Kabinet dapur melaka 2023

 APA ITU DAPUR?

dapur adalah ruangan yang sering kita gunakan untuk memasak dan mengolah makanan dan pasti nya dapur juga perlu mendapat perhatian khusus...betul tak kenkawan.

Untuk mendapatkan suasana yang riang di dapur tidak salah kiranya kita mengubah atau deco sikit sikit agar dapur kita kelihatan cantik dan lebih menarik supaya kita pun semangat nak memasak kat dapur tu.

Kriteria dapur impian bagi setiap orang pasti berbeza bergantung pada minat, selera dan yang pastinya bajet dalam kawalan. Dapur juga menjadi cermin dari karakter pemiliknya...anda tahu kan...

Pengalaman kami bermula pada tahun 2004 hingga la sekarang tahun 2021. Ini bermakna 17 tahun kami dalam bidang pembuatan kabinet dapur ni. Setiap hari setiap jam setiap minggu setiap tahun mulut kami berbicara tentang kabinet dapur. Dari segi design, kaler, material dan harga semasa sudah menjadi kebiasaan kami. 

Hari ni kami nak kongsikan tips tips konsep kabinet dapur dan mudah mudahan menjadi inspirasi buat anda.

Untuk anda yang memiliki ruang dapur dengan ukuran yang terbatas, jangan bimbang kerana anda tetap dapat memiliki dapur yang cantik dan nyaman. Kombinasi kaler juga memainkan peranan penting untuk sesuatu ruang kabinet dapur. Warna yang terang dapat memberi ceria pada ruang interior dapur anda. Jika anda tidak suka dengan konsep "single tone" anda buleh membuat kombinasi elemen dekoratif sebagai langkah paling sesuai. Ini dapat memastikan daripada kita mulai bosan dengan ruangan dapur.

KONSEP BAJET KABINET

konsep begini lebih kepada bajet seseorang. Kebiasaan nya konsep begini tidak la mementingkan warna material atau reka bentuk. Mungkin lebih sesuai untuk menyimpan barang. Konsep begini paling banyak kami buat.

KONSEP MODEN DAN TERKINI










untuk konsep sebegini memang ramai yang minat, ini kerana konsep moden minimis lebih cenderung kepada peredaran masa dan trend terkini. Antara material yang buleh di jadikan moden minimis ini adalah jenis 3G, 4G, acrylic serta laminate glossy di kemaskini abs sistem. Kebiasaannya konsep begini lebih mementingkan keluasan sesebuah dapur. Untuk konsep begini kebiasaanya table top menggunakan jenis quart stone. Memang cantik la. Terdapat juga ruang kaunter bar atau island bar bagi melengkapkan dapur konsep ini.


KONSEP KLASIK







bagi peminat yang mementing sesuana lama, konsep klasik memang menjadi idaman. Kebiasanya material yang di gunakan seperti nyatoh, semangkok, ksk serta kayu aok. Kebiasaan nya table top jenis konkrit tile. Bagi peminat material sebegini agak tebal sikit modalnya. Manakan tidak, kayu memang mahal sekarang ni.


KONSEP RAW INDUSTRIAL KITCHEN







konsep sebegini sudah lama sebenarnya, namun sejak kebelakangan ini begitu porpular di kalangan masyarakat bandar. Apa konsep raw industrial kitchen. Sebenarnya konsep sebegini lebih kepada konsep kitchen seperti restoran atau tempat terbuka. Kebiasanya table top menggunakan kontrit namun ia tidak lah di balut dengan tile malah permukaan kontrit hanya di curahkan cat jenis clear gel bagi menampakan sisi industrial. Bagi pintu kabinet kebanyakan memakai jenis pine wood atau kayu hevea bagi menampakan ciri dapur kedai la.

Namun bagi sesetengah orang dapur sebegini agak kurang sesuai kerana susun atur tidak rapi. Namun di sinilah nilai estetikanya atau unik nya dapur sebegini.


Namun begitu apa sahaja konsep dapur anda, bagi kami menyiapkan dapur anda dengan sempurna adalah matlamat kami. Tugas kami memenuhi citarasa anda. Bajet anda, impian anda kami akan cuba sedaya upaya memberi khidmat terbaik.


Jom kepada yang berminat dengan perkhidmatan kami buleh hubungi kami 

www.wasap.my/+60196645709/promosikabinet 

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...