Memori naz creative 2015

MUKADIMAH





" tiada ragu lagi kau yang mengetahui hakikat yang tinggi..tiada ragu lagi daku mengsyukuri redha dalam pasti"


alhamdulillah syukur kehadrat illahi kami masih mampu berkarya menghasilkan kabinet dapur serta perabut perabut walaupun banyak dugaan tahun ni..
2015....tahun yang mencabar bagi kami..penuh pahit manis luka berdarah sampai hampir nak jatuh dah..namun rezeki di tangan ALLAH...kami bersyukur sangat..


Paling terkesan, kami mula beroperasi pada tahun 2004 di Kajang Utama dan selama itu lah kami tak pernah berpindah premis..Pada bulan mei 2015 menyaksikan kami terpaksa berpindah premis ke semenyih kerana masalah yang tak dapat di elakkan iaitu sewa premis naik secara mendadak..sedih jugak lah..masa kena keluar dari premis tu macam nak nangis pun ada..pelbagai kenangan di Premis Kajang Utama tu..Rakan rakan lain ramai yang tutup kedai, buka setahun tak jalan tapi kami bertahan 10 tahun kat situ..





keperitan kami bermula saat kami tengah bz dengan perpindahan..dugaan pertama kami terima apabila kami terpaksa berpindah ke semenyih jauh pendalaman sedikit dari kajang..pembelian barang hardware juga jauh serta agak makan kos sedikit.
ketika itu kami agak terumbang ambing kerana tempahan kabinet dapur buleh di katakan banyak jugak..kami terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tempahan pelanggan..ada pelanggan yang sanggup menunggu janji hasil kerja cantik dan kemas..tapi ada segilintir pelanggan yang hilang sabar kerana kelewatan kami dan hasil nya kami di hembur dengan kata kata kurang enak spt " kami menipu pelanggan , kontraktor penipu , dah tak mempercayai kontraktor melayu dan macam macam lagi
kami juga menerima panggilan dari persatuan pengguna kerana ingin di dakwa kontraktor penipu..di sini kami NAZ CREATIVE ingin tegaskan..ada beza nya kontraktor menipu dengan yang tak menipu

1. apabila kontraktor menerima tempahan dari pelanggan, namun masa yang di ambil agak lama untuk siapkan..itu bukan menipu namanya..ini kerana kontraktor tersebut kurang peralatan atau pekerja untuk mengejar masa menyiapkan tempahan
2. apabila kontraktor menerima tempahan namun hasil yang di terima kurang memuaskan atau kurang kemas ..itu juga bukan menipu..ini kerana mereka kurang berpengelaman atau kurang ilmu lah..
3. konkraktor yang menipu adalah konkraktor jenis ambil deposit terus hilang entah kemana..ini baru menipu






PENGALAMAN


alhamdulillah kami berentap dengan masalah cuma dua bulan sahaja..setiap hari kami berdoa agar dapat selesaikan masalah ini dengan cepat dan mudah..bermula bulan julai 2015 kami dapat beroperasi seperti biasa. berkat sokongan dari pelanggan pelanggan NAZ CREATIVE yang sentiasa memberi semangat kepada kami agar kekal dalam bidang pembuatan kabinet dapur ni..Tak ramai pembuat kabinet dapur bumiputera..alhamdulillah kami masih bertahan..


