Rumah En Firdaus MARITIM

Kali ini nk bincangkn sedikit tentang rumah En Firdaus yang bekerja sebagai Maritim di Langkawi Sebenarnya kerja2 kat rumah beliau ni adalah kerja-kerja sambung yang terbengkalai.

Melihat EN Firdaus kesian dgn beliau duit abis berbelas ribu tetapi terpaksa menanggung rugi akibat tersalah memilih kontraktor.....rumah beliau di biarkn begitu sahaja tanpa di siapkn...maka dgn itu lah En Firdaus menelefon kami NAZ CREATIVE TRADING utk membuat tempahan dn menyiapkn kerja2 yg di tinggalkn oleh kontraktor tadi...

Untuk tempahan pertama adalah kabinet dapur dengan menggunakan material milamine board serta kekemasan edging aluminium ni teserlah keanggunan kabinet dapur rumah en Firdaus ni...ruang dapur yg agak sempit tidak menjadi masalah utk kami membuat pemasangan umah beliau.

Pada bahagian bawah kami mengesyorkan supaya buat pintu jenis slidding agar tidak menyempitkn ruang dapur tu.

Untuk kabinet gantung pulak kami buat sampai siling agar byk sket brg buleh di isi.. manakala pintu kami buat jenis buka daun.. serta memakai hingest jenis soft close..pintu pun tertutup dgn perlahan..

Terdapat jugak satu aksesori tambahan iaitu disk rack atau rak pinggan gantung..cun x...






Setelah kami siap kabinet dapur En Firdaus, kerja2 menukar dan memasang tingkap umah beliau di teruskan..


1. Memasang tingkap bilik
2. Memasang pintu cermin slidding
3. Membuat tiang botol

Cuma nak mengecat sahaja tidak boleh sebab En firdaus nak cat sendiri... lagi pun En firdaus dah banyak abis duit sebab tertipu dengan kontraktor yang sebelum ini.

Alhamdulillah...kini selesailah kerja2 pemasangan di rumah En Firdaus...


Kru pemasangan :
Marketing & desingner & ketua projek : naz
Ketua tukang : fauzi
Ketua tukang : aki
Pembantu tukang : aji
Pembantu tukang : is

Kabinet dapur guru silat gayong

Zat...........jeritan anak2 silat gayong malaysia di gelanggang kota warisan sepang sedang menjalani latihan silat... Cikgu jaimin dan istrinya cikgu intan anak kepada cikgu umi kalsum...cikgu intan juga cucu   kepada allahyarham DATO MEOR ABDUL RAHMAN mahaguru serta pengasas SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
Yg baju oren tu la cikgu jaimin..tp sye bukan nk citer pasal silat sbb sye pun x pandai silat..buat kabinet dapur sye pandai la..hihihihi...
 Tak di sangka2 cikgu jaimin menelefon kami NAZ CREATIVE TRADING utk membuat tempahan kabinet dapur rumah beliau yg terletak di MEGAH VILLA APARTMENT kota warisan sepang..


Yg ni lakaran kabinet dapur umah beliau..material yg di gunakan spt milamine board serta kekemasan edging aluminium..manakala handle pulak kami pakai   Aluminium profail agar menampakkan ciri2 kemodenan rumah cikgu jaimin ni...


Design yg begitu simple serta kemas..sesuai dgn ruang dapur umah beliau...kaler yg di pilih pulak adalah kaler walnut memandang kn cikgu jaimin ni memang fanatik kaler2 walnut ni..abih sume perabut dlm umah  beliau kaler walnut...


Utk kabinet atas tu kami buat pintu sliding...sbb nk jimatkn ruang agar x nampak penuh sgt...


