Bicara Naz Creative dan Kabinet Dapur

Kami bukan dari golongan kaya..
Kami bukan dari cerdik pandai..
Kami bukan dari golongan lulusan university..

Tapi kami adalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan..setiap hari kami cuba perbaiki kelemahan itu..maka di saat itu tertubuhnya team Naz Creative Trading yang menginginkan kehidupan yang sempurna..

Naz Creative di tubuhkan pada tahun 2004 dan alhamdulillah sampai hari kami masih mampu bertahan dalam bidang pembuatan perabut..

Saya sendiri sebagai pengarah syarikat Naz Creative yang tidak mempunyai kelulusan mencuba bidang pembuatan perabut dengan pengalaman yang ada..maka dengan itu kami cuba menjadi sekolah kepada budak budak melayu bumiputera yang tiada kelulusan untuk menjadi kan pembuat perabut sebagai kerjaya..

Kami bersyukur kepada Allah kerana limpahan rezeki nya yang membuka hati para pelanggan kami untuk membuat tempahan dengan kami..walaupun di luar sana masih ramai usahawan perabut dari golongan bukan melayu bumiputera..sekarang ni makin terhakis usahawan bumiputera dalam bidang pembuatan perabut..

Kami juga seperti yang lain tak lari dari kesilapan..namun kami cuba perbaiki dari hari ke hari untuk jadi yang lebih baik..

Bermula dari tahun 2004 hingga ke hari ni pelbagai ragam kami temui...namun kami tak pernah jemu untuk mendidik anak melayu dalam bidang pembuatan perabut....

Dari kajang utama kami berpindah ke tasek kesuma semenyih dan kini kami ke melaka hanya di sebabkn sewa premis yang terlalu tinggi..

Harga yang kami letakkan bukan lah harga yang tinggi..harga mampu milik..sehingga hari ni kami masih menggunakkan harga 15 tahun yang lepas..masih tak berubah..sebab itu bila ada yang mengatakkan kenapa mahal..saya jawab " saya tak naikkan harga lagi ".

Di sini saya lampirkan beberapa koleksi kami atau anda buleh lihat di blog kami..





4 comments:

  1. salam tuan. untuk almari bercermin ni berapa harganya ye tuan? maaf bertanya :) sedang buat belanjawan.

    ReplyDelete
  2. salam tuan. untuk almari bercermin ni berapa harganya ye tuan? maaf bertanya :) sedang buat belanjawan.

    ReplyDelete

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...