CORETAN NAZ CREATIVE TRADING


NAZ CREATIVE TRADING
Di tubuhkan pada tahun 2005 dan ketika itu sye bersama seorang rakan seperjuangan mula memberanikan diri dalam perniagaan perabut..ketika itu agak kurang anak melayu yang menceburi bidang perniagaan perabut, anak melayu hanya mampu menjadi pekerja kilang perabut je ketika itu manakala tokey nye semua cina..kalau ada pun tak berapa buleh nak bernyawa..kami bernasib baik kerana kami mudah di terima pelanggan mungkin kerana sye banyak terlibat dengan dunia pemasaran..pekerja kami hanya mengambil anak melayu sahaja untuk bekerja ketika itu..
Bermula tahun 2009 bermula era ramai anak muda melayu membuka perniagaan perabut..kebanyakkan mereka yg bermula sebagai pekerja pada tahun 2000..ketika itu orang ramai mula komfiden dengan anak melayu dalam pembuatan perabut..namun ketika itu satu masalah mula timbul di mana kesukaran mendapat pekerja dari anak melayu..mungkin ketika kemunculan byk university membuat anak melayu ramai sambung belajar tak kira la lulus spm ke tak..time tu pengusaha perabut terpaksa menggunakan pekerja asing spt bangla, nepal dan myammar..kami juga tidak ketinggalan menggunakan tenaga kerja tenaga asing..apa yg bagus nye pekerja asing ni..ramai pengusaha melayu ketika itu buat duit kerana pekerja asing ni memang kerja siang malam..lain dengan pekerja tempatan, datang lewat, slalu cuti, malas dan sebagainye..di sebalik kebaikan pekerja asing ni ada satu keburukan yang menghantui pengusaha perabut..apabila pekerja asing dah ramai, mereka mula demand dengan kerja.pengusaha ketika itu ibarat lembu di cucuk hidung..terpaksa ikut arahan mereka..mana tak nye kalau tak layan, diorang satu team angkat kaki..pengsan tokey..
Bermula tahun 2013, ramai pengusaha perabut terpaksa gulung tikar kerana tak tahan layan karenah pekerja asing ni..masa tu la perkerja asing mula mengambil alih kilang perabut hingga la terjadi spt sekarang..rata2 kilang perabut sekarang di monopoli bangla sbg tokey..siap kawin dengan org malaysia beli rumah kereta dan kedai..
Namun begitu sye masih bersyukur mampu bertahan sampai sekarang dengan bantuan kenkawan yang sudi bekerja sama dengan saya..
Sye berterima kasih kepada bekas bos sye ketika itu Mr Lim yang byk memberi tunjuk ajar..antara kata katanya yang masih sye pegang sampai sekarang..
1. Pekerja yang terbaik dan yang paling kite harapkan..die lah yang akan menjadi pesaing kite satu hari nanti.
2. Bisness tidak perlu projek berjuta..cukup lah kite hanya dapat capai tanget jualan bulanan..contohnye kalau kite target 10k sebulan, mesti maintain setiap bulan.
3. Kalau nk buat bisness jgn hanya pikir untung, pikir dulu masalah yg akan tiba, bru buleh buat bisness.
4. Jangan jadikan modal sbg halangan..tapi tumpulah kepada marketing.
Bermula tahun 2009 bermula era ramai anak muda melayu membuka perniagaan perabut..kebanyakkan mereka yg bermula sebagai pekerja pada tahun 2000..ketika itu orang ramai mula komfiden dengan anak melayu dalam pembuatan perabut..namun ketika itu satu masalah mula timbul di mana kesukaran mendapat pekerja dari anak melayu..mungkin ketika kemunculan byk university membuat anak melayu ramai sambung belajar tak kira la lulus spm ke tak..time tu pengusaha perabut terpaksa menggunakan pekerja asing spt bangla, nepal dan myammar..kami juga tidak ketinggalan menggunakan tenaga kerja tenaga asing..apa yg bagus nye pekerja asing ni..ramai pengusaha melayu ketika itu buat duit kerana pekerja asing ni memang kerja siang malam..lain dengan pekerja tempatan, datang lewat, slalu cuti, malas dan sebagainye..di sebalik kebaikan pekerja asing ni ada satu keburukan yang menghantui pengusaha perabut..apabila pekerja asing dah ramai, mereka mula demand dengan kerja.pengusaha ketika itu ibarat lembu di cucuk hidung..terpaksa ikut arahan mereka..mana tak nye kalau tak layan, diorang satu team angkat kaki..pengsan tokey..Bermula tahun 2013, ramai pengusaha perabut terpaksa gulung tikar kerana tak tahan layan karenah pekerja asing ni..masa tu la perkerja asing mula mengambil alih kilang perabut hingga la terjadi spt sekarang..rata2 kilang perabut sekarang di monopoli bangla sbg tokey..siap kawin dengan org malaysia beli rumah kereta dan kedai..Namun begitu sye masih bersyukur mampu bertahan sampai sekarang dengan bantuan kenkawan yang sudi bekerja sama dengan saya..Sye berterima kasih kepada bekas bos sye ketika itu Mr Lim yang byk memberi tunjuk ajar..antara kata katanya yang masih sye pegang sampai sekarang..1. Pekerja yang terbaik dan yang paling kite harapkan..die lah yang akan menjadi pesaing kite satu hari nanti.2. Bisness tidak perlu projek berjuta..cukup lah kite hanya dapat capai tanget jualan bulanan..contohnye kalau kite target 10k sebulan, mesti maintain setiap bulan.3. Kalau nk buat bisness jgn hanya pikir untung, pikir dulu masalah yg akan tiba, bru buleh buat bisness.4. Jangan jadikan modal sbg halangan..tapi tumpulah kepada marketing.Terima kasih kepada semua kenkawan yang setiasa menyokong sye dari mula hingga sekarang..