Alhamdulillah siap jugak rumah cikgu jaimin dn beliau amat berpuas ati..lepas ni buleh susun brg dlm kabinet dah... Terima kasih cikgu jaimin dn cikgu intan krn sudi membuat tempahan dgn kami..semoga cikgu jaimin berjaya dlm bidang memertabatkn silat warisan bangsa ini khas utk anak melayu...
* sedikit info tentang cikgu jaimin ni..selain mempunyai 3 gelanggang silat beliau juga amat di kenali dgn permainan tempur parang gila..byk vedio2 beliau di youtube bermain parang...kepada sesiapa yg berminat hendak belajar silat buleh la pergi ke gelanggang beliau di kota warisan..*


Kru yg terlibat :
Marketing & desingner : naz
Kepala tukang : fauzi
Pembantu tukang : is

DUNiA KABINET DAPUR

Melihat keghairahan pembanggunan perumahan yg di bina di kajang serta di tempat2 lain memang menakjubkan..begitu byk sekali kawasan perumahan..selaras dgn pembanggunan begitu juga dgn laju nya permintaan pemilik rumah mencari kontraktor utk mencantikkan hiasan laman rumah...salah satu nya KABINET DAPUR..
Ada di antara kita sanggup berabis wang utk dapur dan ada yg sekadar dapur untuk menjadi persinggahan sblom ke kamar tidur..
Ramai di kalangan kita begitu teruja utk melihat dapur idaman masing2..ada yg berjaya memiliki nya dan yang hanya mampu redha dgn apa yang ada..
Disini kami warga NAZ CREATIVE TRADING salah satu syarikat usahawan bumiputera cuba bersaing menawan hati pemilik rumah utk membuat kabinet dapur..
Harga yg di perkenalkn oleh tidak lah begitu murah dan tidak lah begitu mahal..mungkin ada kontraktor di luar sana mampu memberi harga yg begitu murah sehingga kualiti kabinet dapur tidak begitu memuaskn..bg kami harga yg kami tawarkn adalah harga yg berpatutan memandang seruan kerajaan yg meletakkn gaji minima pekerja RM 900 bg yg pekerja yg kurang mahir..manakala gaji pekerja mahir mencecah ribu mengikut kelayakkan...jd mana mungkin harga yg di tawarkn terlalu murah dpt membayar pekerja sedemikian..maka byk la kontraktor terpaksa gulung tikar dn ada yg terpaksa melarikan diri dari bertanggung jawab menyiapkn sesuatu projek..
Bagi sye yg sudah 10 tahun bergelumang dalam bidang pembuatan perabut ni..lambat sesuatu penghantaran itu adalah perkara biasa..tetapi apa yg di tetapkn dlm prinsip kami..TANGGUNG JAWAB yg di amanahkn..ini kerana kami bukan bekerja separuh masa tetapi sepenuh masa..
Dgn itu kami warga anak melayu cuba sedaya upaya yang termampu membuat yang terbaik utk kepuasan anda serta rezeki anak dn isteri kami...
Namun yg di serapkn dlm NAZ CREATIVE TRADING adalah utk membantu kaum melayu. Jadi sye selaku pemilik NAZ CREATIVE TRADING mengucapkn ribuan terima kasih kepada pelanggan2 kami krn sudi menyokong produk kami produk anak melayu...
Di sini kami lampirkn beberapa pemasangan yg pernah kami pasang...

Kabinet dapur dgn kombinasi klasik dn moden...dh mcm modern talking dah...



Kombinasi kaler gelap dh cerah...tgk tu..cantik kn...



Yg ni pulak kombinasi milamine board bersama 3G clear glass...wow...manakala table top kami pakai solid surface...kilat gitu...

Yg ni almari hiasan..pun sama konsep kombinasi 3G clear glass dn milamine..nk kata klasik x jugak..sbb design ni lebih kpd moden stail...

Yg ni pulak kaunter....kaki besi tu..berpalang2 kaki besi..tp memang cun..lepas siap custumer puas ati..tersenyum lebar...

Yg ni pulak. Katil serta almari kanak2...leh jimat ruang tu..kombinasi kaler2 happy...bebudak pun suke taw...

SOLID NYATOH SEKSYEN 8 BANGI ( WOW )

assalamualaikum kepada para pembaca blog sekalian...ari sye NAZ CREATIVE TRADING nak kongsikan sedikit satu lagi pemasangan kerja2 perabut di bangi seksyen 8 tambahan...pemilik rumah bernama En Azlin baik orangnya...


kerja2 yang di tempah oleh beliau adalah kabinet dapur, almari bilik serta kabinet bawah tangga...

