Kabinet dapur raya 2016


Duhai bonda, duhai ayahanda..dengar lah rayuan anakanda, yang jauh di mata....

Satu hari di hari lihat cahaya bersinar indah....dah dengar lagu raya..





Tak lupa juga kepada semua pelanggan pelanggan kami yang masih setia membuat tempahan dengan kami, tanpa anda siapa lah kami..

Sempena dengan raya tahun ni, kami warga Naz Creative melancarkan jualan promosi kabinet dapur raya 2016 pada 2 hari sebelum ramadhan...memang mendapat sambutan tapi kami terpaksa menolak kerana takut tak sempat menyiapkan sebelum menjelang raya..ini pun ngam2 nak raya baru dapat siapkan..terima kasih kepada semua team Naz Creative yang sedaya upaya menyiapkan tempahan kabinet dapur ni..

Buka sahaja promosi terus kami di datangi satu keluarga dari taman lipat kajang melaka..

PROJEK PERTAMA = TAMAN LIPAT KAJANG




Warna kuning menjadi pilihan di hati..dengan menggunakan material jenis fomeca high gloss memang menampakkan ciri ciri dapur yang luas..
Terima kasih kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Krew yang terlibat
Puan az : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : tukang.

PROJEK KEDUA = BUKIT LARANG

Selesai di taman lipat kajang, kami beralih ke projek dekat kilang kami iaitu di taman bukit larang...rumah sulaiman menjadi tempat kami memasang kabinet dapur..dengan menggunakan material 3G glass warna silver memang cun..


Selesai la pemasangan rumah en sulaiman kite ni..

Krew yang terlibat
Naz : marketing / ketua tukang
Zazri : tukang
Hazwan : tukang

PROJEK KETIGA : TAMAN MUHIBBAH MERLIMAU

Kali ni kami ke rumah kak lisa yang bertempat di taman muhibbah merlimau..kak lisa kita ni berkerja di ampang..kiranya rumah di merlimau ni untuk hari tua la..untuk rumah ni kami gunakan material jenis fomeca warna ungu..bak kata perpatah ungu di hati ku..









Cantik kan..bersesuaian dengan warna dinding rumah kak lisa kita ni..

Alhamdulillah selesai jugak pemasangan rumah kak lisa kita ni..

Krew yang terlibat
Puan az : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : tukang

PROJEK KEEMPAT : BUKIT KATIL

Kemudian kami beralih ke rumah puan haslina di bukit katil..beliau membuat tempahan kabinet dapur gantung sahaja dengan memilih material jenis fomeca serta aluminium edging..




Simple je kabinet dapur ni tapi tetap menampakkan ruang yang kemas..

Krew yang terlibat

Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu

PROJEK KELIMA : SEREMBAN 2

Selesai pemasangan di bukit katil..kami Naz Creative terus ke seremban 2 taman bukit kepayang rumah en zamzuri....beliau membuat tempahan kabinet dapur dan almari bilik...
Jom kite lihat kabinet dapur rumah beliau..dengan menggunakan material 3G glass warna hitam memang cantik..




Amacam cantik tak..

Selain dari kabinet dapur en zamzuri kite ni juga membuat tempahan 3 set almari bilik..untuk almari bilik kami gunakan material fomeca dan pintu anty jump slidding..sampai syiling tok...




3 set almari bilik sudah pun selesai di rumah en zamzuri kite ni..
Terima kasih kepada en zamzuri insyaallah lepas raya kite jumpe smula..sebab selesai je pemasangan ni kami nk ke rumah en hairul dari senawang...

Krew yang terlibat
Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : tukang

PROJEK KE ENAM : SENAWANG

selesai je projek rumah en zamzuri di seremban 2, kami terus ke senawang..projek kali ni agak besar sedikit..mana tak nya 6 set almari bilik, 2 set stor bawah tangga, satu rak tv, dan satu set kabinet dapur 3G glass...jenuh jugak la nk menyiapkan..

Kabinet dapur rumah beliau menggunakan 3G glass kaler pink..dalam hati ada taman..





Selain dapur terdapat juga dua store bawah tangga yang di gunakan untuk menyimpan barang barang..
Jom kite lihat



Ni store bawah tangga untuk ground floor dan tingkat satu..besar rumah en hairul kite ni...sye buleh anggarkn beliau ni seorang jutawan la...

Untuk almari bilik pulak terbahagi 3 bilik..

Bilik master ( bilik en hairul la )




Tu dia almari bilik en hairul...simple je, semua almari rumah ni menggunakan material jenis milamine board..


Ni pulak almari anak dara beliau..dua beradik dalam bilik ni..tetengah antara almari tu kami buat satu kabinet terbuka buleh la beliau menyimpan Al Quran kat dalam tu..cantikkan...

Turun bawah lak kami buat kabinet tv..besau tu kabinet tv nye..





Kan dh kate cantik rak tv nye...siap ada hifi glass hitam lagi...memang menarik di tambah pulak ada downlight kt kabinet tv tu...

Thanks mr hairul kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami..
Krew yang terlibat untuk rumah ni

Naz : marketing
Zazri & hazwan : rak tv & bawah tangga
Naz/hazwan/mus : almari bilik
Farizal/zul : kabinet dapur

2 comments:

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...