PROMOSI



tahun 2015 jugak kami banyak membuat promosi kabinet dapur 3G & 4G glass dengan harga yang rendah. Ini kerana kami memberanikan diri membeli material secara pukal dan alhamdulillah produk kami mendapat sambutan yang amat luar biasa..Sebenarnya nak buat promosi harga runtuh ni bukan mudah, silap hari bulan buleh lingkup..hihihihihi..mujur lah dapat sambutan sampai tak menang tangan nak handle..hampir 70% kami keluarkan produk 3G dan 4G glass untuk tahun 2015..
Kami jugak menerima tempahan luar kawasan spt pada bulan ogos kami ke Pahang untuk memasang almari bilik serta melaka untuk set kabinet dapur.. kalau tahun 2014 sampai ke kelantan kami pasang. tahun ni itu je la..tetapi sambutan dalam lembah klang memang menakjubkan..


KREW KREW & STAff


1. awin
2. lan
3. idris
4. saeem
5. muazim
6. saiful islam
7. abdullah
8. wak adi
9. hasyim
10. pijan
11. paloi12. zazri
13. idan
14. jamil
15. fendi
16. farizal
17. zul
18. safuan
19. indah
20. ahmad
21. musa - kerja batu
22. along - plaster syiling
23. eddy - kerja batu


LAMPIRAN

di sini kami lampirkan beberapa kerja yang telah kami siapkan sepanjang tahun 2015 dari januari sampai lah ke disember 2015..kepada sesiapa yang di luar sana menginginkan perkhidmatan kami.anda buleh lah menghubungi kami 019 6645709 en naz atau 014 8027674 puan AZ
















akhir kata dari kami..terima kasih kepada semua follower blog NAZ CREATIVE kerana sudi memberi kepercayaan yang tinggi kepada kami..insyallah dari hari ke hari kami akan cuba perbaiki dan memantapkan lagi skill kami dalam bidang pembuatan perabut..apa yang kami harapkan cuma sokongan dari semua pelanggan....terima kasih tak terhingga kepada semua..
"selamat menyambut tahun baru 2016"


kabinet dapur faridah sg kantan

assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur..dah sampai ke penghujung tahun 2015..beberapa hari lagi kita akan bertemu 2016..pejam celik pejam celik sekejap rasanya..
kali ni kami NAZ CREATIVE TRADING nak kongsikan sedikit hasil kerja kami di sungai kantan kajang..ala belakang sekolah agama sungai kantan kajang tu..pemilik rumah bernama puan faridah serta suami abg naim yang bekerja di PETRONAS KLCC..



material yang di gunakan untuk rumah Puan faridah kite adalah jenis milamine board berserta kekemasan edging aluminium..warna yang di pilih pulak..wow...........Kuning tu..sebenarnya tak ramai yang pakai kuning untuk hiasan dapur. kebiasaan nye kuning ni untuk bilik atau kabinet buku.. tetapi Kak faridah kite ada sebab kenapa beliau memilih kuning jadi taruhan..ini kerana beliau menginginkan dapur beliau ceria seperti dapur kanak kanak.



kak faridah kite ni memang suka di dapur bersama anak anaknya..mungkin warna kuning menjadi penyeri ruangan dapur rumah beliau..kami juga membuat satu kaunter bar dengan menggunakan material jenis Quart Stone warna hitam..memang cantik..berkilat




pandangan dari depan..simple tapi penuh untuk simpan segala barang. dalam ruangan kabinet tu buleh di letakkan peti ais, oven dan microwave, pembakar roti, menyimpan pinggan mangkok dan macam macam lagi. terdapat juga satu pintu lubang angin untuk anak anak kak faridah menyimpan makanan ringan.



di sebelah kabinet tall unit ni kami buat satu kabinet dapur simple..ada dua biji kabinet gantung kat atas tu..tetengah ada tingkap so...tak buleh lah nak buat kabinet full..apa yang menarik nye di ruangan ini..terdapat satu aksesori tambahan iaitu tong sampah..di mana agak nya tong sampah itu...

