Monday, August 30, 2010

:: Almari Bilik ( wardrobe ) - Pajam ::

Salam hormat buat semua sahabat...

Dalam entri kali nie, kami nak tunjuk satu lagi projek di Pajam. Projek kali nie adalah memasang wardrobe or almari bilik. Rumah nie memang besar dan ada 7 bilik...semi D daaaa......giler lah....
However, pemasangan hanyalah untuk 3 bilik jer....

Gambar kat bawah nie adalah wardrobe untuk bilik utama. Yang speselnye projek kali nie adalah, orang nampak wardrobe tu kecik jer kan...hehehe....apa yang orang nampak adalah wardobe yang ada 4 pintu dengan pemegang 'S'. Pastilah.....orang akan sangka itu adalah wardrobe baju....apa kes, umah besar tapi almari baju kecik....:)
Jangan tertipu..wardrobe 4 pintu tu adalah ruang serbaguna. Owner rumah tak simpan baju dalam tu....side tu boleh simpan buku2, patung2 bear or apa saja yang mungkin akan bersepah kalo tak der tempat nak simpan...FYI, wardrobe tu sampai syiling yer...

Nampak tak pintu yang ada disebelah wardrobe 4 pintu tu???actually, itu lah pintu wardrobe yang diguna untuk simpan baju....untuk rumah nie, kami design wardrobe baju yang attaced dengan bath room....so that, owner boleh terus pakai or salin baju dalam bilim tu before or after masuk or keluar bath room...Bagi rumahrumah yang ada ruang bath room yang besar, boleh la design cam nie....



** Wardrobe serbaguna dibahagian dalam bilik tidur utama **



Satu cermin besar dipasang dibahagian dalam pintu yang menghubungkan bilik tidur utama dengan wardrobe baju. Wardrobe baju tu attached dengan bath room yer...Cermin besar tu memang boleh menyuluh satu badan...dari hujung rambut ke hujung kaki...boleh la posing2 sket lepas pakai baju cantik...:)




** Cermin besar di pintu wardrobe yang attached dengan bath room **


Tengok lah betapa besarnya wardrobe baju tu..boleh main nyorok2....banyak ruang yang boleh diguna untuk gantung baju, tempat baju berlipat dan drawer.....wardrobe baju nie pun sampai syiling....bahagian atas tu boleh la simpan beg-beg atau apa je la...owner akan melalui wardrobe nie sebelum ke bath room. Wardrobe nie adalah open...pintu dia yang kt luar tadi jer..material adalah daripada fomeca.



** Bahagian dalam wardrobe **



Wardrobe yang berikutnya adalah untuk bilik ketiga....untuk bilik anak-anak...binaan wardrobe sampai syiling. banyak barang boleh disimpan. Yang nie tak de wardrobe tersembunyi lagi....



** Wardrobe bilik ke dua **

Wardrobe bilik ke dua ada sikit spesel sebab ada design cermin yang boleh disorokkan dibahagian dalam...bila nak guna, boleh ditarik keluar.untuk makluman, cermin nie attached dengan sisi hanger baju...so tak payah la nak allocate almari cermin lagi. Pintu bagi wardrobe nie adalag sliding. Boleh sorng tarik jer.....material wardrobe bagi kesemua bilik adalah daripada fomeca...



** Wardrobe bilik kedua **


Harga bagi projek nie adalah RM 8500

No comments:

Post a Comment