::Kabinet Dapur - Apartment Teratai ::


Now, kami nak kongsi cerita tentang projek buat kabinet dapur di Apartment Teratai, Taman Sutera, Kajang. Apartment 3 bilik nie ada ruangan dapur yang agak terhad. Jadi, dengan adanya kabinet dapur sangatlah membantu....untuk pastikan ruang dapur yang terhad tu, tak nampak bersepah dan sempit. Ruangan dapur cuma boleh memuatkan satu unit kabinet bawah atau base dan satu unit kabinet gantung.




** Kabinet dapur untuk ruangan yang terhad **


Penggunaan cornis butterfly tetap diaplikasikan untuk menampakkan keunikan. Walaupun dengan ruangan yang terhad, penggunaan cornis butterfly membantu untuk menyerlahkan keunikan kabinet. Gaya susunan bertingkat juga sangat membantu untuk menghidupkan susana dapur. Pemasangan tempat menggantung cawan di atas sinki memudahkan proses penyimpanan cawan.




** Design yang perlu sempurna utk mengelakkan ruangan menjadi sempit**

:: Almari Bilik ( wardrobe ) - Pajam ::

Salam hormat buat semua sahabat...

Dalam entri kali nie, kami nak tunjuk satu lagi projek di Pajam. Projek kali nie adalah memasang wardrobe or almari bilik. Rumah nie memang besar dan ada 7 bilik...semi D daaaa......giler lah....
However, pemasangan hanyalah untuk 3 bilik jer....

Gambar kat bawah nie adalah wardrobe untuk bilik utama. Yang speselnye projek kali nie adalah, orang nampak wardrobe tu kecik jer kan...hehehe....apa yang orang nampak adalah wardobe yang ada 4 pintu dengan pemegang 'S'. Pastilah.....orang akan sangka itu adalah wardrobe baju....apa kes, umah besar tapi almari baju kecik....:)
Jangan tertipu..wardrobe 4 pintu tu adalah ruang serbaguna. Owner rumah tak simpan baju dalam tu....side tu boleh simpan buku2, patung2 bear or apa saja yang mungkin akan bersepah kalo tak der tempat nak simpan...FYI, wardrobe tu sampai syiling yer...

Nampak tak pintu yang ada disebelah wardrobe 4 pintu tu???actually, itu lah pintu wardrobe yang diguna untuk simpan baju....untuk rumah nie, kami design wardrobe baju yang attaced dengan bath room....so that, owner boleh terus pakai or salin baju dalam bilim tu before or after masuk or keluar bath room...Bagi rumahrumah yang ada ruang bath room yang besar, boleh la design cam nie....



** Wardrobe serbaguna dibahagian dalam bilik tidur utama **



Satu cermin besar dipasang dibahagian dalam pintu yang menghubungkan bilik tidur utama dengan wardrobe baju. Wardrobe baju tu attached dengan bath room yer...Cermin besar tu memang boleh menyuluh satu badan...dari hujung rambut ke hujung kaki...boleh la posing2 sket lepas pakai baju cantik...:)




** Cermin besar di pintu wardrobe yang attached dengan bath room **


Tengok lah betapa besarnya wardrobe baju tu..boleh main nyorok2....banyak ruang yang boleh diguna untuk gantung baju, tempat baju berlipat dan drawer.....wardrobe baju nie pun sampai syiling....bahagian atas tu boleh la simpan beg-beg atau apa je la...owner akan melalui wardrobe nie sebelum ke bath room. Wardrobe nie adalah open...pintu dia yang kt luar tadi jer..material adalah daripada fomeca.



** Bahagian dalam wardrobe **



Wardrobe yang berikutnya adalah untuk bilik ketiga....untuk bilik anak-anak...binaan wardrobe sampai syiling. banyak barang boleh disimpan. Yang nie tak de wardrobe tersembunyi lagi....



** Wardrobe bilik ke dua **

Wardrobe bilik ke dua ada sikit spesel sebab ada design cermin yang boleh disorokkan dibahagian dalam...bila nak guna, boleh ditarik keluar.untuk makluman, cermin nie attached dengan sisi hanger baju...so tak payah la nak allocate almari cermin lagi. Pintu bagi wardrobe nie adalag sliding. Boleh sorng tarik jer.....material wardrobe bagi kesemua bilik adalah daripada fomeca...



** Wardrobe bilik kedua **


Harga bagi projek nie adalah RM 8500

:: Kabinet Dapur - Pajam ::

Gud Morning....
Ari nie nak cerita pasal pemasangan rumah customer kat Pajam. Rumah semi-D yang memang besar dan selesa...Memah mabeles lah....
Rumah nie ada ruang dapur yang sangat besar. Memang sesuailah kalo nak masukkan kabinet PULAU. So bolehlah owner rumah nak letak barang atau apa2 je la..samada sebelah atas kabinet atau sebelah dalam kabinet. Kabinet PULAU nie di deco ada rak terbuka dan rak tertutup ( yang ada pintu laaaa....). Boleh la owner rumah nak simpan makanan kering or peralatan dapur kt dalam tu..Kabinet nie juga boleh dijadikan sebagai breakfast table...Jom layan gambar kabinet dapur rumah kt Pajam nie....



