Kabinet dapur GOLD bukit katil

Alhamdulillah selesai sudah pemasangan kabinet dapur di taman bukit katil indah melaka...apa yang buleh kami kata kan kali ni..PUAS..kerana kali lain sedikit dari yg lain...

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog NAZ CREATIVE TRADING serta pencinta kabinet dapur...


Untuk pengetahuan semua pemilik rumah ni bernama En Zahid ada lah seorang pensyarah di sebuah IPTA melaka ni..perkenalan kami terjadi bile beliau mengejah sendiri ke kilang kami di bukit tembakau selepas raya aidil fitri baru2 ni..
Beliau mengambil masa hampir 3 minggu untuk servey harga dengan kontraktor lain..dan alhamdulillah selepas 3 minggu rezeki tu berpihak dengan kami..


Dengan memulakan langkah pertama, pemasangan konkrit table top menggunakan tile 2' x 2' yang mengambil masa hampir satu minggu untuk di siapkan...selepas itu bermula lah adegan membuat kabinet dapur 3G glass...


Apa yang buleh kami katakan PUAS sebentar tadi...kebiasaan nya kabinet dapur 3G glass merah menjadi pilihan..tetapi kali ni..warna GOLD atau ke emasan menjadi pilihan..memula tu cuak jugak takut tak kena pemilihan kaler...
Tetapi...bile dh siap..wow...terangkat beb...kami yang bekerja membuat kabinet dapur pun terbeliak mata...


Tengok la hasil nya..memang cantik..kombinasi warna yang begitu mengkagumkan..di sebab kabinet dapur ni dah siap terus seorang pelanggan kami di bangi membuat tempahan kaler yang sama..insyaallah sebelum raya haji ni dah buleh pasang...


Kini selesai sudah pemasangan..terima kasih kepada en zahid yang sudi membuat tempahan dengan kami dan mempercayai sepenuhnya konkraktor bumiputera walaupun di saat ni ramai di kalangan kita masih ragu ragu dengan kontraktor melayu khusus bumiputera..

Antara krew yang terlibat
En zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu
Wan : pembuat table top

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...