Titian perjalanan NAZ CREATIVE TRADING

" perjalanan di titian masa kita temukan..zaman berzaman teguh ikatan sempurna insan itu Harapan padaku..aku harapkan "
Pejam celik pejam celik NAZ CREATIVE TRADING dan berusia 13 tahun..sepanjang 13 tahun banyak mengajar NAZ CREATIVE membentuk keperibadian serta semangat juang dalam urusan perniagaan perabut.

NAZ CREATIVE TRADING



Sepanjang 13 tahun beroperasi di kajang utama memang banyak kenangan. Bila tahun kena pindah kat semenyih agak rasa lain sikit..maklum lah 13 tahun tu.

Teringat lagi pelanggan pertama kami di taman desa vista salak tinggi. Saya pun dah lupa namanya. Itulah pelanggan kami yang pertama 13 tahun yang lepas.



Bukan senang nak bertahan, pelbagai rintangan di lalui..ada projek tiada pekerja, projek tiada pekerja pulak terlebih. Kadang kala kekurangan kelengkapan membuat kan kami sering ketinggalan dari masa dan kualiti dan kuantiti.



Namun begitu ia tidak sedikit pun mematahkan semangat kami untuk teruskan perkhidmatan membuat kabinet dapur ini. Memandang kan agak kurang anak melayu mencebur perniagaan ini kami mungkin salah satu wakil dari anak melayu yang membuka kilang perabut. Insyaallah..



Terima kasih tak terhingga kepada semua pelanggan kami kerana menyokong prodak kami.

En naz
Puan az
En mat
En idan
En zul
En wan

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...