** Kabinet PULAU ( Island cabinet ) yang diletakkan dibahagian tengah ruang dapur **



Gambar kat bawah adalah kabinet gantung. Disusun secara bertingkat bagi menampakkan variasi kabinet tu.....So nampak lah comey gitu....Tak de la cam anak-anak kt tadika berbaris tunggu nak amik breakfast...:) Kabinet tu dihiasi cornis Butterfly..dengan Material kabinet menggunakan Solod Nyatoh, menampakkan kemewahan dapur tu...Setiap kotak kabinet, masing-masing ditempatkan dua pintu.


** Kabinet Gantung yang disusun bertingkat **



Gambar menunjukkan bahagian yang dikhaskan untuk meletakkan peti ais. Kabinet dibahagian atas peti ais tu boleh la diletakkan peralatan dapur yang kecil. Tak de la nampak gonjeng sangat bahagian atas peti tu....betul tak ?? Bahagian yang kosong sebelah peti ais tu, owner rumah nak letakkan microwave oven. Masa nie, belum dibeli....So kabinet bahagian atas dan bawah tu, agak besar juga, boleh la sumbatkan apa2 yang owner rumah nak...:) Bahagian tu juga, dikenali sebagai Tall Unit..


** Ruangan khas untuk peti ais & microwave oven **


Owner rumah prefer untuk menggunakan table top concrete. Juga menggunakan tile 2' x 2' jenis heavy duty.Tahan lasak katanya... Warna tile adalah putih dan warna material Solid Nyatoh adalah Rose Wood. Gabungan dua warna tersebut memanglah cun.....nampak mewah gitu.....;)




** Gabungan warna dua material - putih & Rose Wood mewahkan ruangan dapur **










:: Rak Bawah Tangga - Bangi Perdana ::

Salam....
Nak stori-mori pasal projek rumah teres 2 tingkat di Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi. Rumah yang besar dan cantik. However, bahagian bawah tangga rumah nie sangat kosong dan developer tak der allocate apa-apa bilik kat situ...So, owner rumah decide untuk buat stor kt situ. Normally, memang ramai yang buat kabinet di bawah tangga sebagai stor....senang nak simpan barang....

Memandangkan idea stor bawah tangga tu biasa jer....dan owner rumah ada sebut pasal sukakan ruang rumah yang luas ( Senang anak nak main bola...:D ) , kami mencadangkan supaya stor dibahagian bawah tangga tu, dibina separuh sajer.....bahagian yang lebih tu, kami design kan kabinet TV. So, memang keinginan owner rumah untuk benarkan anak-anaknya main bola or main kejar-kejar tercapai.....




** Design half2 yang kami buat - stor & kabinet TV **


Di bahagian dinding stor diletakkan rak terbuka daripada material cermin telah menyerlahkan set kabinet TV dan stor nie...So, owner rumah boleh letakkan apa-apa barang perhiasan kecil...Pintu masuk stor diletakkan disebelah kabinet TV supaya senang dibuka dan owner rumah boleh letakkan parabot lain dibahagian luar ( eg : meja konsul atau set kerusi anggur )



** Pintu stor dan kabinet TV yang dilengkapi rak cermin **



Hmmm....Yang nie kami design spesel untuk owner rumah. Rak terbuka kecil di bahagian luar dinding stor....Kelebihannya yang mana owner rumah boleh letakkan barang perhiasan rumah yang comel2....Dengan dua rak terbuka yang comel nie, menyerlahkan keunikan stor. Orang pun tak perasan yang tu adalah dinding stor...



** Rak terbuka yang menghiasi dinding stor **

Rak bawah tangga dan kabinet TV yang simple dan ringkas tapi unik. Dengan material Nyatoh dan kemasan panel. Pilihan warna adalah Natural Wood menyerlahkan set kabinet tersebut. Kredit daripada owner rumah kepada kami kerana success menjedikan rumahnya luas dan kemas....

Harga set kabinet ini adalah RM 2,400

:: Kabinet Dapur - Apt. Sri Lavender ::

Satu projek untuk rumah Apartment.....material yang agak murah cantik dan tahan air....
menggunakan bahan milamine serta kekemasan aluminium...


Table top menggunakan tiles 2' x 2' dengan sinki 2 bowl..........



Harga dalamRM 3100.00 tidak termasuk dapur dan penyedup asap......sbb penyedup asap dan dapur dia punya harga tak boleh jangka.....


Projek ni kami pasang kat Apartment Sri Lavender Sg Chua Kajang.....

:: Kabinet Dapur - Pajam ::

Menggunakan material solid semangkok serta top menggunakan solid surface.



:: Pembukaan blog Home Deco :: Anjakanbumi ::

Assalamualaikum.....

Perasmian blog oleh diri sendiri....will be update soon....
para pertugas :
Noriah rusman : pereka blog

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...