Kabinet dapur di melaka

" kami tak ramai, tetapi kami ada "
Sedikit pengenalan dari kami untuk anda.
Naz creative telah bergiat aktif membuat perabut khususnya pembuatan kabinet dapur sejak tahun 2002.
Dengan berbekal modal secukup rasa kami mengorak langkah ke persada pembuatan perabut.


Kami menerima tempahan secara langsung dari pengguna tanpa menggunakan orang tengah. Ini kerana kami amat menitik beratkan kualiti mengikut harga yang di tawarkan.


Bermula di kajang dan kini di melaka, pelbagai pengalaman kami yang mendewasakan. Segala teguran dari pelanggan kami sematkan di hati. Alhamdulillah hasilnya ramai yang telah berpuas hati.


Kami juga tak lari dari kesilapan, namun kami bersyukur, kami sentiasa di beri peluang untuk membaiki segala kesilapan kami.





Selain dari kabinet dapur dan pelbagai perabut, kami juga menerima tempahan membuat grill rumah, katil besi , pendawaian electrical dan plaster ceiling..

Ni contoh contoh plaster ceiling..jom kite lihat..






Pelbagai bentuk dan design buleh di dapati. Lighting ceiling pun buleh buat, cornes step pun buleh..kasi tau saja..

" kami tak ramai, tapi kami ada "
Pada yang selalu berurusan dengan kami mungkin ramai yang dah mengenali team Naz creative..

Kebolehan kami,
En naz : marketing, desingner dan pembuat perabut
Puan az : marketing dan akaun
En zazri : pembuat perabut dan chargman electrical
En farizal : pembuat perabut, glass dan wireman electrical
En zul : pembuat perabut dan welder besi
En mus : pembuat perabut dan glass
En reduan : pembuat binaan sivil dan plaster ceiling
En din : pembuat binaan sivil, plaster ceiling dan wireman electrical
En riduan : pembuat grill
En hazwan : pembuat perabut .

Setiap antara kami, kami cuba terapkan dua kebolehan setiap orang agar kerja kami tidak tergendala.

Tiada lagak bos..yang ada semua bekerja..




Insyaallah dengan sokongan dari anda kami akan terus mengerak langkah  demi anak melayu..

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...