 

mari kita lihat satu persatu kerja2 di rumah beliau...

 

 

 

dengan menggunakan material solid nyatoh bercorak klasik memang menampakkan ciri2 klasik....kaler yng di pilih sebenanrnya segaja di biarkan kusam sedikit sbb nak menampakkan almari tu klasik..


 

 


bagi almari bilik pula kami menggunakan material ply nyatoh serta kemasan edging bidding J...kalau sebelom ni kami byk menggunakan edging aluminium tetapi utk rumah ini kami guna bidding J...



 

satu lagi pemasangan yang buleh di katakan menarik perhatian tetamu rumah En Azlin ini adalah kabinet bawah tangga...siap mempamirkan kapal layar tu....material yang di gunakan adalah seperti ply nyatoh gred A...tgk kilat die..peh cantik....



ketua projek : Naz
marketing : uncle
ketua tukang : fauzi
ketua tukang : syah

DAPUR CANTIK SG PELEK SEPANG

assalamualaikum..dah brapa hari tak update blog ni..maklum la bz dgn kerja2 dalam kilang nak siap kan tempahan kabinet dapur..kali ini nak kongsikan sedikit info projek terbaru NAZ CREATIVE TRADING.
Alhamdulillah...siap jugak satu lagi pemasangan kabinet dapur di sg pelek sepang...kisah nya bermula apabila pemilik rumah ini en zaifol menelefon pihak NAZ CREATIVE TRADING  dtg kerumah beliau utk membuat sebut harga kabinet dapur rumah beliau...umah beliau ni belakang dengan kilang kerepek rizal ..nak beli kerepek buleh la g sepang,,,


Alhamdulillah beliau tertarik dgn tawaran harga kami maka bermula la satu lagi pemasangan kabinet dapur....
Material yg di gunakan utk rumah beliau adalah spt milamine board serta kekemasan edging aluminium..di mana edging aluminium ni sgt porpular skg ni...kalau dulu di panggil milamine abs...
Dgn menggunakan permainan campuran kaler dn design
Memang cun...lihat sahaja corak konkrit top rumah beliau...dgn itu juga kami membuat design baringkn urat agar kelihatan besar..

 
Hingest juga kami gunakn jenis soft close agar pintu tidak tertutup dgn kuat..so xpayah risau kalau ada anak2 bermain dgn pintu kabinet.
 * Terdapat jugak satu aksesori rak pinggan gantung ( disk rak ) supaya pinggan kegunaan harian senang nak cari pinggan mangkuk...*


Membuat selang seli kaler pintu pun buleh mendatang kn mood yg molek utk dapur..tgk tu..kan selesa pemandangan..x sabar nk masuk dapur ni.

Memiliki satu ruang dapur yg besar dan cantik memang di idamkn oleh para wanita dn kite sbgai lelaki atau suami x kisah sgt..tp kalau dh dapur cantik kite pun sbg suami semangat nk masuk dapur..janji dapat masak air pun dah kire ok..
selain rak pinggan..kami juga propose kan kepada en zaifol busket botol..kang senang nak isi kicap,sos tiram dan mcm2 lagi minuman dan makanan berasaskan botol.
amacam cantik tak!!!!!!!!
terima kasih tak terhingga pada en zafrol krn sudi bagi peluang kepada kami usahawan bumiputera utk menyiapkan projek umah beliau..terima kasih juga dgn buah tangan en zaifol...


pemilik rumah : en zaifol
marketing / desingner / konsultan / ketua projek : naz
ketua tukang : awin
pembantu tukang : lan


UMP kuantan Pahang

alhamdulillah sampai jugak kami di GAMBANG KUANTAN


bertempat di banggunan casceleri UMP GAMBANG kami di tugaskan membuat rak fail...
dengan menggunakan material milamine board serta kemasan aluminium edging maka siap la satu rak fail di UMP ni..




marketing : suhairi
ketua projek : naz
ketua tukang : fauzi
pembantu tukang : muazim

kabinet dapur Milamine board sg merab

Skali lagi projek kat sg merab.kali ni umah en fadil seorg timbalan pengarah di jabatan kerajaan..

