PROMOSI kabinet dapur melaka 2022

 Assalamualaikim kepada semua kenkawan di luar sana. Alhamdulillah tahun ke 8 kami rezeki kami berada di melaka Dan 18 tahun kami beroperasi membuat KABINET dapur. Bermula dengan material kayu kayu solid yang ketika itu harga tidak la mahal sangat, Dan kombinasi material milamine yang mendapat tempat Dan kini material solid aluminium menjadi pilihan. Semua kami buat atas sokongan pelanggan pelanggan kami. 

Dua tahun terperap dek kerana PKP, tahun ini, bulan ini kami telah pun berjaya membuka cawangan kami di jasin bistari.

Sempena pembukaan Kedai baru kami di jasin, kami melancarkan promosi paling best harga mampu milik walaupun kami berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah. Ini kerana adalah tanda ucapan terima kasih kami kepada semua pelanggan pelanggan kami. 

Jom kita beberapa koleksi kabinet dapur






















Di sini kami mempunyai Pelbagai Jenis produk antara nya

- milamine ( harga yang terbaik )

- solid plywood design terbaru euro style

- solid aluminium ketahanan Dari anai2

- 4G glass arus kemodenan sesebuah dapur


Jom whatsup kami

www.wasap.my/0196645709promosikabinet


Jangan lambat lambat barang makin naik.


Almari BAJU ( build in wardrobe )

ALMARI BAJU ( built-in wardrobe

Almari Baju atau Built-in Wardrobe yang di maksudkan adalah Almari Pakaian yang di tempah khas dari hujung ke hujung dinding dan dari siling ke lantai yang mengikut ukuran ruang, bilik dan bentuk ruang rumah anda. Ukuran disukat mengikut saiz kehendak dan keperluan.


Untuk susun atur bahagian dalaman almari ini juga, akan ditempah khas mengikut keperluan seperti contoh, bahagian penyangkut baju dan laci yang lebih dapat memaksimumkan penyimpanan baju. Almari pakaian ini dapat digayakan mengikut spesifikasi yang tepat dan dibina mengikut keperluan apa yang ingin dimuatkan di dalamnya.


Perbezaan utama Almari Pakaian jenis Built-in Wardrobe dan Almari siap yang terdapat di kedai – kedai perabut adalah, Built-in Wardrobe dapat memanfaatkan setiap segenap ruang anda sehinggakan tidak akan wujud pembaziran ruang (Negative Space). Oleh itu, rekaan dalaman rumah akan sempurna dan tepat dengan penggunaan setiap ruang.


Untuk rumah jenis Pangsapuri atau Kondominium, ruang simpanan agak terhad. Jadi, Built-in Wardrobe sangat membantu untuk dijadikan ruang simpanan. Almari bahagian atas (Top Unit) dimanfaatkan sebagai simpanan barang besar seperti bag, bantal, toto dan sebagainya.


Selain itu, bahagian atas Built-in Wardrobe yang di pasang hingga rapat ke siling dapat mengelakkan dari perangkap habuk. Jadi rumah sentiasa bersih dan mudah mengemas. Apa yang penting, Built-in Wardrobe dibina mengikut kehendak susun atur dan memenuhi citarasa anda.


Untuk segala pertanyaan buleh la hubungi kami

www.wasap.my/0196645709almaribaju







 

Usahawan kabinet dapur 2022

 

CERITA SINI HABIS SINI...
sejak kebelakangan ni ramai nau dok becerita pasal kabinet dapur. Ada yang tunjuk cara Cara buat KABINET, ada yang siap ajar kira Kos bahan mentah kabinet Dan paling ganas sikit pasal KENA TIPU DENGAN KONTRAKTOR KABINET.




aku xde lah pandai atau berpengalaman pasal kabinet dapur, tapi alhamdulillah dah 18 tahun masih dalam bidang ni. Apa yang aku nak story Kan sikit hanya sedikit pengalaman untuk di kongsikan.






REZEKI TOKEY KABINET
Sekarang memang ramai nak jadi KONTRAKTOR kabinet dapur sebab ramai yang pandai kira buat KABINET dapur ni untung besar. Ada beberapa kenkawan aku sanggup berhenti kerja untuk buka bengkel kabinet dapur. Alhamdulillah tu berita gembira sebab permintaan kabinet dapur ni tinggi, tapi kita kurang pemain dalam industri ni.