jeng jeng jeng jeng




bersebelahan dengan laci..cantikkan..sususnan yang cantik dan kemas memudahkan untuk aktiviti harian..material yang kami gunakan untuk ruangan ini adalah jenis milamine board serta top Quart Stone..




terdapat lagi satu kabinet dapur di luar..yang ni untuk kawasan dapur masak..simple je..
akhir kata dari kami, terima kasih tak terhingga kepada Kak faridah kerana sudi membuat tempahan dengan kami walaupun ramai kontraktor datang memujuk kak faridah kita ni..alhamdulillah rezeki kami..untuk pengetahuan semua kak faridah kita tengah tunggu hari je nak melahirkan anak yang ke 4..kami dari NAZ CREATIVE TRADING sentiasa mendoakkan agar kesihatan kak faridah sentiasa dalam keadaan baik serta anak yang bakal di lahirkan sihat sejahtera..

antara krew yang terlibat rumah kak faridah ni
naz : marketing & desingner
zazri : tukang kabinet dapur
zul : pembantu tukang
indah : pembantu tukang
musa : untuk kerja batu ( konkrit top )
ah foo : quart stone

kepada sesiapa yang berminat dengan khidmat kami anda buleh lah menghubungi kami di talian 019 6645709
atau datang ke kedai kami di no 12 jalan 3/4 tasek kesuma ( sebelah dengan KPM beranang )


Kabinet dapur cikgu ismail

Assalamualaikum semua...siap lagi satu projek pemasangan kabinet dapur di Alam Damai cheras ni..
Kali ni kami nak kongsi kan sedikit perjalanan membuat kabinet dapur rumah cikgu ismail kite ni..huh memang mencabar nk siapkan rumah cikgu ni..bukan design kabinet ni yang mencabar tetapi material yang di pilih untuk rumah cikgu ni memang mencabar untuk menyiapkan..nak tahu material ape...jeng jeng jeng jeng..


Solid nyatoh ler...memang mencabar nk buat solid nyatoh..mana tak nye..untuk memastikan warna solid nyatoh ni cantik pencahayaan amat di titik berat kan..maknanya waktu yang sesuai untuk spray kaler ni kena betul2 waktu panas..dalam erti kata tengah hari la..tetapi dugaan datang kena pulak masa nak spray tu keadaan negara kite sedang di landa jerebu..abis saja jerebu musim hujan pulak..menangis nak spray..




Untuk pengetahuan pembaca..ada sesetengah kontraktor atau pun pembuat kilang perabut, mereka hanya membuat kaler dengan menggunakan berus..ini akan membuat kan pintu kabinet dapur tu nampak seperti ada garisan berus...berlainan dengan kami, kami menggunakan spray comprasor agar warna kelihatan rata dan cantik..masa yang di ambil memang lambat sedikit..tetapi memang memuaskan..




Sebab tu saya kata memang mencabar nak siapkan pintu ni..tengah pulak spray pintu..hinggap pulak seekor burung atas pintu tu..menangis lagi nak gosok hilangkan tapak kaki burung..hihihihi..tengah dok syok spray tetibe hujan..berlari angkut pintu..kalau tak bertompok tompok la pintu rumah cikgu ismail ni..




Namun berkat kesabaran cikgu ismail yang menunggu agak lama, berbaloi dengan hasilnye..tengok gambar tu..cantikkan..




Kami juga membuat variasi pintu dengan menambahkan beberapa cermin supaya nampak kelainan..untuk rumah cikgu ismail, kami tetap menggunakan hingest jenis soft close..pendek kata semua produk kami menggunakan hingest soft close la..




Untuk pengetahuan semua cikgu ismail ni baru sahaja bertukar kat selangor ni..sebelom ni cikgu ismail ni menetap di sabah..asal kelantan..tapi pekat kelantan masih tak hilang....
Apa apa pun terima kasih kepada cikgu ismail kerana sudi membuat tempahan dengan kami..
Antara krew yang terlibat
Naz : ketua tukang / marketing
En mat : tukang
Iwan : tukang
Zul : tukang

Kabinet dapur PPR kerincci

Alhamdulillah satu lagi pemasangan kabinet dapur di PPR kerincci ni..walaupun keadaan dapur agak sempit tapi tidak membataskan untuk kami buat kabinet dapur dekat sini..
Material yang di gunakan untuk rumah kak ima kite ni kami pakai 3G glass warna merah serta carcas putih..wow..nampak luas sikit ruang dapur ni..


