Kabinet sekolah TTDI damansara

Selesai jugak satu lagi pemasangan di sekolah TTDI damansara utama ni..projek kali ni melibatkan pemasangan kabinet di bilik makmal dan kaunter bilik kaunseling..
Sebenarnya NAZ CREATIVE ni bukan hanya tertumpu kepada projek rumah sendirian..untuk jabatan kerajaan pun kami buat..cuma kami pengilang, so agak kesuntukan masa untuk melawat projek jabatan kerajaan..itu pun banyak projek kami terpaksa tolak sebab kesuntukan masa. 


Saiz kabinet ni memang panjang..30 kaki tu..untuk sekolah ni kami menggunakan material jenis milamine ABS dan warna cherry..wow..tersenyum lebar cikgu ni dapat kabinet baru..




Manakala untuk bilik kauseling kami buat kaunter menggunakan material milamine jugak..




Kami jugak menggunakan hingest jenis soft close agar pintu tu tak terhempas dengan kuat. Kalau tak abis la dapat kt murid sekolah rendah ni memang berdentum pintu diorang tutup..
Itu sahaja la kot untuk sekolah ni...
Terima kasih kepada cikgu2 sekolah sentiasa memberi kata kata semangat kepada kami bile mereka melihat kami membuat kerja..kata nya tak ramai anak melayu yang nk buat kerja ni..biasa nye warga asing je yg buat ..
Untuk makluman semua..staff NAZ CREATIVE semuanya warga tempatan..kami cuba menyerapkan ilmu pembuat perabut kepada anak tempatan..selagi anak tempatan berminat la...
Krew yg terlibat
Azmi : marketing
Naz : ketua tukang
En mat : tukang
Zul : tukang
Wan : tukang

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...