Sebut pasal kurang pemain dalam industri ni, memang Satu masalah yang besar. Tu yang ramai kena VIRAL pasal keje tak siap, keje tak cantik, lambat Dari tarikh di janji Kan, kerja tak ikut seperti yang di janjikan, semua ya di sebabkan kekurangan tenaga mahir. Aku pun kenkadang terkehel juga bila berdepan dgn masalah ni.












TRENDING
Terus terang, aku berkecimpung dalam industri ni sejak tahun 2002. Tahun 2004 bermula sebagai pengusaha sehingga sekarang, macam2 material aku berhadapan antara nya, kayu kayu solid seperti nyatoh, semangkok, oak, Ramin Dan macam macam lagi. Lepas tu material milamine ABS mendapat tempat di hati pelanggan. Awal 2014 material 3G,4G,5G Mula popular. Ini pun aku buat. Kebelakangan ni kecoh EURO STYLE pulak, Dari mane datang jenama EURO pun tak tahu. Aku sebagai tukang ni sama je kalau buat, tapi nama tu yang tak tahan. Macam2 material muncul. Contoh macam aluminium ni biasa orang buat tingkap, sekarang kabinet dapur pun pakai aluminium. Tapi aku sebagai pengusaha ni kena la ikut trend. baru lah buleh jadi trending. Semua ni proses sendiri, tiada SUB SUB hoi pada sesiapa.








HARGA TAK MASUK AKAL
kalau nak cerita pasal harga la, 18 tahun bermain dengan bahan kabinet dapur Dari harga sekaki sekian sekian sampai lah harga material melangit tinggi. Tapi aku heran ada jugak yang bagi harga mengikut harga 18 tahun yang dulu. Harga ni subjektif nak bagi harga berapa pun suka hati la. Nak pakai harga tahun 90an pun ok. Cuma kenkadang tu terjeling jugak la dlm FB ni, kesian ada yang kena TIPU DENGAN KONTRAKTOR kabinet Dan yang paling sedih ada beberapa custumer pernah minta harga dgn aku.  Aku selalu dengan cakap dengan custumer, kalau ada yang murah amik la. Sebab tu hak custumer Dan kenkadang aku pening memikir harga yang di berikan tak masuk AKAL pun. Sbb aku yang proses sendiri pun terpikir macam mana dapat harga camtu. Tapi tak pe tu rezeki masing2.








PASARAN MELETOP
Bila pemain kurang dalam industri ni memang tempahan banyak, itu memang tak di nafikan. Tapi ramai yang gagal nak siapkan tempahan. Tu yang jadi punca kena viral abis kluar gambar anak bini. Kesian keluarga tapi nak buat camne. Memang kena hadap ler. Sebab tu bila orang tye kabinet dapur pelik2 aku Malas jawab. Aku pun tak akan lawan harga. Kalau orang tye knp mahal sgt, aku diam je. Sampai ada yang marah sebab endah tak endah jawap tentang kabinet dapur. Ada Satu custumer tu, bila aku harga Rm 7500, pastu die jawab sye dah panggil orang lain bg sebut harga baru Rm 4500. Aku jawab ler buleh tak minta no phone KONTRAKTOR tu, sbb kalau Rm 4500 tu harga tahun 2004 zaman sye Mula berkecimpung dalam industri ni. Tup2 selepas 6 bulan tgk custumer update dlm FB kabinet dapur kena TIPU. Sekarang ni mudah nak buat pasaran, hanya menggunakan jari kat henpon terus dapat oder.









TENAGA MAHIR
Buleh di katakan hampir setiap minggu aku di datangi kontarktor hiasan dalaman atau KONTRAKTOR binaan datang ke opis untuk bincang harga. Bila aku bagi harga dieorang Kata mahal sbb dieorang buka harga dengan pelanggan harga sekian sekian. Pastu siap cakap kalau abang bagi harga cantik kitaorang lantik  ABG jadi KONTRAKTOR bawah kitaorang sbb kilang kabinet dapur yang biasa kami buat tak sempat sbb pekerja tak de. Tempat ni pekerja ramai. Baik la, harga ni sebenarnya memainkan peranan paling besar untuk menentukan tenaga mahir. Sekarang ni pulak lagi la gaji basic pun Rm 1500. Bila harga rendah tak masuk AKAL tu yang culas nak bayar gaji, habis nya memang xde pekerja la. Ada tu pulak amik jalan mudah bagi SUB  mengikut persen Dari hari harga antara nya 25%. Bila tukang SUB buat pasal kerja dan bayaran kecik spt tak berbaloi terus tukang SUB angkat kaki. Jadi tokey kabinet putus harapan jalan mudah tutup henpon atau no henpon. Aku ni pakai no telefon 0196645709 dah 20 tahun. Ni la no bisnes ni lah no peribadi.





