Kabinet dapur ayer molek

Alhamdulillah selesai sudah satu lagi pemasangan kabinet dapur di rumah cikgu rosli bertempat  ayer molek..


Cikgu rosli ni memang cerewet sikit..ye la....jawatan pun cikgu mesti nak yang terbaik...

Permulaan perbincangan kami dgn cikgu rosli amat mengerunkan bila cikgu rosli menyatakan beliau mengambil risiko yang besar bila nk buat tempahan dengan konktraktor bumiputera..ini kerana terlalu kerap kisah kisah yang kurang enak di dengari tentang konktraktor bumiputera...

Maka kami pun menyatakan kepada beliau.." kami bukan lah yang terbaik, namun kami cuba buat yang terbaik sebab ini sahaja pekerjaan kami buleh buat untuk sara keluarga...

Mendengar penjelasan itu, maka dengan rasmi nya berlaku urus jual beli kami dengan cikgu rosli...



Material yang di pilih beliau adalah 3G glass warna ke emasan ( gold coulor )..
Mengikut perjanjian kami dengan cikgu rosli tarikh pemasangan untuk rumah beliau pada awal bulan mac...


Namun pemasangan kabinet dapur di rumah beliau dapat di percepatkan oleh kerana terdapat 3 set pemasangan terpaksa di tunda tarikh..terkejut lah cikgu rosli cepat nye pasang...


Sebenarnya tempoh membuat tidak lah begitu lama mengambil masa, cuma kami lebih mengutamakan siapa yang lebih awal membuat tempahan. Sekiranya berlaku pertundaan tarikh maka kami akan selitkan mana yang patut keluar dulu...


Alhamdulillah setelah siap maka bermula lah sesi mendebarkan kami. Setelah di periksa oleh cikgu rosli, beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami...

Terima kasih cikgu rosli kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Selamat masuk rumah baru...kalau buat jamuan jangan lupe jemput team NAZ CREATIVE

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...