Kabinet dapur mac hingga mei 2016

" ku mengharap kan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna "..

Alhamdulillah kita masih lagi di panjang kan usia bertemu bulan ramadhan yang beberapa hari lagi bakal menjelma..pada tarikh ini juga kami genap 3 bulan beroperasi di bukit tembakau melaka..kami bersyukur ke hadrat illahi tempahan kami tak putus putus adakala nya kami terpaksa menolak kerana bimbang tak mampu menyiapkan tempahan..terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyokong hasil anak melayu bumiputera..

Sepanjang 3 bulan berada di melaka ni kami nak kongsikan sedikit hasil tangan kami yang telah kami siap kan..

PROJEK PERTAMA : TAMAN DUYUNG 2

Hari pertama kami berada di melaka, pelanggan pertama kami adalah cikgu amran. Beliau ni menetap di setiawangsa kuala lumpur, manakala rumah di taman Duyung ni sekadar rumah persinggahan beliau..beliau datang sendiri kekilang kami dan terus membuat tempahan..dengan menggunakan material jenis fomeca high gloss kaler merah gitu maka siap lah satu kabinet dapur serta kaunter..




Amacam cun tak..memang cun ler..walau pun simple namun kombinasi putih dan merah cukup menawan..

Krew yang terlibat
Zazri : tukang
Fizi : pembantu

PROJEK KEDUA : TAMAN PAYA RUMPUT

selepas bertemu dengan cikgu amran, kami bertemu pulak dengan syah dari rembau. Beliau ni seorang kontraktor buat rumah. So beliau ambil tempahan almari bilik tu dan serah kan kepada kami untuk kami buat. Alhamdulillah siap dengan jaya nya tanpa sebarang masalah..besar jugak la almari bilik tu..hampir sebulan jugak nak siapkan...
Jom kite lihat bagai mana bentuk almari tu..




Untuk material almari bilik ni kami guna kan pintu jenis anty jump..putih high glossy...memang cun la...jumlah almari bilik yang kami buat untuk rumah ni adalah 5 biji...tinggi pulak kami buat sampai siling..wow..banyak barang buleh di isi..
Untuk rumah ni semua tenaga kerja turun..sebab byk...

Antara nya
Bilik bawah : zul & naz
Bilik anak lelaki : zul & fizi
Bilik anak perempuan : farizal & zazri
Bilik master yang paling besar nye almari : zazri & zul & mus & farizal

Alhamdulillah selesai semuanya...


PROJEK KETIGA : TAMAN SUTERA WANGI

Semasa dalam proses buat almari di taman paya rumput kami di datangi sepasang suami isteri puan Lisa yang bekerja di Putrajaya...beliau ni ada rumah persinggahan di Taman Sutera Wangi Batu Berendam...ramai yang ada rumah persinggahan..makna nye rezeki makin luas tu...
Untuk rumah puan Lisa ni kami gunakan material fomeca high gloss kaler oren tu bergabung lak dengan hitam...memang cool je kabinet dapur rumah beliau..






Simple kan..tapi nampak menarik dn kemas dapur...terima kasih kepada puan Lisa kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Krew yang terlibat

Puan Az : marketing
Zazri : ketua tukang
Farizal, zul, fizi : pembantu


PROJEK KE EMPAT : TAMAN ANGSANA CHERAS

Selesai je pemasangan di batu berendam, kali ni kami terus ke rumah en zulkifli yang berada di cheras kuala lumpur..bagi kami cheras tu tak la jauh mane pun...pengalaman kami, dekat area kelantan pun kami pasang...area semenanjung ni hanya perak, kedah , pulau pinang , perlis , sabah dan serawak je kami tak sampai lagi...area selangor memang byk la sebab sebelum memang kami beroperasi di kajang..

Untuk rumah en zul ni kami guna kan material jenis milamine serta edging aluminium..jom kite lihat antara koleksi kabinet dapur en zul ni....






Menggunakan kaler corak putih nampak klasikal modern..tu dia...siap dengan tall unit simpan belacan...jangan belacan lekat di celah gigi sudah ler...