Material yg di gunakan spt milamine board serta kemasan edging aluminium bersama handle profail aluminium.

Pemasangan melibatkn wall unit dn base unit menggunakan kaler yg x Brapa nk gelap tp ade jalur2 yg menarik perhatian

Design yg simple dn mudah..dapur pun x jd sempit..sbb dapur ni kalau tersalah design memang akn jd sempit..sbb rumah skg dh design kn dapur sempit..so oleh itu kite kena pandai dn bijak mengatur warna dn design kabinet tu..

Owner : en fadil
Ketua projek : naz
Ketua tukang : fauzi
Pembantu tukang : muazim

Kabinet dapur karak

Mybe anda pernah melihat cerita karak..pelbagai kisah seram pasal karak ni..dari kisah org minyak, volkswegen kuning serta kisah budak skola merayau mencari ibu nya..

Tp bukan itu yg pihak kami nk story kn..apa yg kami nk story kn adalah satu lagi pemasangan kabinet dapur di bandar KARAK..sempat jugak la bersembang dgn warga tua kt sane pasal misteri KARAK..

 

Utk pemasangan kali ni di laku kn di rumah salah sorang sahabat yg pernah duduk satu kelas dgn sye..iaitu Pn Noraini bt Mat Luji..beliau bekerja sbg pensyarah di KARAK...

Ini bukan la kali pertama kami membuat pemasangan di pahang..

TASIK CHINI, GAMBANG dn BENTONG antara tempat pernah kami pasang...


Umah beliau ni menggunakn material milamine board serta kemasan aluminum edging..handle pulak kami pakai aluminium profail...memang cantik dan simple..


Pemilihan kaler rumah agak keras dn berat sbnarnye..tp di sebabkn dapur yg luas , ia masih lagi menampak ruang yg selesa .


pemilik rumah : pn noraini
Marketing, ketua projek : naz
Ketua tukang : syah
Pembantu tukang : naz

Kabinet dapur sarjan razak

Sarjan Razak ni adalah ketua balai polis semenyih..peluang membuat pemasangan umah beliau ni memang best...beliau ni sorang yg mudah tersenyum..byk ilmu yg buleh di dapati oleh beliau...

Selain menjalan kn tugas seorg anggota polis...beliau cukup terer bab tanaman nenas...beliau punya projek nenas memang besar..

Umah beliau terletak di KLIA sepang memang cantik..bunglow 2 tingkat yg di dirikn di satu kawasan tanah lot..

Kerja2 kt rumah beliau adalh, kabinet dapur, almari bilik dan bedroob ( rak TV )..tu dia kabinet dapur umah tuan sarjan kite...dgn menggunakn material fomeca high gloss memang cun..sarjan ni seorg yg berani bermain dgn campuran warna...kite tgk sahaja wall unit dgn menggunakn warna oren manakala base unit menggunakn warna walnut cerah...

Dapur rumah sarjan ni memang besar...puas ati la kalau dok kt dapur..terdapat juga satu pintu lubang angin utk beliau isi lauk dn makanan..menambahkn lagi variasi pintu kami letak cermin clear pada 2 pintu wall unit di sebelah tingkap..

 

Hingest yg kami gunakn juga soft close agar pintu tu x tertutup dgn kuat...

Ni pula dapur luar umah beliau...tgk saja permainan warna lantai, kabinet dapur dn dinding..sbb tu sye kata sarjan ni seorang yg berani bermain kaler...bukan semua org berani bermain dgn kaler...

 

Kite lihat pulak bedroob( rak TV) umah beliau....lg dasyat Siap dgn tiang sisip..wow..memang cun..tiang tu di buat agar dapur tidak terus menerus kelihatan..so ada juga la penghalang antara dapur dn ruang tamu..cantikkn..

pada sesiapa yg ingin membuat tempahan buleh menghubungi kami..

Alamat rumah : kg jijan sepang
Pemilik rumah : sarjan razak
Marketing : dani
Desingner : naz
Ketua projek : zaki
Kepala tukang : wak
Pembantu tukang : rosli
Kualiti : fauzi

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...