Terdapat satu ruang untuk peti ais memang cun..kemas gitu..
Kami selang kan pintu putih dan merah agak nampak variasi sikit..tak lah nampak merah semua..




Untuk wall unit kabinet kami buat sampai siling..so byk sikit barang buleh di simpan...penuh dalam kabinet..




Nampak tu..base unit kami campurkan pintu putih dan merah..manakala table top kami gunakan konkrit top..memang cun..




Kami juga menggunakan hingest jenis soft close untuk kelihatan lebih menarik..so untuk yang ada anak kecil tak perlu risau seandainya anak2 kecil kite main kat pintu kabinet tu..tak kan terhempas punye lah...
Akhir kata dari kata dari kami terima kasih kak ima kerana sudi membuat tempahan dengan kami
Krew yang terlibat
Naz : marketing
En mat : ketua tukang
Iwan : tukang
Shafie : konkrit top..
Untuk mendapatkan maklumat tempahan anda buleh la menghubungi kami di talian 019 6645709..

Kabinet sekolah TTDI damansara

Selesai jugak satu lagi pemasangan di sekolah TTDI damansara utama ni..projek kali ni melibatkan pemasangan kabinet di bilik makmal dan kaunter bilik kaunseling..
Sebenarnya NAZ CREATIVE ni bukan hanya tertumpu kepada projek rumah sendirian..untuk jabatan kerajaan pun kami buat..cuma kami pengilang, so agak kesuntukan masa untuk melawat projek jabatan kerajaan..itu pun banyak projek kami terpaksa tolak sebab kesuntukan masa. 


Saiz kabinet ni memang panjang..30 kaki tu..untuk sekolah ni kami menggunakan material jenis milamine ABS dan warna cherry..wow..tersenyum lebar cikgu ni dapat kabinet baru..




Manakala untuk bilik kauseling kami buat kaunter menggunakan material milamine jugak..




Kami jugak menggunakan hingest jenis soft close agar pintu tu tak terhempas dengan kuat. Kalau tak abis la dapat kt murid sekolah rendah ni memang berdentum pintu diorang tutup..
Itu sahaja la kot untuk sekolah ni...
Terima kasih kepada cikgu2 sekolah sentiasa memberi kata kata semangat kepada kami bile mereka melihat kami membuat kerja..kata nya tak ramai anak melayu yang nk buat kerja ni..biasa nye warga asing je yg buat ..
Untuk makluman semua..staff NAZ CREATIVE semuanya warga tempatan..kami cuba menyerapkan ilmu pembuat perabut kepada anak tempatan..selagi anak tempatan berminat la...
Krew yg terlibat
Azmi : marketing
Naz : ketua tukang
En mat : tukang
Zul : tukang
Wan : tukang

4G glass merah pelangi semenyih

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog dan pencinta kabinet dapur....salam jumaat kepada anda semua...hari ni nk kongsikn kisah tentang kabinet rumah en bob di taman pelangi semenyih 2, semenyih.
Perbincangan NAZ CREATIVE TRADING dengan en bob dari tahun 2014 lagi tapi menjadi kenyataan oktober 2015...setahun amik masa...namun begitu bile siap alhamdulillah cantik gitu...


Mempertaruhkn 4G glass warna merah memang mengujakn serta mengasyikkn..sebab nye merah ni memang selalu menjadi pujaan ramai..
Terdapat satu kaunter yang menarik di mana atas kaunter tu kite letakkan satu clear glass supaya nampak " grand gitu" ..





Selalunye carcas berwarna putih pintu berwarna merah..tapi rumah en bob kite ni, kami pakai carcas berwarna merah..nampak garang gitu..




Ruangan dapur rumah en bob ni memang sgt luas, so untuk warna apa jenis pun memang sesuai..tgk saja lah ruangan tu setakat nk buat kenduri tiada masalah punye...




Ha...saat yg mendebarkan..ni lah en bob owner rumah sedang membuat inspection kabinet dapur..dn alhamdulillah en bob kite berpuas ati dgn hasil keje NAZ CREATIVE TRADING...
Akhir kata dari kami terima kasih tak terhingga kepada en bob kerana sudi membuat tempahan dengan kami..
Krew yang terlibat..
Naz : marketing
En mat : ketua tukang
Idan : tukang
Zul : tukang
Wan : tukang
Kepada yang berminat buleh menghubungi kami di talian 0196645709

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...