Yang ini pun semua turun sebab nk percepat kan keadaan...
Naz, zazri, fizi , zul  dan farizal...semua ada...alhamdulillah selesai dengan jayanya ..

PROJEK KE LIMA : SHAH ALAM

Selesai je di rumah en zul taman angsana cheras ni, kami terus ke alam prima shah alam rumah en aidil untuk pemasangan kabinet dapur rumah beliau..rumah en aidil ni hanya 2 orang je yang pasang, en naz dan en zazri je yang pasang, mana kala yang lain terus balik melaka untuk proses projek seterusnya...maka berdua je lah mengangkat barang ke tingkat 7 rumah en aidil ni....huh...bila ada pemasangan di rumah apartment ni, lembik di buat nye untuk angkat barang sahaja..dah angkat nk pasang lak...tapi ini lah kerjaya kami..insyaallah tanpa hirau kn penat kerja tetap kerja..
Sesuatu yang menarik rumah en aidil ni, kami guna kan material 3G glass kaler kuning...mcm istana sultan da....




Kan dah kata...kuning se kuning kuning nye..ni baru di namakan istana beradu..hihihihihi...cun tak kenkawan...open house kasi kaw kaw punya...

Alhamdulillah satu hari jugak siap tanpa kompromi...hahahaha..
Balik rumah terus tidor penat teramat sangat....tq en aidil..

PROJEK KE ENAM : JASIN HEIGHT

Semasa en naz dan en zazri bertungkus lumus di rumah en aidil shah alam, farizal dan zul bertungkus lumus menyiapkn tempahan rumah puan Haslinda...fizi pulak mengambil keputusan untuk berhenti kerja..susah nk cari pekerja melayu yang betul betul minat dalam arena perabut..tempat beliau di ganti dengan mustafa kamal anak pak imam lazan di bukit tembakau ni..apabila di melaka kami terus ke rumah puan haslinda di jasin height untuk pemasangan kabinet dapur rumah beliau....beliau ni seorang guru dan usahawan kain pasang..besar gak rumah beliau..jom kite saksikan..





                   

Dengan menggunakan material jenis 3G glass campuran kaler brown dan hitam memang sesuatu yang baru..dapur pun nampak kemas..terdapat juga satu aksesori tambahan iaitu rak pinggan gantung...semangat tu nk masuk dapur...
Terima kasih puan haslinda dari jasin height yg sudi memberi kepercayaan di kala ramai yang menghentam peniaga bumiputera tak bagus...

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Farizal : pembantu
Mus : pembantu
Zul : pembantu..

PROJEK KE TUJUH : TAMAN NIRWANA

Selesai je pulang dari jasin height kami warga NAZ CREATIVE TRADING terus ke kuala lumpur semula bertempat Taman Nirwana Ampang..
Pemilik rumah bernama en Mustakim ni baru saja ubahsuai dapur beliau bagi besar sikit...so beliau tukar la kabinet dapur yang lama tu..
Untuk kali ni beliau memilih 3G glass warna ungu di hati ku..hahahaha...
Masih bercirikan simple kabinet dapur namun kecantikkan dapur teserlah nyata..







Menggunakan kombinasi 3 warna ungu , hitam dan putih..tersenyum lebar orang dapur gitu...
Sepanjang perjalanan menuju ke ampang ni memang jem yang teramat sangat...tapi hati terubat masa on the way nak melaka kami singgah beli durian..merasa jugak makan durian...

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Farizal : pembantu
Zul : pembantu


PROJEK KE LAPAN : TAMAN SERKAM

Sekembalinya kami di melaka..staff NAZ CREATIVE TRADING en zul dan en farizal terus ke Serkam rumah en Razni untuk pemasangan almari bilik bercantum dengan meja study...hahahaha





Antara yang porpular setakat ni kaler hijau..material pulak 3G glass dan anty jump...tahun lepas kaler ni la menjadi pujaan ramai..tahun ni bergilir gilir, contoh nye kuning di shah alam, ungu di ampang, brown di jasin, biru di klang, putih di puchong, dan silver di bangi..lepas ni kaler ape lak menjadi pilihan..
Terima kasih pada en razni kerana sudi membuat tempahan dengan kami...

