Kabinet dapur tuah perdana

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur dan hiasan rumah...lagi beberapa hari lagi jodoh kita semakin hampir dengan ramadhan..semoga ketaqwaan kita bertambah seiring tambah nya usia...

Kali ni kami nak kongsikan sedikit info tentang kabinet dapur di taman tuah perdana milik en norman seorang pegawai kastam yang berdidikasi..tegas orang nya ni...

Sebelum membuat tempahan, terlebih dahulu en norman membuat lawatan ke kilang kami sambil melihat jenis jenis material yang ada...dalam dok pilih maka tergoda lah beliau dengan material 3G glass warna putih...setelah berbincang bersama isterinya beliau pun membuat keputusan sebulat suara memilih warna putih...




Keluasan dapur rumah en norman memang besar..puas hati la duduk di dapur...kalau ada kenduri kendara memang cun la..di tambah pulak dengan warna putih dapur menampakkan keluasan yang menakjubkan...


En norman ni memang cerewet...ye la pegawai kastam mesti nk yang terbaik..alhamdulillah kami dapat jugak buat ikut selera en norman berbekal pengalaman kami selama ni...


Kami warga Naz Creative Trading cuba sedaya upaha memastikan kualiti sentiasa terjaga..ini kerana kami bukan lah pekerja separuh masa..tapi ini lah rezeki kami menyara anak anak bekerja sepenuh masa...andai ada yang berkata " cantik dan kemas " syukur alhamdulillah..andai ada yang berkata " kurang memuaskan " kami cuba belajar perkemaskan lagi..insyaallah demi masa depan..


Kami berharap sangat mendapat sokongan dari masyarakat agar kami mampu bertahan dalam industri pembuatan perabut ni..bidang perniagaan perabut ramai yang tahu jarang sekali ada bumiputera...mungkin kerana modal yang besar nak buka kilang perabut ni...

Terima tak terhingga kepada en norman sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami..

Krew yang terlibat
Az : marketing
Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu

1 comment:

  1. Bape ye bajet dapur spt ini...dapor sy pon lbh krg ukuran dapur ni

    ReplyDelete

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...