Kabinet dapur melaka 2018

Tanggal 20/8/2010 bermulanya satu era promosi kabinet dapur melalui alam maya berinternet ini..ketika itu agak masih kurang para para menggunakan medium ini untuk promosi jika di bandingkan dengan sekarang. Ketika itu blog ini di cipta hanya kenangan kami setelah selesai membuat pemasangan kabinet dapur memandang kami bermula dari tahun 2004  jadi mungkin blog ini dapat menyimpan segala memori.



Masa berlalu dengan pantas, kini telah pun menjejak 2018, bermakna sudah hampir 8 tahun blog ini melebarkan sayapnya..kami bersyukur blog ini dapat memberi menafaat kepada semua yang ingin mencari kabinet dapur di hujung jari..



Bermula tercipta blog ini ketika kami masih beroperasi di kajang dan kini kami berada di melaka. Walaupun sekarang banyak kemunculan aktiviti promosi melalui laman sesawang ini spt facebook, twitter, instegram dan macam macam, blog DUNIA KABINET DAPUR masih lagi relevan untuk semua.



Kami mengakui impak dari blog ini amat besar sekali di mana pelanggan menghubungi kami tidak henti henti hingga kami terpaksa menolak atas alasan tidak mampu membuat sebab terlalu banyak. Kami cuba mengambil tempahan secara terhad demi memastikan kualiti terjamin.


Di kala negara kita sedang menghadapi pergolakkan ekonomi sehingga memaksa bahan mentah naik secara mendadak, ada di kalangan kontraktor perabut sanggup merosakkan harga seperti memberi harga yang terlalu murah. Akibatnya acap kali kita dengar pelanggan di tipu olek kontraktor kabinet dapur.


Bagi kami pula, harga yang kami tawarkan amat berpatutan mengikut kesesuaian material. Jika mahal biar la itu harga kami, dan jika murah itu juga harga kami.



Kami juga menggunakan tenaga kerja 100% bumiputera demi memberi ruang sesama kita mencari rezeki. Di samping itu kami juga sentiasa memberi latihan kepada staff kami agar sentiasa memastikan kualiti.

Kami berterima kasih kepada semua pelanggan kami yang sudi memberi kepercayaan kepada kami. Tanpa anda siapa lah kami.

Kepada di luar sana yang berminat nak buat tempahan dengan kami buleh hubungi kami 019 6645709 atau buleh datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai..

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...