Itu sahajalah projek kami dari mac hingga mei 2016...kite tunggu bulan jun dan seterus nya apa pulak hasil nya...

Tq my staff
En zazri : ketua tukang
Farizal
Zul
Mus
Fizi ( berhenti kerja )

Almari bilik hijau serkam

Assalamualaikum kepada semua pecinta kabinet dapur serta hiasan dalaman...alhamdulillah selesai lagi satu pemasangan kabinet almari bilik anty jump di serkam melaka..

Owner rumah ni bernama en razmi berasal dari kedah habaq ang, namun menetap di serkam ni...perkenalan bermula apabila en razmi datang sendiri ke kilang kami di bukit tembakau..sebenarnya tempahan beliau ni pada bulan mac 2016, namun sejak kami pindah melaka dan buat promosi 100 pelanggan memang kami tak menang tangan...terpaksa lah susun jadual agar tak tergelincir...terima kasih kepada semua pelanggan kerana memberi kepercayaan padu kepada kami...

Mari sama sama kite lihat hasil rumah en razmi ni..



Dengan kombinasi kaler hijau dan putih kini menjadi taruhan..tgk tu..memang menjadikan ruang bilik luas..




Apa yang menarik nya untuk produk kami, kami buat pintu anty jump sampai siling...so pintu tu jadi luas..sebab kenkadang kt siling ada kipas, susah nk buka pintu almari...dengan cara ini, anda tak perlu ubah kipas. Jimat ruang...



Tambah menarik lagi sebelah almari ada pulak meja study..peh...dasyat tu..ada pulak ruang simpan file kt atas tu..ni opis dalam bilik..senang para suami tak payah bagi alasan nk keluar malam buat keje..hehehe...

Apa pun terima kasih tak terhingga kepada en razmi dan isteri...

Krew yang terlibat

Farizal : marketing / pembantu tukang
Naz : desingner
Zul : ketua tukang

Almari bilik anty jump ayer keroh

Alhamdulillah selesai sudah satu lagi pemasangan almari bilik anty jump di taman melaka perdana ayer keroh..

Dengan menggunakan material jenis milamine dan terus sampai ke siling memang cun..








Banyak barang buleh di isi..pelbagai rak kami buat agar ia tidak nampak terlalu kosong..

Terima kasih en saupi kerana memberi kepercayaan kepada kami..

Antara krew yang terlibat
Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Zul : pembantu
Farizal : pembantu
Mus : pembantu

3G glass jasin height

Assalamualaikum kepada semua peminat peminat kabinet dapur...alhamdulillah perjalanan kilang kami di bukit tembakau umbai mendapat sokongan padu daripada penduduk sini....agak lama kami tak update blog ni di sebabkan kesibukan menyiapkan tempahan..

Untuk kali ni kami di tugaskan menyiapkan tempahan kabinet dapur di JASIN HEIGHT melaka di mana owner nya seorang guru bernama Puan Haslin..

Dengan menggunakan material jenis 3G glass berkombinasikan warna marron dan hitam memang menawan..

Lihat saja warna tersebut teserlah kekemasan dapur rumah..cantik sesangat..


Set kabinet gantung ( wall unit ) beserta rak pinggan gantung..ha..kan senang lepas basuh pinggan kite letak je kt situ..


Yang ni pulak di penuhi warna hitam menawan..


Kesemua pintu kami menggunakan hingest jenis soft close agar pintu tu tak tertutup secara berdentum..maklum la kenkadang anak anak kecil kite kalau main dekat pintu kabinet dapur buleh berdentum pintu di hempas nya...


Dari segi harga, setiap kabinet dapur kami bagi percuma hingest soft close...

Akhir kata dari kami terima kasih kerana sudi membuat tempahan dengan kami...



Kepada yang berminat anda buleh la menghubungi kami di talian 019 6645709 atau datang sendiri ke kedai kami di bukit tembakau umbai..

Krew yang terlibat
Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Farizal : pembantu
Zul : pembantu
Mus : pembantu..

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...