TOKEY KABINET KAYA.
Ramai yang aku jumpe tokey kabinet ni hanya Tau buat drawing 3D memang cantik la untuk di persembahkan. Itu kelebihan masing2 la. Bila ada masalah pekerja berhenti memang berdenyut kepala la. Sama la macam aku bila pekerja berhenti memang x Lena Tdo la memikirkan tempahan cuma naseb baik aku buleh buat kerja. Lagi pun aku suka amik perkerja yang tak pandai senang aku nak ajar. Kalau nak cerita pasal rugi ni banyak. Biasanya aku akan menanggung rugi 3 bulan bila mengajar pekerja. Salah potong kayu la, pemasangan tak kemas la, tapi selepas 3 bulan insyaallah semua mahir. Tapi tak tahan Lama la, paling cepat 2 tahun, bila mereka dh pandai Mula bercita2 buka sendiri. Jadi aku akan Mula Dari bawah amik perkerja tak pandai ajar 3 Bulan sampai pandai. Maybe bakat aku jadi cikgu ni kuat kot. Ada Satu pelanggan aku pernah oder kabinet, masa tu pulak tgh bz, jadi pekerja2 baru la buat pemasangan. Pelanggan tu punya bising katanya menyesal amik oder dgn aku, sbb tak de kualiti langsung. Projek kecik je tapi hampir 3 minggu ulang alik. Sampai custumer tu xnak bayar. Aku tetap suruh perkerja pergi buat sampai custumer tu puas hati. Rugi tak pa yg penting belajar Dari kesilapan. Dari tak puas hati, skg ni byk jugak la aku terima oder Dari Dia. Tu rezeki nama die. Ada yang tanye aku, kaya tak buat KABINET dapur ni. Aku jawap kalau nk kaya cepat MAKAN RASUAH je la tak pun SKIM CEPAT KAYA. Macam aku ni buleh la buat besarkn anak2 ala2 Kadar janji kepuasan hati tu ada.




WARGA ASING
Selama aku berniaga ni, aku tak pernah pakai WARGA ASING, semuanya aku pakai pekerja melayu, walaupun aku tahu pekerja melayu ni banyak masalah antaranya suka suka hati je cuti Alasan yang tak masuk AKAL contohnya nenek bersalin la, sepupu belah Tok Tiri bertunang la, jiran kampung sebelah rumah Tok penghulu kampung sebelah meninggal nak Gali kubur la, tapi aku tetap tak putus asa beri peluang tunjuk ajar kepada mereka. Bukan Kata aku tak percaya WARGA ASING, tapi ini lah fardu kifayah aku untuk bantu sesama kita. Tak ada pengalaman xpe, aku buleh ajar Dari buat drawing sampai la jadi tukang. Anak aku sendiri seawal sekolah menengah aku dah ajar bertukang.




KUALITI DAN KUANTITI
tak semestinya harga yang tinggi dapat kualiti bagus, banyak je harga yang murah lebih cantik Dari pada harga yang mahal. Cuma bile KUANTITI tu sikit Maka kualiti dapat ler di jaga. Tapi bile dalam KUANTITI yang besar tu banyak hancur kualiti. Ye la pekerja kurang, semua nak kena buat lepas tu kena desak dengan custumer memang haru biru jadinya. Pengalaman bertukang 14 tahun pun tak jadi apa. Mengadap benda yang sikit kita masih mampu melihat cacat cela.

Jadi itu lah Serba sedikit tentang pengalaman aku...
Sesape nk risik kabinet dapur buleh hubungi
www.wasap.my/60196645709nakbuatkabinet

Atau pun buleh datang ke Kedai kami di taman bukit tembakau umbai Dan cawangan kami di jasin bistari belakang MYDIN..

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...