu
Hazwan : pembantu

DUNiA ALUMINIUM GLASS

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur..
Kali ni nak kongsikan sedikit tentang Dunia Aluminum Kaca...

Naz Creative Trading adalah kilang pembuat kabinet dapur yang bertapak di melaka..kami juga menerima tempahan di luar melaka seperti bangi, kajang, negeri 9 serta daerah muar...

Atas sokongan dari pelanggan kami, kini kami mengorak satu langkah lagi iaitu..kami mengeluarkan produk 3G glass untuk kilang kilang kabinet dapur yang lain..





Pintu 3G glass mengunakan pelbagai jenis stiker warna...kami juga mengunakan glass dengan ketebalan 5mm..


Kami menerima tempahan membuat serta memasang pintu 3G glass...

Pelbagai jenis produk aluminium kami buat..seperti pintu slidding anty jump..


Terdapat juga tingkap aluminium

Untuk keterangan lanjut anda buleh lah hubungi kami 0196645709 atau datang ke kedai kami di taman bukit tembakau...




Kabinet dapur 3G glass balai panjang

"Sekali ku memandang
kehijauan saujana mata
semusim yang benderang
hati riang nikmatnya tuhan
kita belalah bersama-sama
kita jagalah harmoninya"

Syukur kehadrat illahi selesai satu lagi pemasangan kabinet dapur di taman balai panjang Malim...

Pertemuan kami dengan tuan Abdul Karim pada minggu lepas apabila bila sudi singgah di kilang kami bertempat di taman Bukit Tembakau membuahkan bibit bibit cinta terhadap kabinet dapur...


Cukup menggemari hijau maka tertulis di hati, hijau itu idaman..tanpa banyak sangkalan terus dan tanpa syak wasangka deposit di keluarkan untuk membuat kabinet dapur...


Tuan Abdul Karim kite ni orang lame bak kate pepatah " otai masih berbisa "..pengalaman beliau dalam bidang kualiti memang tinggi..mana tak nye..apa pun kerja yang di buat untuk rumah beliau..kualiti itu penting...harga no 2..


Satu persatu di perhatikan..bukan setakat time kami pasang je...tapi rajin gak datang kilang kami tengok kami buat kerja...hihihihihi..Tuan Abdul Karim kite memang seorang yang ramah...suka bergurau senda..walaupun baru je kenal tapi macam dah lama kenal..


Buat kerja kat rumah ni mewah dengan makan...asyik makan je tuan kite ni belanja..


Untuk material rumah Tuan Abdul Karim ni, kami pakai 3G glass kaler hijau kombinasi dengan putih manakala table top kami pakai kaler hitam...kaler macam ni nampak simple je tapi memang cantik..keluasan dapur tetibe jadi luas...sejuk mata memandang


Terdapat satu tall unit untuk simpan oven..terdapat 2 biji downlight dekat penyedup asap..so nampak sikit butang nk on suis penyedup asap tu...

Terima kasih kepada Tuan Abdul Karim kerana sudi membuat tempahan dengan kami..selamat masuk rumah baru dari kami NAZ CREATIVE TRADING

krew yang terlibat
Naz : konsultan jualan
Zazri : ketua tukang
mus : pembantu
Hazwan : pembantu

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...