3G glass taman emas dengkil

Assalamualaikum bertemu kembali kite di ruangan dapur dan hiasan dalaman. Kali ni kami persembahkan sedikit projek pemasangan kabinet dapur di taman emas dengkil. Dah lama kami tak masuk dengkil asyik main kat salak tinggi je. Kali ni singgah dengkil lak.

Pemilik rumah bernama dato' habib dan datin memang baik. Termasuk la anak nya puan shasha dan en taufik begitu ramah melayan kami. Kenyang jugak la kami semasa membuat pemasangan kabinet dapur kat sini. Asyik makan je.



Dengan memilih material jenis 3G glass serta warna yang tak berapa nk gelap ( kami pun tak tahu nk panggil warna apa ni ) sebab kami melakukan percampuran warna untuk rumah ni atas permintaan tuan rumah nk kan warna sedemikian.



Apabila selesai je pemasangan.. Alhamdulillah cantik serta dpt pujian dari  tuan rumah.



Kami juga menggunakan hingest jenis soft close agar pintu tidak tertutup dengan kuat. So sesape yang ada anak kecil tak perlu risau anak kecil anda menghempas pintu.

Selain dari pemasangan kabinet dapur kami juga membuat pemasangan stor bawah tangga di rumah dato' habib ni.



Cantikkan. Akhir kata dari kami terima kasih kepada dato' habib kerana sudi membuat tempahan perabut dengan kami walaupun jenama kami tak sebesar nama intech kitchen atau unity kitchen. 

Antara krew yang terlibat di rumah dato ni

Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Wan : tukang
Idan : tukang
Zul : tukang

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...